Cara Tepat Guna Dry Shampoo Atau Syampu Kering
BIARPUN PENGGUNAAN DRY SYAMPU ATAU SYAMPU KERING MASIH KURANG POPULAR DI MALAYSIA, TETAPI IA SANGAT PRAKTIKAL UNTUK DIGUNAKAN. LEBIH-LEBIH LAGI TIME DARURAT!
Sebenarnya Sis pun baru kenal dan masih lagi dalam proses mengenali kebaikan menggunakan COLAB Dry Syampoo. Cuma setakat ini yang boleh Sis katakan, ia sangat ‘superb’ sebab korang tak perlu membilasnya dengan air. Korang juga tak perlu bersusah payah untuk mengeringkan rambut. Memang senang giler lah,terutama buat kite-kite yang memakai hijab.
Sungguhpun dah ada alternatif paling menyenangkan ini, namun ia bukanlah pengganti mutlak dari proses mencuci rambut ya.Korang tetap perlu juga mencuci rambut dengan menggunakan syampu biasa. COLAB Dry Syampoo adalah solusi sementara ketika rambut korang berminyak dan korang tak sempat untuk mencucinya.
Kalau tanya Sis, time bila Sis tak sempat cuci rambut… hahaha.. biasanya masa ‘outstation’, holiday dan jatuh sakit! Kiranya time tulah masa darurat Sis, COLAB Dry Shampoo dah boleh jadi penyelamat rambut Sis daripada berbau tidak sedap. Hahhaa… hahhaa…
CARA TEPAT GUNA DRY SHAMPOO
Walaupun penggunaan dry shampoo dapat merawat rambut, menjaga kelembapan kulit kepala dan rambut, namun setelah dua atau tiga kali pemakiannya, sebaiknya kita kena juga mencuci rambut dengan menggunakan air.
Aduhai… kalau tak, bagi Sis lah tetap rasa tak selesa. Lagipun kita kan duduk di Malaysia, cuaca kita lain macam. Rambut yang terperap seharian dalam hijab, bila berpeluh dan tak pula dicuci sampai berhari-hari, mahu tergaruk-garuk sebab gatal kulit kepala. Silap haribulan penuh kelemumur!
Bagi yang belum biasa guna Dry Shampoo nie, korang kena ambil tahu cara penggunaan yang betul.
1. Pastikan rambut korang kering dan tidak basah atau lembab.
2. Semburkan pada jarak 20 cm supaya dapat merata pada bahagian rambut.
3. Fokuskan pada bahagian akar rambut.
4. Tunggu selama dua minit supaya syampu kering ini boleh menyerap dengan sempurna sebelum korang mendandan rambut.
5. Lepas tu urut-urutlah sikit.6.. Yang bestnya, semburan COLAB Dry Shampoo ini tidak akan meninggalkan kesan tompokan putih kerana setiap semburan mampu menyegarkan dan mengharumkan rambut.
CUBALAH COLAB DRY SHAMPOO !
Terdapat 10 varian iaitu Tropical, Candy,Extreme Volume, Original, Unicorn, Paradise, Fresh, Fruity, Active dan Good Vibes. Setiap satu mempunyai kombinasi haruman yang tersendiri dan didatangkan dalam botol ‘spray on’ dengan corak menarik. Cuba korang baca setiap satu dan pilih yang mana satu korang rasa sesuai untuk rambut korang.
Setiap satu COLAB Dry Shampoo dijual dengan harga antara RM32.92 hingga RM37.64. Korang boleh beli Guardian dan pusat beli-belah Sogo.
Nak tahu lebih lanjut?Layari www.colab-hair.com
Okaylah sekian sahaja perkongsian Sis kali ini.Jumpa lagi.
Lurve, Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2018/12/cara-tepat-guna-dry-shampoo-atau-syampu.html