Doktor Terangkan Cara Betul Sedut Entonox Legakan Sakit Bersalin Sedut Betul Baru Berkesan


Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam proses kelahiran kerana pelbagai kelebihan. Ketahui cara sedut entonox dengan betul agar ia berfungsi lebih efektif.
Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontraksi. Mempelajari tentang proses kelahiran akan membantu anda menyediakan minda dan fizikal terhadap bagaimana ia berjalan, kemungkinan yang akan berlaku dan alternatif kepada pelega kesakitan yang boleh diambil. Antara pelega kesakitan yang digunakan semasa proses kelahiran ialah bius epidural, suntikan pethidine dan gas entonox.
Menurut Dr Siti Eshah Bahari, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist  cara sedut yang betul akan mengoptimumkan kesan yang entonox bagi melegakan kesakitan. 
Entonox ialah campuran gas nitrous oxide dan oksigen. Ia digunakan meluas di dalam bidang perubatan dan kerap digunakan oleh ibu-ibu untuk melegakan sakit kontraksi semasa proses kelahiran.
Entonox banyak digunakan namun kegagalan para ibu menggunakannya dengan betul menyebabkan entonox tidak dapat berfungsi dengan betul.
KELEBIHAN GUNA ENTONOX  SEBAGAI PELEGA KESAKITAN SEMASA BERSALIN

Mudah digunakan. Kos efektif dan lebih murah berbanding bius epidural dan suntikan pethidine. Lebih fleksibel dan memberi kesan yang cepat seawal 15 saat hingga tiga minit selepas disedut. Pesakit boleh mengawal penggunaannya. Tiada kesan sampingan yang berbahaya Ia tidak mengganggu bayi di dalam kandungan. Ia tidak menghilangkan kesakitan tetapi mengurangkannya ke tahap yang boleh dikawal. Selamat untuk bayi dan oksigen yang disedut akan memberikan kebaikan kepada anda dan bayi. Ibu kurang resah dan jadi lebih tenang. Entonox tidak perlu dipantau penggunaannya seperti epidural. Tidak melibatkan jarum suntikan. Ia juga tidak memberikan kesan mengantuk atau kebas. CARA SEDUT ENTONOX
Entonox disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Sekiranya pada peringkat awal ibu telah mengambil suntikan pethidine, pada akhir peringkat pertama kelahiran kontraksi yang lazimnya akan lebih kuat dan para ibu boleh mengambil pelega sakit ini.
Sebelum kontraksi, ibu perlu melekapkan topeng gas entonox ke muka. Pastikan topeng dilekapkan dengan kedap tanpa ada rongga terbuka. Sedut dengan dalam tetapi perlahan sehingga rasa sakit hilang atau anda berasa pening. Topeng perlu dipegang sendiri oleh ibu agar dia boleh menyesuaikan sedutan mengikut keperluan. Alihkan topeng apabila sakit mulai hilang. Elakkan daripada menyedutnya terus menerus kerana ia boleh menyebabkan khayal atau dos berlebihan. Ibu hamil tonton video doktor kongsi amalan tip rangsang anak pintar sejak dalam kandungan lagi!

INFO: Walaupun entonox tidak mempunyai kesan sampingan yang besar, ia boleh menyebabkan anda pening. Ada sesetengah wanita rasa tidak selesa, mengantuk dan gagal untuk fokus. Jika tanda-tanda ini berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan petugas perubatan dengan segera.
The post Doktor Terangkan Cara Betul Sedut Entonox Legakan Sakit Bersalin. Sedut Betul Baru Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-terangkan-cara-betul-sedut-entonox-legakan-sakit-bersalin-sedut-betul-baru-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin Doktor Terangkan Sebab Cara Penggunaannya

Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin Doktor Terangkan Sebab Cara Penggunaannya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 546 hits
Dalam keadaan tertentu penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak Dalam proses kelahiran doktor aka...
Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 429 hits
Bagi ibu yang baru bersalin rengat akan menjadi mimpi ngeri Kesakitan pada bahagian ari ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan hanya yang pernah menghadapinya akan tahu Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan tidak kira ...
Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 669 hits
Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini Semua menyedari hakikat bahawa tulang tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan dan oleh itu kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu isu pada ora...
Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 733 hits
Kanak kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran peringatan telah berkongsi pengalamannya mengendali...
Sebelum Melawat Ibu Baru Bersalin Baca Dulu Pesanan Dr Zubaidi Ini

Sebelum Melawat Ibu Baru Bersalin Baca Dulu Pesanan Dr Zubaidi Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 422 hits
Melawat ibu baru bersalin antara tradisi masyarakat Malaysia Seronok sebenarnya mengerumuni dan mencium bau wangi bayi baru lahir Tetapi sebelum anda meneruskan tradisi tersebut bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini Bilangan...
Elak Koyak Masa Bersalin Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat Jangan Angkat Punggung

Elak Koyak Masa Bersalin Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat Jangan Angkat Punggung

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 538 hits
Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting ketika bersalin Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak berapa banyak jahitan akan dijahit dan...
Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya

Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 615 hits
Upacara tahnik bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat kita Ada yang memilih untuk melakukannya dan ada yang tidak Mereka yang memilih untuk melakukan tahnik akan membawa bayi yang baru sahaja lahir menemui orang orang tertentu untuk dit...
5 Cara Yang Betul Untuk Makeup No Makeup Look

5 Cara Yang Betul Untuk Makeup No Makeup Look

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 506 hits
Kalau bercakap mengenai Makeup No Makeup ianya seperti tidak memakai apa apa di wajah dan agak susah untuk dibuat kerana memerlukan base makeup yang betul betul match dengan wajah kita Kalau anda bertanya dekat MUA pun mereka lebih selesa u...
7 Cara Mudah Untuk Melegakan Sakit Perut Dan Masalah Sembelit

7 Cara Mudah Untuk Melegakan Sakit Perut Dan Masalah Sembelit

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 305 hits
Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah pencernaan Pertama adalah masalah emosional seperti kebimbangan dan kemurungan Kedua adalah pengambilan ubat ubatan yang boleh menyebabkan keradangan pada perut Dengan ini setiap individu cenderun...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp