Cara Mudah Tunaikan Zakat Dengan Kaunter Bergerak Ppz Maiwp
Assalammualaikum
2018 bakal berakhir.. mesti korang pun dah nak buka buku baru kan.. tapi... korang dah bayar zakat ke belum? Belum? Haa.. jangan gusar.. masih sempat lagi ni... Ada banyak cara untuk menunaikan zakat sekarang ni..
Kaunter Bergerak Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
Dengan adanya kaunter bergerak ini, ia bukan sahaja memudahkan proses kutipan dan agihan zakat malah ia juga turut menyediakan perkhidmatan permohonan bantuan zakat, pertanyaan tentang zakat, taksiran zakat dan juga khidmat nasihat. Jadi korang tak perlu beratur panjang, hanya perlu beratur di kanter bergerak ini untuk mendapatkan perkhidmatan zakat.
Dan sepanjang bulan Januari sehingga April ini, kaunter bergerak ini akan beroperasi di lokasi terpilih di mana korang boleh check kat mana dorang beroperasi melalui Portal PPZ atau Facebook PPZ. Mudah je kan.
Perkhidmatan Zakat Door-To-Door
Selain itu, PPZ-MAIWP juga ada perkhidmatan Door-To-Door untuk pembayaran zakat melebihi RM5000 ke atas. Jadi korang tak perlu risau. Korang boleh request perkhidmatan ini dan dorang akan datang terus ke pintu rumah, pejabat korang. Kita mudahkan kerja orang, dan orang juga akan mudahkan kerja kita. ^_^
Selain itu, sekiranya ada acara-acara keramaian di tempat korang, korang juga boleh memohon perkhidmatan kaunter bergerak ini untuk membuka perkhidmatannya di majlis-majlis terbuka seperti :
Hari Terbuka SekolahHari Terbuka Agensi Kerajaan & SwastaKonvokesyen IPTKarnivalPameran
Kaedah Pembayaran Zakat
Ni Keknil kongsi untuk ingatan Keknil juga. Sebab kadang-kadang kita ni lupa. Hehehe.. Pembayaran zakat boleh dibuat dengan beberapa kaedah. Antaranya :
Secara tunaiDengan menggunakan cekKad Kredit Islam dan;Kad DebitSee.. sangatlah mudah. Urusannya juga mudah dan Insya Allah.. selamat dunia dan akhirat.
Kelebihan perkhidmatan kaunter zakat bergerak
Banyak kelebihan dengan adanya kaunter bergerak ni. Selain dari mudah untuk warga yang lebih tua untuk menunaikan zakat, ia juga lebih mesra dan pantas. Tak perlu dah keluar kereta, bayar tol, cari parking, bayar parking. Semuanya terus datang ke tempat korang. Antara kelebihan lain yang korang boleh dapat dengan adanya kaunter bergerak ini adalah :Pegawai yang mesra pelangganPerkhidmatan Lebih MudahCenderahati menarik menantiPerkhidmatan ke tempat andaPerkhidmatan yang cekap & pantasKemudahan yang selesa
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman Web : http://www.zakat.com.my/kaunter-van-bergerak/Facebook : https://www.facebook.com/myzakat/
till then, tatababai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anilwanina.com/2018/12/cara-mudah-tunaikan-zakat-dengan.html