Kempen Tabung Didik Zakat Oleh Ppz Maiwp Pupuk Kesedaran Zakat Seawal Usia



Sesi persekolahan bagi tahun 2019 bakal tiba, apakah kenangan yang masih anda ingat sewaktu kecil semasa berada di bangku persekolahan

Antara kenangan yang pernah wujud dan masih utuh berada dalam lipatan kenangan saya semasa kecil adalah kegembiraan membuka akaun bank untuk mendapatkan tabung simpanan wang. Meskipun ia bukanlah kenangan yang menggembirakan kerana saya tidak menerima tabung seperti yang dijanjikan pada ketika itu, namun perasaan untuk menabung dalam diri saya wujud sejak kejadian tersebut


Ingatan ini datang menjengah minda sebaik sahaja terlihat video PU Azman berceloteh tentang Kempen Tabung Didik Zakat dan kebetulan Auni juga akan mula bersekolah pada tahun hadapan. Jadi terbit rasa hati ingin mendapatkan Tabung Didik Zakat ini untuk Auni bagi memupuk kesedarannya mengenai kepentingan menabung dan kesedaran zakat pada seawal usia

Tapi apa itu Tabung Didik Zakat

Kempen Tabung Didik Zakat oleh PPZ-MAIWP
Kempen Tabung Didik Zakat telah diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai Rukun Islam yang kelima iaitu zakat. Sambil menabung, kanak-kanak diperkenalkan dengan perkataan baru iaitu zakat yang pasti menimbulkan banyak persoalan di minda mereka sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih santai dan menggembirakan

Selain dapat melatih kanak-kanak menabung di awal usia, kempen ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada mereka agar membantu golongan kurang berkemampuan dan asnaf. Simbolik daripada kempen ini pula sebagai motivasi kepada kanak-kanak agar terus mengumpul kekayaan dan berjaya namun di sebalik kekayaan tersebut ada sebahagian harta yang perlu diagihkan kepada insan yang lebih memerlukan


Bagaimana cara mendapatkan Tabung Didik Zakat? Hanya buka akaun zakat pada nilai serendah RM10 di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP bagi anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah. dan Tabung Didik Zakat akan diberikan selepas proses pembukaan akaun zakat selesai dilakukan

Kaunter PPZ-MAIWP
Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh PPZ-MAIWP bagi memudahkan masyarakat membuat pembayaran zakat termasuklah menyediakan kaunter zakat bergerak serta pembayaran melalui perbankan online. Walaubagaimanapun, jika anda lebih selesa untuk melakukan proses pembayaran di kaunter, kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka bermula jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang di lokasi seperti berikut : 
→ Shamelin→ Kampung Baru→ Masjid Negara→ Wangsa Maju→ Putrajaya Precint 9→ Putrajaya Precint Diplomatik→ Taman Tun Dr. Ismail→ Jalan Puchong→ Kepong→ UTC Pudu Sentral→ Labuan
Tidak lupa juga buat ibu bapa yang ingin hadiahkan Tabung Didik Zakat kepada anak-anak, sila dapatkan di kaunter pilihan anda. Semoga usaha kita dalam mendidik anak-anak agar lebih memahami tuntutan agama ini mendapat keredhaan Allah dan diberi kemudahan dalam setiap urusan kehidupan dunia dan akhirat. Anak yang celik agama adalah anak yang bakal menjadi perintis masa depan yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab zakat kita agar hidup sentiasa diberkati Allah. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila layari laman web berikut :
Official : PPZ-MAIWPFacebook : PPZ-MAIWPInstagram : PPZ-MAIWPTwitter : PPZ-MAIWP
Talian : 1-300-88-5757
Jom SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/12/kempen-tabung-didik-zakat-oleh-ppz-maiwp-pupuk-kesedaran-zakat-seawal-usia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didik Anak Tentang Zakat Melalui Kempen Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp

Didik Anak Tentang Zakat Melalui Kempen Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum wbt Salam Jumaat Cuti persekolahan 2018 sudah hampir sampai ke penghujungnya Tahun baru 2019 pula bakal menjelma tidak lama lagi Sudah pasti anak anak sudah tidak sabar dalam bersiap sedia untuk ke sekolah Namun dalam kegemb...
Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp Mendidik Anak Anak Berzakat

Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp Mendidik Anak Anak Berzakat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 402 hits
Menjadi ibuayah yang turut memainkan peranan dalam membesarkan anak anak bawah 18 tahun sangat penting supaya apa yang ditunjuk dan diajar tidak bercanggah dari ajaran Islam secara khususnya dan dengan dorongan Pusat Punguran Zakat Majlis A...
Ajar Anak Kecil Berzakat Dengan Tabung Didik Zakat

Ajar Anak Kecil Berzakat Dengan Tabung Didik Zakat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 386 hits
AJAR ANAK KECIL BERZAKAT DENGAN TABUNG DIDIK ZAKAT Assalamualaikum wbt Salam Jumaat Sebagai seorang yang dilahirkan sebagai Muslim kita sudah diajar dan dibesarkan dengan rukun Islam Salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan adalah memba...
Cara Mudah Tunaikan Zakat Dengan Kaunter Bergerak Ppz Maiwp

Cara Mudah Tunaikan Zakat Dengan Kaunter Bergerak Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 510 hits
Assalammualaikum2018 bakal berakhir mesti korang pun dah nak buka buku baru kan tapi korang dah bayar zakat ke belum Belum Haa jangan gusar masih sempat lagi ni Ada banyak cara untuk menunaikan zakat sekarang ni Kaunter Bergerak Pusat Pungu...
Segera Bayar Zakat Ppz Mawip

Segera Bayar Zakat Ppz Mawip

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 341 hits
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP Ahmad Shukri Yusoff bercakap pada sidang media Countdown YEZ 2018 Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Wisma PPZ Taman Shamelin Perkasa Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR P...
Betul Ke Maiwp Tidak Agihkan Zakat Dengan Telus

Betul Ke Maiwp Tidak Agihkan Zakat Dengan Telus

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 483 hits
CERITA ATAU ISU TENTANG MAIWP TIDAK AGIHKAN ZAKAT DENGAN TELUS INI DAH LAMA KEDENGARAN MACAM MACAM PERSEPSI DAN TANGGAPAN NEGATIF DIBANGKITKAN SEBENARNYA APA MOTIF MEREKA KALAU TAK TAHU KESAHIHANNYA JANGANLAH MAIN TUDUH SEMBARANGAN OKAY Seb...
Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta Ppz Maiwp

Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 382 hits
Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta PPZ MAIWP Korang kenal ke tak Bell Ngasri Masa kecil kecil dulu dialah jadi pelakon kanak kanak yang famous dengan adik beradik dia Baru je tadi Fadzi tengok satu video dekay Youtube ni Nampak gaya macam Bel...
Tanggungjawab Cari Rezeki Ini Bukan Dipikul Oleh Isteri

Tanggungjawab Cari Rezeki Ini Bukan Dipikul Oleh Isteri

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 475 hits
Tanggungjawab Cari Rezeki Ini Bukan Dipikul Oleh Isteri Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan Perkongsian Abu Hurairah Asifa membuka mata bertapa besarnya...
5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Oleh Tnb

5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Oleh Tnb

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 392 hits
5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Oleh TNB TNB Kongsi 5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Tenaga Nasional Berhad menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kerin...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord