Kena Belajar Daripada Thailand Gamaknya


 

Thailand kalahkan Malaysia. Saya bukan bercakap mengenai sepak takraw Piala Dunia di mana Thailand menang kategori berpasukan tapi dikalahkan Malaysia dalam acara regu dan double. OK cukup pasal takraw sebelum saya terbawa bawa semangat Malaysia Boleh.
Saya bercakap mengenai pelancongan. Pada 19 Mei lalu dilaporkan Thailand destinasi paling popular di Asia Tenggara tahun ini. Tetapi tahun lalu, Malaysia yang duduk di atas mengatasi Thailand. Nombor satu atau dua, Thailand diakui destinasi popular. Pelancong datang dari seluruh dunia. Rakyat Malaysia pun suka melancong ke Thailand. Sama ada Bangkok, Pattaya, Phuket, Krabi, Chiang Mai. Pekan Golok pun orang Malaysia suka, apa lagi Hat Yai. Biasanya Hat Yai jadi pilihan apabila ada cuti pendek. Cuti hujung minggu pun jadi.
Menurut laporan Sinar Harian 1 Januari lalu, pelawat dari Malaysia ke Hat Yai meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan cuti hujung tahun. Saya ulangi 20,000 orang setiap hari, lantas menyumbang lebih 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum 2023 berakhir. Sekali gus Hat Yai dilihat sebagai destinasi pilihan untuk penggemar percutian menarik dan mesra bajet.
Seperti dikatakan tadi Thailand memang digemari pelancong merata dunia. Dari Amerika, Eropah dan Asia termasuk Timur Tengah. Apabila bilangan pelancong jadi perbandingan, banyak pihak di Malaysia mendakwa Thailand menjadi pilihan ramai kerana seks. Yang berkata demikian termasuk mereka yang diberi tanggungjawab menarik minat pelancong ke negara ini. Menurut mereka Thailand menghidangkan perdagangan aktiviti seks sekali gus mempunyai kelebihan berbanding Malaysia, dan nightlife di bandar-bandar Thailand memang rancak.
Bukan maknanya Malaysia tidak ada orang yang menjalankan perdagangan aktiviti seks. Bukan bandar di Malaysia tidak ada nightlife, tetapi tidak sehebat di Thailand. Di Thailand ada lelaki cari perempuan, ada lelaki cari lelaki, ada lelaki yang serupa perempuan malah lebih cantik daripada perempuan. Semua ada tanpa banyak pantang. Sesiapa yang pernah ke Thailand tahu apa yang saya katakan ini. Perempuan cari perempuan saya tak tahu. Mungkin ada tetapi tidak secara terbuka. Mungkin. Betul itu semua daya tarikan untuk pelancong who want to have good time.
Tetapi bagaimana pula orang yang melancong bersama keluarga. Orang Malaysia ramai dalam kategori ini. Ibu bapa pergi dengan anak sama ada kecil atau remaja untuk bercuti. Adakah mereka juga datang kerana tertarik dengan aktiviti seks? Pasti tidak.
Begitu juga kumpulan makcik. Ada aunties dari Singapura naik bas persiaran pergi ke Hat Yai. Tiba Jumaat balik Ahad. Perjalanan yang makan masa berjam-jam. Takkan mereka pergi untuk check out the night scene. Night market, yes. Bandar-bandar di Thailand menawarkan sajian makanan yang sedap dan halal, elemen paling penting untuk pelancong beragama Islam. Ditawarkan barangan yang dijual pada harga murah. Paling tidak, affordable. Ada banyak pilihan. Selain pasar malam ada juga pasar terapung dan street food di Thailand menyelerakan.
Ertinya pelancong datang untuk menikmati makanan, sightseeing, dan membeli-belah. Ada grup makcik beli periuk, kuali, pinggan mangkuk di Thailand. Tidak lupa juga comforter. Sanggup angkut naik bas. Mengapa? Sebab mereka rasa berbaloi. Sememangnya worth it. Pertukaran wang pula biasanya memberi kelebihan kepada pembeli.
Yang datang dengan anak, tumpuan biasanya di bandar tepi pantai. Hotel bersih dan mesra bajet. Pantai bersih. Air laut biru kehijauan. Ada banyak aktiviti sukan air dengan harga OK. Oleh kerana itu pelancong pergi dan keep on coming. Maksud saya pergi tahun ini dan pergi lagi tahun depan. Mungkin sekali ini dengan parents atau parents-in-law.
Kesimpulannya Thailand menawarkan pakej percutian yang lengkap. Untuk yang suka nightlife dan juga yang suka benda selain nightlife. Menurut laporan, Thailand sedang meningkatkan usaha menarik lebih ramai pelancong jangka panjang dan banyak berbelanja. Cukup sebelum saya dituduh ditaja oleh badan pelancongan Thailand.
Bukan saya sarankan Malaysia menciplak formula Thailand. Bukan saya syorkan Malaysia guna perdagangan seks untuk menarik pelancong. Tetapi istilah ‘parti liar’ mesti dihuraikan dengan jelas. What constitute wild parties? Begitu juga larangan berseluar pendek walaupun di tepi pantai dan penjualan arak. Tidak dapat dinafikan ini boleh menakut pelancong bukan Muslim dan menjejaskan kedatangan pelancong. Semua itu mesti dihalusi dan dijelaskan kepada orang yang datang dan orang yang menyambut.
Malaysia sehingga kini sudah banyak melakukan kempen ‘jual’ Malaysia dan boleh dianggap berjaya. Jika tidak masakan tahun lalu Malaysia mengatasi Thailand sebagai destinasi paling popular. Malaysia must have done something right. Sekarang masanya untuk mendapatkan semula posisi nombor satu di Asia Tenggara.
Lebih banyak yang mesti dilakukan. Promosi wajar sering diperbaharui. Tidak ada formula yang kekal berjaya tanpa pembaharuan dan inovasi.
Ada satu hal yang saya diberitahu. Sering ada rungutan bahawa ramai peniaga dan juga mereka yang berurusan dengan industri pelancongan yang tidak tourist friendly, termasuk orang ramai apabila pelancong minta tunjukkan jalan ke tempat yang ingin dituju. Katanya lebih kerap masam muka daripada senyum manis. Betul ke? Kalau ye kenalah betulkan. Teringat orang Thai dengan sawadee mereka.- FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/kena-belajar-daripada-thailand-gamaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Makanan Ekstrim Di Thailand Yang Populer Ada Paruh Bebek

10 Makanan Ekstrim Di Thailand Yang Populer Ada Paruh Bebek

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 281 hits
Makanan di negeri gajah putih bukan cuma Tom Yum dan Pad Thai saja tapi ada juga makanan ekstrim di Thailand yang jauh lebih beragam Di balik cita rasa segar asam dan pedas yang kerap jadi deskripsi masakan Thai terdapat sejumlah makanan ek...
Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

Makan Ala Thai Di Restoran Nurlaila Danok Thailand

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 248 hits
Restoran Nurlaila Danok thailand Restoran Nurlaila Danok thailandRestoran Nurlaila ni dekat je dengan border Bukit Kayu Hitam Lepas korang cop passport boleh terus datang sini Masuk ke Danok makan masakan ala thai baru la feel nak makan den...
Buronan Paling Dicari Thailand Chaowalit Thongduang Ditangkap Di Bali Pakai Ktp Aceh Dan Pura Pura Bisu

Buronan Paling Dicari Thailand Chaowalit Thongduang Ditangkap Di Bali Pakai Ktp Aceh Dan Pura Pura Bisu

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 204 hits
Buronan Paling Dicari Thailand Chaowalit Thongduang Ditangkap di Bali Pakai KTP Aceh dan Pura Pura Bisu
Aws Mengumumkan Pengecualian Besar Di Thailand Dengan Pelaburan 5 Bilion Pada 2025

Aws Mengumumkan Pengecualian Besar Di Thailand Dengan Pelaburan 5 Bilion Pada 2025

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 395 hits
Amazon Web Services telah mengumumkan rancangan untuk memperluaskan infrastruktur mereka di Asia Tenggara dengan berjanji untuk melabur sebanyak 190 bilion baht di Thailand menjelang tahun 2037 Pelaburan ini termasuk pelancaran Wilayah AWS ...
Kepupusan Gelaran Pasukan Malaysia Berterusan Setelah Kekalahan Piala Dunia Kepada Thailand

Kepupusan Gelaran Pasukan Malaysia Berterusan Setelah Kekalahan Piala Dunia Kepada Thailand

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 200 hits
MALAYSIA gagal mengakhiri tunggu selama 33 tahun untuk kejayaan setelah kalah 2 1 kepada Thailand yang hebat dalam final pasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini Kekalahan di rumah bermaksud skuad kebangsaan gaga...
Piala Dunia Istaf Doubles Malaysia Rampas Gelaran Juara Daripada Thailand

Piala Dunia Istaf Doubles Malaysia Rampas Gelaran Juara Daripada Thailand

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2 0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam i...
Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 244 hits
ASEAN Night Bazaar HatyaiTrend rakyat Malaysia melancong ke Hatyai ni berubah ubah Masa aku datang ni tengah trend rakyat Malaysia melancong ke Hatyai maka ramai la orang Malaysia di sini ASEAN Night Bazaar ni memang tempat wajib datang la ...
Malaysia Overtakes Thailand As Asean S Second Biggest Auto Market

Malaysia Overtakes Thailand As Asean S Second Biggest Auto Market

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 251 hits
Malaysia has overtaken Thailand to become Southeast Asia s second largest auto market after Indonesia a major shift in a region that has become a key battleground for Asian automakers Japan s Nikkei Asia online newspaper reported It compile...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025