Kena Bentan Waktu Pantang Kalau Tak Hati Hati Tubuh Boleh Jadi Lumpuh


Jangan ambil mudah soal berpantang. Ada sebabnya mengapa orang tua dahulu menyuruh ibu bersalin untuk berehat secukupnya dalam tempoh berpantang. Salah satu kerisauan adalah jika si ibu mengalami bentan.
Seksanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bentan biasanya berlaku jika si ibu mengguna pakai tubuh secara ekstrem selepas bersalin. Biasanya si ibu membuat kerja rumah, berdiri lama atau mengangkat barangan yang berat.
Artikel Menarik: [Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu. Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal]
Pengamal Perbidanan Melayu, Siti Aishah Abdul Rahman berkongsi berkaitan isu bentan dari sudut perbidanan Melayu. Semoga perkongsian darinya dapat memberi penerangan kepada para ibu yang akan bersalin atau sedang berpantang.
Buat Kerja Berat, Makan Bukan-bukan
Ibu yang berpantang tidak boleh terlalu banyak bergerak. Apatah lagi melakukan pelbagai kerja yang menggunakan tenaga secara keterlaluan. Mungkin kedengaran remeh, tetapi mencuci pakaian sangat TIDAK BOLEH dilakukan oleh ibu berpantang. Membasuh baju tidak salah tetapi ketika mahu menyidainya, baju basah berat dan memakan tenaga ibu berpantang.
Ibu juga tidak boleh bebas berjalan laju atau berdiri dalam tempoh yang lama. Orang lama amat menitikberatkan soal ibu berpantang untuk berjalan perlahan-lahan. Ini kerana dikhuatiri ibu akan tersadung ketika berjalan. Jika ibu jari kaki terkena pada benda keras, ia akan mengganggu saraf yang lain dan inilah satu sebab berlakunya bentan. Jangan makan sembarangan. Makanlah lauk pantang yang kaya nutrisi tetapi elakkan makanan berangin.
Makanan yang mempunyai unsur angin atau sejuk antara faktor bentan. Badan ibu dalam proses pemulihan selepas melahirkan bayi, jika mengamalkan makanan sejuk atau berangin akan membuatkan ia ‘terkejut’. Ibu yang tersalah makan biasanya akan mengalami pedih hulu hati dan badan menggigil.
Simptom Ibu Terkena Bentan
Jika seseorang ibu terkena bentan, dia akan mengalami demam panas. Suhu boleh mencecah sehingga 40 – 41° selsius. Ketika orang lain merasa tubuhnya dari luar, terasa sangat panas sedangkan di dalam, si ibu terlalu sejuk. Badan juga tidak berhenti menggigil.

Seluruh badan akan merasa letih dan si ibu tidak mampu bergerak. Jika berlaku situasi begini, suami disarankan untuk membawa isteri berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar. Boleh jadi ibu hanya mengalami masalah jangkitan kencing kotor. Kenali Jenis Bentan Terdapat tiga jenis bentan yang perlu anda ketahui:
Bentan Urat. Berlaku jika ibu terlalu aktif ketika berpantang. Simptomnya demam panas, badan menggeletar dan badan terasa sakit-sakit. Bentan Peranakan Kecil. Jika ibu mengalami tumpah darah, bentan jenis ini dikenali sebagai bentan peranakan kecil. Pergerakan lasak ibu menyebabkan urat saraf peranakannya tegang dan ibu tidak boleh bergerak. Biasanya bentan ini berlaku kerana ibu berjalan banyak dan mengangkat barang berat.
Bentan Peranakan Besar. Jika ibu nampak seperti kemurungan dan mengalami simptom-simptom bentan tadi, berkemungkinan dia mengalami bentan peranakan besar. Ada masanya bentan jenis ini boleh menyebabkan ibu mengalami foot drop (kaki tidak boleh digerakkan) atau lebih teruk lagi, post partum stroke (kelumpuhan separuh badan).
Bentan jenis ini agak sukar untuk dirawat dan mengambil masa. Elakkan bentan dengan berehat secukupnya, jalan perlahan-lahan, jangan buat kerja berat dan paling penting, ketika melangkah atur kecil.
Ibu juga tidak dibenarkan untuk berjalan sambil menghentakkan kaki. Jika anda membuat rawatan dengan terapis pantang tradisional, ketahuilah mereka tidak berhak untuk membuat diagnos sama ada anda mengalami bentan atau meroyan.
Artikel Menarik: [Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini]
Ketika berpantang, pastikan terapis yang menjaga anda mempunyai tauliah. Jangan benarkan mereka untuk membuat urutan sengkak rahim jika tempoh berpantang tidak melebihi hari ke-30. Rahim yang masih bengkak jika dibuat sengkak rahim akan menyebabkan bentan.
Jika bertungku, elakkan dibuat pada kawasan sekitar rahim jika belum 30 hari berpantang. Bengkak susu juga boleh menyebabkan bentan. Jumpa doktor untuk dapatkan ubat dan pemeriksaan lanjut. Jika mahu kurangkan kesakitan bengkak, anda boleh tuam dan minta diurut perlahan-lahan. Jangan mandi air sejuk, apatah lagi di waktu malam.

Satu lagi penyebab bentan adalah BERJIMAK (yang boleh menyumbang terjadinya post partum strok). Jika mahu duduk di kawasan berkipas atau berpenghawa dingin, jangan terarah kepada ibu sahaja. Pastikan aliran udara memenuhi sekitar bilik.
Bagaimana Mahu Merawat Bentan?
Untuk merawat bentan, anda boleh mencuba petua ini. Sapukan kunyit hidup yang diketuk pada celahan jari kaki. Salah satu kaedah berpantang adalah dengan menyalai tubuh. Sapukan minyak panas di keseluruhan tubuh sebelum duduk di atas pendiang. Minyak panas yang terbaik adalah minyak panas yang dihasilkan daripada halia.
Dalam pantang, banyakkan minum air panas dan amalkan minum kopi kampung. Berikut resipi minyak panas yang boleh anda cuba:
1 liter minyak masak Halia (bersaiz satu telapak tangan)
Segenggam halba
Segenggam habbatus sauda
Cara membuatnya adalah dengan memanaskan minyak dan masukkan semua bahan lain. Gunakan api kecil. Sejukkan minyak tersebut dan bolehlah diguna. Jika mahu guna minyak ini untuk mengurut, tambahkan satu labu bawang putih dan dimasak dengan cara yang sama.
The post Kena Bentan Waktu Pantang, Kalau Tak Hati-Hati Tubuh Boleh Jadi Lumpuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kena-bentan-waktu-pantang-kalau-tak-hati-hati-tubuh-boleh-jadi-lumpuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak Tapi Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak

Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak Tapi Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 365 hits
Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh dia memang berisiko untuk kerap terjatuh Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehing...
Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup 10 Checklist Untuk Bakal Ibu Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang

Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup 10 Checklist Untuk Bakal Ibu Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 793 hits
Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan Lebih lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap Ad...
6 Waktu Penting Untuk Mengonsumsi Air Putih Agar Tubuh Tetap Sehat Dan Bugar

6 Waktu Penting Untuk Mengonsumsi Air Putih Agar Tubuh Tetap Sehat Dan Bugar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 249 hits
Pentingnya konsumsi air putih ini tidak boleh dikesampingkan terutama karena 60 persen tubuh manusia terdiri dari air Jumlah air yang tepat ini juga berguna untuk mengairi persendian membawa oksigen ke seluruh tubuh menjaga temperatur tubuh...
Basuh Beras Ikut Lawan Jam Amalkan Doa Ni Boleh Lembut Hati Anak Suami

Basuh Beras Ikut Lawan Jam Amalkan Doa Ni Boleh Lembut Hati Anak Suami

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 501 hits
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh Tetapi kadangkala bukannya kita tidak tahu tetapi selalu terlepas pandang benda yang kecil ini Ya ianya nampak kecil tetap...
Walaupun Haid Tak Datang Masa Menyusu Tetap Boleh Termengandung Hati Hati Mama

Walaupun Haid Tak Datang Masa Menyusu Tetap Boleh Termengandung Hati Hati Mama

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 424 hits
Mungkin ramai yang mengalami haid tidak datang selepas bersalin dan berlanjutan beberapa bulan semasa menyusukan si kecil Tapi tidak bermakna ibu tidak subur Tetap boleh termengandung jika tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarg...
Kalau Naik Ruam Bila Makan Hati Hati Mungkin Alergi Boleh Sampai Sesak Nafas

Kalau Naik Ruam Bila Makan Hati Hati Mungkin Alergi Boleh Sampai Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 312 hits
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya Umumnya alergi ditandai dengan simptom seperti cirit cirit bengkak pada bahagian tubuh serta muntah muntah Ba...
Putih Pada Lidah Bayi Bersihkan Tiap Kali Mandi Hati Hati Ibu Pun Boleh Berjangkit

Putih Pada Lidah Bayi Bersihkan Tiap Kali Mandi Hati Hati Ibu Pun Boleh Berjangkit

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 438 hits
Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul Adakah ia berbahaya Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi berjangkit kepada ibu yang menyusu BAYI MENYUSU SUSU IBU FORMULA BOLEH ALAMINYA Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ...
Baru Tahu Rupanya 8 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Didakwa Mempunyai Khasiat Tinggi Pada Tubuh

Baru Tahu Rupanya 8 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Didakwa Mempunyai Khasiat Tinggi Pada Tubuh

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 396 hits
Tanaman dan bunga biasanya kita ketahui hanya tanaman di halaman rumah Kesan segar dan indah dari keduanya sering menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan halaman rumah mereka kelihatan lebih hidup Setakat ini yang kita ketahui peranan tum...
Buang Lagi 3 Kg Dapat Berat Asal 15 Hari Pantang Sarimah Puas Hati Turun 8 Kg

Buang Lagi 3 Kg Dapat Berat Asal 15 Hari Pantang Sarimah Puas Hati Turun 8 Kg

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 313 hits
Pelakon dan pengacara popular Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan berat badannya kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram selepas 15 hari berpantang Sarimah berkata dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip