Kemunculan Myairline Berita Baik Buat Kita
NORMAN RADZUAN
MAS, Air Asia, Malindo, Firefly & MYAirline
Pencabar baru Air Asia dan MalindoKEMUNCULAN MYAirline BERITA BAIK BUAT KITA Era 2000 sejak adanya Air Asia ramai rakyat Malaysia mula menaiki kapal terbang yg sebelum itu dianggap pengangkutan utk org2 kayangan sahaja. Namun dgn monopoli sebagai syarikat penerbangan murah, Air Asia seolah olah seperti mengambil kesempatan dan dlm masa sama servis mereka sgt mendukacitakan.Apa pilihan yg kita ada apabila heboh di mana2 kelewatan penerbangan Air Asia baru2 ini? Kelewatan penerbangan Air Asia bukanlah cerita baru malah bila anda menaiki Air Asia… pasti kawan2 atau keluarga yg menjemput di Airport bertanya…” Flight delay ke tak”? Dlm tempoh 3 hari rakan2 dan pemimpin2 yg dtg ke Sabah menghadapi masalah kelewatan berjam jam lamanya. Malah kelewatan mereka ada melebih 4-5 jam. Ada beberapa YB yg penerbangan mereka dari jam 11mlm delay hingga jam 3.30 pagi.Sekarang ada berita baik….Sebuah pesawat yang memaparkan livery syarikat penerbangan tambang ultra rendah baru MYAirline telah dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. MYAirline, syarikat penerbangan kos rendah baru. MYAirline Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur adalah salah satu daripada dua syarikat penerbangan baru yang diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Satu lagi ialah SKS Airways Sdn Bhd yang berpangkalan di Johor. Walaupun tidak banyak kemas kini, MYAirline dilaporkan telah mengambil pekerja.Tanya saya ia adalah berita baik buat kita sebagai pengguna. Bermakna kita mempunyai lebih pilihan dlm memilih penerbangan terutama mengenai harga tiket.Saya berkahwin dgn org Sabah pada tahun 1998. Saya bergilir setahun sekali beraya di Perak dan Sabah. Ketika itu hanya ada satu penerbangan ke Sabah iaitu MAS.Tidak silap saya ketika itu harga tiket utk seorang lebih kurang RM 400- RM 500 utk penerbangan sehala dari Terminal 3 KL ke Kota Kinabalu. Bayangkan saban tahun anak bertambah… pernah kami balik 4 beranak termasuk pembantu rumah harga tiket RM 5k.Hanya bila muncul Air Asia barulah kami ada pilihan utk memilih. Malah MAS mula menurunkan harga tiket utk berdaya saing dgn Air Asia. Apapun yg paling mengembirakan saya kemunculan Malindo yg dianggap penerbangan tambang sederhana ( tak murah tak mahal).Pada mulanya saya antara yg byk menggunakan penerbangan Air Asia walaupun ia sgt tidak selesa. Menaiki Sani Express jauh lebih selesa dari menggunakan Air Asia yg tempat duduk sempit.Peristiwa yg saya mula benci menggunakan syarikat penerbangan ini ialah pernah saya terlewat 5 minit ke Terminal 3, staff Air Asia langsung tidak membenarkan saya, isteri dan dua anak kecil berusia 2 bulan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu. Malah kami terpaksa membeli tiket baru. Kita lewat 5 minit disuruh beli tiket baru tapi jika flight delay 5 jam buat bodoh je. Hanya pengumuman saja dari semasa ke semasa.Selepas kejadian itu jika boleh elak… saya akn cuba elak menggunakannya syarikat penerbangan ini. Kenapa?Air Asia kadangkala harga tiketnya lebih mahal dari MAS. Malah harga tiketnya tidak termasuk caj daftar masuk. Makan dan minum kena bayar lain serta jika bawa bagasi berat kena beli. Tempat duduk sempit.Yg paling saya benci kedekutnya Air Asia bila kita kena panjat tangga kerana syarikat penerbangan ini tidak mahu menggunakan servis jambatan udara (airbridge) Berapa kali kena hujan habis basah baju dan beg. Kesian kadang2 melihat org tua yg terpaksa naik turun tangga. Dah macam naik bas dkt Puduraya. Hanya kadang2 boleh buat kita terlupa keperitan itu bila melihat pramugari2nya.Ketika Malindo hentikan seketika penerbangan ke Sabah kerana PKP saya memilih MAS. Tahukah anda kadangkala tiket MAS lebih murah dari Air Asia dgn layanan 5 bintang. Daftar masuk penumpang dan bagasi 20kg tanpa sebarang bayaran. Makanan percuma serta menggunakan jambatan udara. Saya amat berpuas hati dgn servis MAS. Tambang pun tak jauh beza dgn Air Asia. Staff dan anak kapal MAS lebih bertoleransi dan berperikemanusiaan..jika berat bagasi lebih hanya 1-2kg..mereka tidak berkira langsung. Dlm kabin, minta makanan atau minuman tambahan tiada masalah. Malah skrin utk tontonan movie juga disediakan.Malindo Air harga tiketnya tidak semurah Air Asia dan tidak semahal MAS. Harga tiketnya termasuk bayaran insuran, daftar masuk bagasi 15kg dan penumpang percuma. Seperti MAS kapal terbang mereka juga mempunyai skrin tontonan di tempat duduk yg luas. Berlepas dari KLIA dan Malindo menggunakan jambatan udara di semua lapangan terbang. Jika anda tidak memilih utk membeli insuran harga kurang lagi RM 30.00 tak silap.Org Malaysia kena buang dlm pemikiran mereka bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah mcm mereka ingat UMNO itu bela Melayu. Bila ingat murah, terus ingat Air Asia kerana termakan dgn iklan sejak sekian lama.Bagi saya Air Asia sebuah syarikat yg suka menekan pelanggan dgn hidden charges. Selepas ini Insyallah kita ada byk pilihan terutama ke Sabah. Kita ada MAS, Firefly, Malindo dan terbaru MYAirline. Sabah adalah destinasi yg menjadi lubuk emas syarikat penerbangan kerana permintaannya paling tinggi selepas KLIA.Sebelum dlm kepala ingat Air Asia murah better chk dahulu tiket penerbangan syarikat lain. You may get surprise offers with net price.
33533550 comments26 shares
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kemunculan-myairline-berita-baik-buat.html