Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin Doktor Terangkan Sebab Cara Penggunaannya


Dalam keadaan tertentu, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak.
Dalam proses kelahiran, doktor akan memikirkan untuk menyelamatkan dua nyawa. Justeru, dalam masa yang terhad, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ini boleh membantu.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan telah berkongsi info mengenai perkara ini.
Kelahiran yang dibantu oleh forceps atau vacuum Kelahiran yang dibantu adalah di mana doktor perbidanan menggunakan alat bantuan khas seperti forseps atau vacuum untuk membantu kelahiran bayi pada penghujung saat kelahiran.
APAKAH FORSEPS?
Forseps lazim digambarkan seakan-akan “sudu garpu salad buatan keluli tahan karat” atau “penyepit gula yang besar”. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memegang kepala bayi.
Ventouse/vacumm pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini dilekapkan ke bahagian belakang kepala bayi. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:
#1. Mangkuk silikon ni lembut sikit, maka kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan tercabut ketika ditarik.
#2. Mangkuk logam tidak mudah terlucut tetapi boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala bayi.
Pemilihan vacuum yang dipilih biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi dan hasil penilaian doktor perbidanan sebelum memulakan prosedur.

MENGAPA BAYI SAYA PERLU DILAHIRKAN DENGAN SEGERA ?
Ada beberapa sebab bayi perlu dilahirkan segera. Antara sebab yang utama adalah :
Bayi tidak keluar daripada laluan kelahiran lambat daripada biasa (prolonged second stage) Masalah dengan degupan jantung bayi atau keadan bayi yang hampir lemas (fetal compromised) Keadaan ibu yang tidak boleh dibenarkan untuk meneran secara berlebihan ketika saat melahirkan, kerana dikhuatiri akan menjejaskan nyawa ibu seperti ibu mempunyai masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi yang melampau ataupun masalah salur darah yang tidak normal pada otak yang dikhuatiri pecah ketika meneran. Juga jika didapati ibu terlalu penat untuk meneran.(maternal indication) Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan bantuan forceps (delivery aftercoming head). Badan bayi akan dilahirkan dahulu, dan jika berlaku kesukaran melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran. Walau bagaimanapun, kelahiran yang dibantu ini , adalah untuk menyerupai kelahiran normal/semulajadi dengan risiko yang sangat minima kepada ibu dan bayi dan untuk itu, doktor perbidanan akan menggunakan alatan forceps atau vacuum untuk membantu bayi dilahirkan.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN DIBANTU?
Lazimnya, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan.
Dia akan memeriksa jalan kelahiran anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan jenis instrumen yang selamat dan paling sesuai. Anda akan diletakkan dalam posisi Lithotomy dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan untuk memudahkan doktor perbidanan melalukan prosedur. Tiub getah kencing akan dimasukkan pada salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing dan kaki anda akan ditutup dengan kain yang bersih dan bebas kuman (sterile) Pelega kesakitan akan diberikan secara suntikan pada bahagian perineum (local anaesthetics) Pakar kanak-kanak akan diberitahu untuk bersedia di dewan bersalin untuk memeriksa bayi yang dilahirkan sejurus selepas kelahiran dibantu. APAKAH YANG BERLAKU SEMASA MELAKUKAN VACUUM?
Setelah mengenal pasti posisi kepala bayi, doktor perbidanan akan memasang mangkuk vacuum dengan kemas.
Apabila sedutan pada kepala bayi sudah bermula, doktor akan meminta anda untuk meneran apabila sakit kontraksi bermula dengan itu doktor akan turut menarik mangkuk itu apabila ibu mula meneran.
Sedikit potongan pada perineum (episiotomy) untuk meluaskan jalan kelahiran bagi membantu prosedur ini turut dilakukan apabila kepala bayi hampir dilahirkan (crowning).
Ada kalanya mangkuk itu terlucut/tercabut daripada kepala bayi, terutama sekali jika tiada koordinasi antara proses peneranan dan daya penarikan mangkuk vacuum.
Jika berlakunya perkara ini, doktor perbidanan akan memeriksa semula jalan kelahiran untuk menentukan sama ada mangkuk vacuum boleh diletakkan semula ke kepala bayi, ataupun memerlukan bantuan forceps pula ataupun kelahiran hanya boleh melalui pembedahan Caesaerean.
APAKAH YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN FORSEPS?
Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya sakit kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui jalan kelahiran dan seterusnya dilahirkan.
VACUUM ATAU FORSEPS – YANG MANA SATU?
Kedua-duanya selamat dan efektif. Kadar kejayaan melalui kelahiran yang dibantu oleh forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin.
Walaubagaimanapun, doktor perbidanan yang berpengalaman dengan kelahiran yang dibantu secara forseps dapat mengelakkan risiko dan masalah yang berkaitan selepas bersalin.
Kelahiran dibantu dengan vacuum mengurangkan risiko koyakan teruk pada perineum jika dibandingkan dengan forceps.
Pemilihan ini akan dibuat oleh doktor perbidanan, memikirkan yang paling sesuai dan selamat untuk Ibu dan bayi. Untuk memastikan dua nyawa ini sentiasa dalam keadaan selamat, bukan perkara main-main.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak , Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin? Doktor Terangkan Sebab & Cara Penggunaannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kena-guna-forseps-atau-vakum-masa-proses-bersalin-doktor-terangkan-sebab-cara-penggunaannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Terangkan Cara Betul Sedut Entonox Legakan Sakit Bersalin Sedut Betul Baru Berkesan

Doktor Terangkan Cara Betul Sedut Entonox Legakan Sakit Bersalin Sedut Betul Baru Berkesan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 511 hits
Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam proses kelahiran kerana pelbagai kelebihan Ketahui cara sedut entonox dengan betul agar ia berfungsi lebih efektif Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontra...
Cara Tepat Guna Dry Shampoo Atau Syampu Kering

Cara Tepat Guna Dry Shampoo Atau Syampu Kering

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 457 hits
BIARPUN PENGGUNAAN DRY SYAMPU ATAU SYAMPU KERING MASIH KURANG POPULAR DI MALAYSIA TETAPI IA SANGAT PRAKTIKAL UNTUK DIGUNAKAN LEBIH LEBIH LAGI TIME DARURAT Sebenarnya Sis pun baru kenal dan masih lagi dalam proses mengenali kebaikan mengguna...
Doktor Kata Tak Perlu Urut Atau Produk Untuk Kecutkan Rahim Ia Mengecut Sendiri 48 Jam Lepas Bersalin

Doktor Kata Tak Perlu Urut Atau Produk Untuk Kecutkan Rahim Ia Mengecut Sendiri 48 Jam Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 814 hits
Semasa hamil sememangnya saiz hamil bertambah bagi menampung perkembangan janin Dan mungkin disebabkan hal ini ramai berpendapat ia perlu diurut atau perlukan ubat untuk mengembalikannya kepada saiz asal Jika itu tanggapan anda ia salah men...
Epidural Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin Fahami Cara Ia Berfungsi 5 Kesan Sampingan

Epidural Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin Fahami Cara Ia Berfungsi 5 Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 520 hits
Bius epidural banyak diambil oleh ibu ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal Ambil tahu tentang bius ini cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil Kefahaman yan...
Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran

Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 461 hits
Kelahiran yang dibantu lazimnya melibatkan penggunaan forsep atau ventouse atau lebih dikenali sebagai vakum Kedua duanya merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar Proses kelahiran yang memakan lebih ...
Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

Ubat Gigi Perlu Atau Tak Masa Memberus Gigi Anak Tip Dari Doktor Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 942 hits
Sebut sahaja bab gosok gigi anak kebanyakan ibu bapa mula persoalkan berapa banyak perlu diletakkan ubat gigi Boleh atau tak anak telan ubat gigi Sejak usia bila anak boleh guna ubat gigi dan macam macam lagi Penjelasan dari mengenai tip me...
Cara Membuat Tokebi Atau Hotang Jajanan Pinggir Jalan Hits Dari Korea

Cara Membuat Tokebi Atau Hotang Jajanan Pinggir Jalan Hits Dari Korea

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 513 hits
Cara membuat tokebi atau hotang jajanan pinggir jalan hit dari Korea Pada dasarnya hotang atau tokebi adalah sejenis corndog terbuat dari sosis atau keju yang ditusuk lidi kemudian dilapisi adonan tepung Sebagai variasi tokebi dibalur poton...
Bagaimana Cara Mengetahui Telur Burung Kenari Isi Atau Kosong

Bagaimana Cara Mengetahui Telur Burung Kenari Isi Atau Kosong

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 537 hits
Sebagai penangkar burung kenari tentu sangat senang ketika mendapatki kenari kesayangannya telah menghasilkan telur karena dengan begitu telur telur tersebut akan menetas dan akan menjadi anakan kenari yang tentunya sebagai generasi penerus...
Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Good Morning

Me In My Way

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Permohonan Tingkatan 6 Di Ukm Usm Kampus Universiti

Hiburan Ada Benda Baik Dia Buat Dekat Saya Siti Jamumall Terbuka Hati Untuk Rujuk Semula Dengan Aiman