Ajar Anak Kecil Berzakat Dengan Tabung Didik Zakat
AJAR ANAK KECIL BERZAKAT DENGAN TABUNG DIDIK ZAKAT - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Sebagai seorang yang dilahirkan sebagai Muslim, kita sudah diajar dan dibesarkan dengan rukun Islam. Salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan adalah membayar zakat.
Zakat terbahagi kepada DUA iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
Zakat Fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk, juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
Zakat Harta pula adalah zakat yang merangkumi hasil pertanian, binatang ternakan, perniagaan, wang simpanan, harta temuan, emas dan perak. Setiap zakat harta memiliki perhitungannya atau perkiraan harta yang akan dikenakan zakat.
Pengertian Zakat dari sudut yang mudah difahami adalah membersihkan harta. Ibnu Taimiah pernah berkata : " Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi (bermakna). "
Dari segi syarak pula, Allah SWT mewajibkan kita berzakat untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya seperti golongan fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.
TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
Demi mendidik anak-anak kecil mengenali dan belajar berzakat sedari dari kecil, PPZ-MAIWP telah menyediakan Tabung Didik Zakat. Objektifnya adalah untuk mendidik anak-anak bawah 18 tahun membayar zakat agar biasa dengan zakat.
CARA UNTUK MENDAPATKAN TABUNG DIDIK ZAKAT :
Buka akaun zakat dengan serendah RM 10 di mana-mana kaunter zakat di PPZ-MAIWP. Setelah ibu bapa selesai mendaftar akaun anak-anak, Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma !
Senarai Kaunter PPZ
■ Wisma PPZ Dataran Shamelin■ Plaza Rah Kg Baru■ Masjid Negara■ Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5■ Presint 9 Putrajaya■ Presint 15 Putrajaya■ Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail■ Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong■ Masjid Imam Al Ghazali Kepong■ UTC Kuala Lumpur Pudu Sentral■ Labuan Times Square
Ingatlah, setiap satu rezeki yang kita dapat, ada terselit rezeki orang lain. Mari kita ramai-ramai mendidik anak-anak menunaikan zakat sedari dari kecil. Moga kita mendapat keberkatan didalam hidup
~ SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT ~
Untuk info lanjut, layari :
Website : http://www.zakat.com.myFacebook : https://www.facebook.com/myzakatInstagram : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
Talian Zakat : 1-300-88-5757
#tabungdidikzakat#sicilikcelikzakat#menabunghinggaberzakat#mulakanzakatdiusiamuda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2018/12/ajar-anak-kecil-berzakat-dengan-tabung-didik-zakat.html