Betul Ke Maiwp Tidak Agihkan Zakat Dengan Telus



CERITA ATAU ISU TENTANG MAIWP TIDAK AGIHKAN ZAKAT DENGAN TELUS INI DAH LAMA KEDENGARAN.MACAM-MACAM PERSEPSI DAN TANGGAPAN NEGATIF DIBANGKITKAN. SEBENARNYA APA MOTIF MEREKA? KALAU TAK TAHU KESAHIHANNYA,  JANGANLAH MAIN TUDUH SEMBARANGAN OKAY!


Sebelum Sis bercerita dengan panjang lebar, tentang cerita panas tu, Sis nak tanya sikit, korang faham ke fungsi atau peranan MAIWP nie? Korang tahu tak bagaimana pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan ini dilaksanakan. Kalau kita sendiri sebenarnya masih belum faham, sebaiknya janganlah kita memandai-mandai atau saja ‘tumpang semangkuk’ mengatakan pihak  MAIWP tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul … dengan telus.
Adakalanya kita perlu pandang dengan mata hati kita, bagaimana usaha keras MAIWP, Baitulmal dan juga PPZ bergandingan bahu cuba meringankan bebanan masyarakt Islam hari ini.

FAHAMI PERANAN DAN FUNGSI MAIWPKorang juga kena faham peranan MAIWP dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan ini. Fungsi MAIWP adalah nmenguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tiga kawasan tu tau… bukan satu Malaysia! 

Sis rasa, masih ramai yang masih belum jelas lagi tentang tugas  Pusat Punggutan Zakat (PPZ) MAIWP. Biar Sis jelaskan sikit dengan cara yang paling mudah untuk difahami, PPZ MAIWP adalah TUKANG KUTIP DUIT ZAKAT. Manakala AGIHAN ZAKAT pula dilaksanakan oleh MAIWP sendiri. 

ADA PELBAGAI BENTUK PROGRAM AGIHAN ZAKATBagi yang kata, MAIWP tak pandai buat kerja, tak laksanakan agihan zakat dengan betul, kena belajar mengenalpasti. Dekati MAIWP dan dapatkan penjelasan yang sebenar bagaimana agihan zakat tersebut dibuat. Apa yang Sis ketahui, MAIWP telah merangka pelbagai bentuk program agihan zakat ini. Saban waktu mereka sentiasa memperkemaskan dan memantapkan lagi sistem pengurusan dan agihan zakat yang sedia ada dengan lebih baik. 

Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja tau.

Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin. 
Mereka akan dibantu antaranya dengan:

i.    Bantuan Kewangan Bulanan. 
ii.    Bantuan Sewa Rumah  sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah.
iii.   Bantuan Pelajaran kepada anak-anak.
iv.   Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan.
v.    Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan.


PROSES PERMOHONAN DAN PENYALURAN BANTUAN ZAKAT
Bagi memastikan pengurusan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan betul dan penerima bantuan ini merupakan golongan asnaf, pemohon perlu membuat permohonan.
Sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Tetapi sejak tahun 2008, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Puast Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA.

Sehingga kini terdapat 10buah PAZA telah dibuka iaitu 9 di Kuala Lumpur dan satu di Labuan.
Lokasi PAZA:
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami

MOHON DI PAZA !
DI PAZA, segala bentuk urusan permohonan yang dibuat dibuat di ibu pejabat kesemuanya boleh dibuat di PAZA.

Pihak MAIWP juga telah menyediakan borang permohonan yang ringkas dan mudah iaitu sehelai kertas sahaja dengan dua halaman. 

Di samping itu MAIWP juga turut menyediakan Kaunter Bergerak Baitulmal MAIWPyang selalu turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya. 


Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Kalau korang nak tahu, Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan lain-lain lokasi yang dilihat ada ramai yang memerlukan.

Selain itu, korang yang ternampak atau mengetahui kesusahan hidup orang-orang yang berada di sekeliling kita, jangan berdiam diri atau kemaruk nak viral, sedangkan kita masih boleh guna saluran yang betul untuk membantu kesengsaraan hidup mereka.  Kerjasama kita sesama insan juga sangat diperlukan, salurkan maklumat tersebut kepada pihak berwajib.  
Korang boleh hubungi:
Hotline : 012-518 3614/ 012-512 7614
Talian bebas tol: 1800885222
Facebook: Baitulmal MAIWP dan MAIWP

ADA BIROKRASI DALAM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT? 
Ishhh… mana ada! Tak ada istilah birokrasi yang menyusahkan dalam permohonan bantuan zakat di MAIWP ini.
Ikut prosuder tu biasalah kan… nak mintak kerja sekalipun sambilan sahaja,  nak mintak biasiswa dan sebagainya pun, kita kena isi borang. 

Mengisi borang bagi mendapatkan maklumat asas penting pemohon,dan kita  tidak boleh semua tu sebagai birokrasi yang menyusahkan.Apatah lagi borang permohonan hanyalah sehelai, 2 halaman jer pun.

Maklumat penting ini diperlukan bagi memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat. Ini kerana MAIWP memikul amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan untuk mengagihkannya kepada asnaf yang layak dan memerlukan sahaja.

Bukan susah sangat pun nak isi borang permohonan tu, tak der pun kena ada  pengesahan mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Apa yang dikatakan susah sangat tu, sedangkan proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari. Bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera, tak ada bertangguh-tangguh atau sajer-sajer diperlengah-lengahkan.


SEJAUH MANA KETELUSAN DALAM PENGURUSAN ZAKAT?
Jika kita tak tahu sejauh mana ketelusan MAIWP dalam pengurusan zakat ini, jangan pandai-pandai kita nak sembang lebih! 

MAIWP pun tidak dapat lari daripada diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Bagi setiap sen zakat yang ingin dibelanjakan perlu mendapatkan kelulusan daripada JK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti. Bukan depa pandai-pandai sendiri jer nak berbelanja itu ini! Ada pihak yang memantau dan sentiasa memerhati setiap single sen yang dikeluarkan itu.

Setakat ini MAIWP telah menerima Sijil Audit Bersih, lebih 10 kali. Berturut-turut  pula sejak 2006 dan Penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit negara selama 3 tahun berturut-turut 2011 hingga 2013. So, macam mana lah dorang tu sanggup kata, pihak MAIWP tak telus dalam pengurusan zakat ini. 

CARA LAIN MAIWP AGIH ZAKAT
Okay, menerusi agihan zakat secara tidak langsung MAIWP, di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. 

Dalam aktiviti pendidikan, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sehingga pengajian tinggi. Antara institusi pendidikan di bawah MAIWP adalah:

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri 

2. SMA-MAIWP Labuan

3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak

4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan

5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan

6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda

7. Darul Ilmi di Sungai Penchala

8. Pondok Moden Al-A’baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak

9. Ma’alim al-Sunan Li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah


INSTITUSI PERLINDUNGAN & KEBAJIKAN
* Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak untuk anak-anak yatim

* Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial

* Darul Hidayah – perlindungan untuk muallaf

SENTIASA DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL
Sekiranya korang nak tahu lebih lanjut tentang agihan zakat MAIWP nie, jangan malas-malas nak dapatkan info atau maklumat yang cukup jelas.Lagi-lagi kalau korang punya persepsi negatif terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada pihak MAIWP ini. Korang boleh layari: Laman web : www.maiwp.gov.my
Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq
Facebook Baitulmal MAIWP:www.facebook.com/baitulmal.wp/Instagram: @hqmaiwp
Youtube : MAIWP TV

Semoga perkongsian Sis berkenaan pengagihan zakat  MAIWP ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua. Buat MAIWP,biarpun dicetus dengan pelbagai tanggapan negatif, semoga kalian terus cekal dan utuh menempuh rintangan bagi membuktikan kalian sentiasa melakukan yang terbaik dan berada di landasan yang betul dari segi kutipan dan agihan zakat demi membela nasib masyarakat Islam asnaf fakir miskin di seluruh Wilayah Persekutuan.

Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2018/12/betul-ke-maiwp-tidak-agihkan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Tunaikan Zakat Dengan Kaunter Bergerak Ppz Maiwp

Cara Mudah Tunaikan Zakat Dengan Kaunter Bergerak Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 499 hits
Assalammualaikum2018 bakal berakhir mesti korang pun dah nak buka buku baru kan tapi korang dah bayar zakat ke belum Belum Haa jangan gusar masih sempat lagi ni Ada banyak cara untuk menunaikan zakat sekarang ni Kaunter Bergerak Pusat Pungu...
Kempen Tabung Didik Zakat Oleh Ppz Maiwp Pupuk Kesedaran Zakat Seawal Usia

Kempen Tabung Didik Zakat Oleh Ppz Maiwp Pupuk Kesedaran Zakat Seawal Usia

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 347 hits
Sesi persekolahan bagi tahun 2019 bakal tiba apakah kenangan yang masih anda ingat sewaktu kecil semasa berada di bangku persekolahan Antara kenangan yang pernah wujud dan masih utuh berada dalam lipatan kenangan saya semasa kecil adalah ke...
Didik Anak Tentang Zakat Melalui Kempen Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp

Didik Anak Tentang Zakat Melalui Kempen Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 386 hits
Assalamualaikum wbt Salam Jumaat Cuti persekolahan 2018 sudah hampir sampai ke penghujungnya Tahun baru 2019 pula bakal menjelma tidak lama lagi Sudah pasti anak anak sudah tidak sabar dalam bersiap sedia untuk ke sekolah Namun dalam kegemb...
Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp Mendidik Anak Anak Berzakat

Tabung Didik Zakat Ppz Maiwp Mendidik Anak Anak Berzakat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 368 hits
Menjadi ibuayah yang turut memainkan peranan dalam membesarkan anak anak bawah 18 tahun sangat penting supaya apa yang ditunjuk dan diajar tidak bercanggah dari ajaran Islam secara khususnya dan dengan dorongan Pusat Punguran Zakat Majlis A...
Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta Ppz Maiwp

Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 365 hits
Menjadi Ke Bell Ngasri Jadi Duta PPZ MAIWP Korang kenal ke tak Bell Ngasri Masa kecil kecil dulu dialah jadi pelakon kanak kanak yang famous dengan adik beradik dia Baru je tadi Fadzi tengok satu video dekay Youtube ni Nampak gaya macam Bel...
Akhirnya Guan Eng Salah Najib Betul

Akhirnya Guan Eng Salah Najib Betul

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 434 hits
BOLEH BUAT KERJA KE TAK MENTERI KEWANGAN PH NI Pak Karamu Terima kasih Jabatan Audit Negara Mohammad Fairuz Jumain3 Disember 2018 AddThis Sharing ButtonsNajib Tun Razak SHAH ALAM Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dikeluarkan hari ...
Pergh Kaya Betul Rumah Sampai 7 Tingkat Sasha Saidin Teruja Buat Tour Kat Banglo Maria Tunku Sabri

Pergh Kaya Betul Rumah Sampai 7 Tingkat Sasha Saidin Teruja Buat Tour Kat Banglo Maria Tunku Sabri

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 943 hits
Baru baru ini tersebar di media sosial video yang menunjukkan rumah tujuh tingkat milik pengacara top Maria Tunku Sabri Dalam video tersebut pengacara terkenal Sharifah Shahirah dan rakan artis beliau iaitu Sasha Saidin telah membuat tour k...
Baca Ni Anak Keempat Paling Tidak Suka Menyusahkan Orang Lain Betul Ke

Baca Ni Anak Keempat Paling Tidak Suka Menyusahkan Orang Lain Betul Ke

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 406 hits
BACA NI Anak Keempat Paling Tidak Suka Menyusahkan Orang Lain Betul Ke Anak adalah buah cinta dari ayah dan ibu Mempunyai anak yang berbakti kepada orang tua adalah hal yang membanggakan dan menjadi impian setiap orang tua Fakta Anak Keempa...
Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya

Apa Itu Tahnik Dan Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Melakukannya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 615 hits
Upacara tahnik bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat kita Ada yang memilih untuk melakukannya dan ada yang tidak Mereka yang memilih untuk melakukan tahnik akan membawa bayi yang baru sahaja lahir menemui orang orang tertentu untuk dit...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport