Dunia Seni Hanya Persinggahan Jo Anna Rampas


TIMBALAN Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (WARISAN), Jo-Anna Sue Henley Rampas.
Jo-Anna dari ratu cantik, ke ratu rakyat

Meninggalkan dunia glamor sebagai seorang anak seni tidak sedikit pun membuatkan wanita kacukan Inggeris-Dusun, Jo-Anna Sue Henley Rampas,32, berasa terkilan. Kerjaya dalam bidang seni dilihat sekadar satu persinggahan. Ia bagi menimba pengalaman selepas menamatkan zaman persekolahan. Menjuarai pertandingan ratu cantik, Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan pada 2007 membuka ruang kepadanya untuk mula menceburi bidang seni.

Meskipun kini aktif dalam politik, gelaran Unduk Ngadau atau ratu cantik Pesta Kaamatan disandang Jo-Anna Sue Henley Rampas, pada 2007 kekal sehingga kini, malah masih ada yang memanggilnya ‘ratu’ dan Unduk Ngadau setiap kali turun padang berjumpa rakyat.

Jo-Anna, 30, yang pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui masih ada pihak mengaitkan pembabitannya dalam politik sekadar untuk meraih populariti setelah beliau bekas Unduk Ngadau.

Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu bagaimanapun menolak tanggapan sedemikian kerana gelaran itu diterimanya 12 tahun lalu dan kini aktif dalam pelbagai aktiviti politik, termasuk pernah bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya tahu apabila membabitkan diri dalam politik ada yang cakap hanya untuk populariti saja kerana saya adalah Unduk Ngadau. Tetapi, saya menjadi ratu sudah lebih 12 tahun lalu, ketika berusia 18 tahun.

Jo-Anna sering menerima undangan sebagai pembentang dalam kursus memperkasa wanita. “Pada masa itu, saya tidak terfikir pun 12 tahun akan datang, akan menyertai politik.

“Saya tidak rasa gelaran ratu itu untuk meraih populariti tetapi mungkin ia bonus kepada saya kerana sudah dikenali sebelum aktif dalam politik,” katanya sambil menambah bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan juga bekas pelakon sebelum menjadi presiden.

Fasih berbahasa ibundanya, Dusun selain bahasa Melayu dan Inggeris, Jo-Anna menyifatkan pembabitan dalam politik masih baharu, namun ia pencapaian terbaik sebelum melangkah ke usia 30-an.

“Saya mahu membuat perubahan khususnya kepada rakyat tetapi nasib tidak menyebelahi pada PRU-14 lalu, mungkin belum rezeki.

“Tetapi, saya melihatnya secara positif dan ini juga pengalaman untuk membuat yang terbaik lagi pada masa hadapan.

“Saya juga merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberi peluang kepada saya menjadi Setiausaha Politik beliau (Kementerian Kewangan Negeri).

“Tugas ini merangkumi banyak aspek termasuk menjadi jambatan dalam sistem kerajaan antara Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan rakyat,” katanya kini lebih kerap turun padang bukan saja di Kiulu malah seluruh Sabah.

Jo-Anna yang berasal dari Kampung Poturidong, Kiulu dan sudah berkahwin dengan doktor perubatan dari Kajang, Selangor, mengakui wajah Pan Asian dimilikinya diwarisi hasil perkahwinan campur antara Inggeris sebelah bapa dan

Dusun di pihak ibu sehingga menarik perhatian umum.

Petah berkata-kata khususnya membabitkan isu rakyat, tidak hairanlah beliau diberi gelaran ‘beauty with brain’ kerana beliau juga pemegang Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of the West di England.

“Kelulusan saya tidak lari juga dengan politik malah ia banyak membantu saya dalam kerjaya termasuk sebagai Setiausaha Politik,” katanya.

Menceritakan rentetan pembabitan awal dalam politik, Jo-Anna berkata, individu pertama mempelawa menyertai politik ialah Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking disusuli Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman.

“Sebulan saya berfikir dan dua minggu sebelum berkahwin pada Disember 2016, saya mengambil keputusan menyertai WARISAN. Ada yang mempertikaikan keputusan itu termasuk tidak kurang menyatakan politik hanya untuk lelaki, bukan wanita.

“Ada juga bertanya kenapa saya tidak meneruskan kerjaya dengan kelulusan yang ada, tetapi jelaskan saya minat politik, mahu buat perubahan dan membantu rakyat, selain ibu bapa beri sokongan,” katanya.

Pembabitan Jo-Anna dalam arena politik bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ibunya, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada Pilihan Raya negeri 1994, manakala bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu selama tiga penggal.

Pada PRU-14, Jo Anna yang bertanding di kerusi DUN Kiulu, tewas kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Joniston Bangkuai daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam pertandingan empat penjuru.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian dalam politik mahupun di pejabat Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna berkata, beliau akan memastikan masa lapang dihabiskan bersama suami selain pergi melancong. Jo-Anna pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. PROFIL Nama : Jo-Anna Sue Henley Rampas

Umur : 30 tahun

Tarikh lahir : 24 Mac 1989

Asal: Kiulu, Tuaran, Sabah

Adik-beradik : Anak sulung daripada 3 beradik

Status : Berkahwin dengan Dr Devindran Arumugam

Jawatan: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

Timbalan Ketua Wirawati WARISAN

Pembabitan dalam politik: Disember 2016

Pendidikan awal: SK Pekan Kiulu dan SK St Anthony, Penampang serta SMK St Michael, Penampang

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London dan Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of the West of England.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/dunia-seni-hanya-persinggahan-jo-anna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Azrey Henderey Dari Tongod Fasih 5 Bahasa Utama Dunia Dengan Hanya Belajar Melalui Youtube

Kenali Azrey Henderey Dari Tongod Fasih 5 Bahasa Utama Dunia Dengan Hanya Belajar Melalui Youtube

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 1595 hits
Azrey mampu bertutur dalam bahasa Jepun Rusia Sepanyol Mandarin serta bahasa Inggeris melalui pembelajaran di YouTube Belajar melalui YouTube pelajar penyiaran dari Sabah mampu bertutur lima bahasa utama dunia Bayangkan dengan hanya berbeka...
Dunia Seni Khat

Dunia Seni Khat

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 372 hits
1 0 Pengenalan Ilmu Seni KhatKhat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam Setelah kehadiran Islam penulisan Arab...
Dap Sokong Muhyiddin Hanya Khabar Angin

Dap Sokong Muhyiddin Hanya Khabar Angin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 151 hits
Oleh Nurul Aisyah HARAPAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengekalkan kuasa makin berkecai dengan penafian dari Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Beliau menafikan spekulasi penglibatan ahli ahli P...
Lirik Aku Hanya Ingin Dirimu Akar Nadi

Lirik Aku Hanya Ingin Dirimu Akar Nadi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 389 hits
jangan lepaskan genggamanmu aku hanya ingin dirimujangan pergi dan tinggalkankuhatiku hanyalah untukmu berbagai masalah yang dating menghampiritetap jalani jangan putus asatunggu waktu
Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 679 hits
Berkuat kuasa hari ini hanya individu yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk ke pasar raya KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memutuskan untuk memperketatkan semula syarat kemasukan ke premis perniagaan dan restoran berkuat kuasa serta mer...
Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Denyut nadi rakyat makin lemah kewangan dan ekonomi rumah tangga semakin kritikal BANGI Tindakan lebih keras dan tegas daripada kepimpinan tertinggi negara termasuk campur tangan Majlis Raja Raja dilihat mamp...
Pertemuan Dengan Pimpinan Pn Hanya Perjumpaan Biasa Pm

Pertemuan Dengan Pimpinan Pn Hanya Perjumpaan Biasa Pm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 174 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin utama parti dalam Perikatan Nasional semalam hanyalah perjumpaan biasa Pertemuan biasa sahaja Pasal sudah lama tidak jumpa elok juga rindu katanya secara ber...
Hanya Pertemuan Biasa Muhyiddin

Hanya Pertemuan Biasa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh Muhyiddin diiringi Ahmad Samsuri berangkat pulang selepas bertemu Abdul Hadi di kediamannya di Kampung Rusila NSTP GHAZALI KORI Kuala Terengganu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjumpaan khas bersama ketua parti dalam komponen Perika...
Pizza Hut Ringan Dan Lembut Baharu Hanya Rm 1 90 Sahaja

Pizza Hut Ringan Dan Lembut Baharu Hanya Rm 1 90 Sahaja

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 427 hits
Pizza Hut Ringan Dan Lembut Baharu Hanya RM 1 90 Sahaja Piza inovatif ringan dan lembut bakal memuaskan selera dan memberikan pengalaman citarasa luar biasa kepada para pelanggan Pencipta Pan Pizza ikonik dan Stuffed Crust Pizza kegemaran r...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa