Kempen Leklumcdbelanja Mcdonald S Hargai Penghantar Makanan Malaysia


PERKHIDMATAN penghantaran makanan adalah tambahan terbaik untuk cara hidup moden, terutama ketika kita berada di rumah dan memerlukan makanan panas yang bebas dari kesibukan.
Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 di Malaysia, khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan utama orang ramai mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah. Kita menyaksikan beberapa penunggang memenangi hati rakyat Malaysia dengan latar belakang yang menyentuh hati dan perbuatan baik mereka semasa bekerja.

Penghantaran makanan, AKA wira yang tidak dikenali, telah memenangi hati kita menjadikan penghantar makanan adalah frontlinerbagi memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi.


Sempena kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera yang terkenal iaitu McDonald’s Malaysia. McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysiamengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.



Usaha yang dilakukan ini untuk memberi keceriaan kepada kumpulan penghantar makanan sebagai tanda penghargaan usaha penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hujan panas dan pelbagai halangan yang dihadapi penghantar makanan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka, yang berada di antara barisan depan yang menjaga negara ini selamat dan berjalan di tengah-tengah wabak koronavirus.

Dari yang menyusahkan hingga mengancam nyawa, berikut adalah beberapa cabaran yang dihadapi oleh penunggang penghantaran dalam mendapatkan makanan dan bungkusan kepada pelanggan mereka semasa tempoh MCO ini.

Oleh itu, McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan dengan menyediakan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Kejukepada 65,000 orang penghantar makanan di seluruh negara yang terdiri daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) baru-baru ini.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah


"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

"Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

"McDonald's ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka dan jangan lupa berehat untuk makan," kata Azmir.


McDonald’s Malaysia telah melihat peningkatan signifikan dalam permintaan untuk penghantaran makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dilaksanakan. McDonald’s Malaysia belanja penghantar makananini adalah dianggap barisan hadapan yang berkorban demi memenuhi permintaan pelanggan era pandemic COVID-19 ini. Mereka terdedah dengan pelbagai risiko selain dengan tugasan harian mereka pastinya ada antara ‘rider’ yang tidak sempat makan kerana perlu menghantar pesanan.

Bagi Roslina Talhad, ibu kepada lima cahaya mata ini terpaksa bekerja bagi menambah pendapatan selepas suaminya tidak lagi bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.


"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati memberikan tip kepada saya serta berpesan agar saya sentiasa menjaga diri."


Berbeza pula dengan Mohamad Azyhan Musa, pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian, dia gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai penghantar makanan.


"Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan.

"Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami,"katanya.


Dua tahun berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's, William Quah mengakui tugasnya kini kian mencabar kerana permintaan penghantaran makanan semakin meningkat.
Namun dia tetap berpuas hati apabila dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan.


"Pernah sekali, ada keluarga membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya.

"Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja."




Sebagai salah satu jenama yang dikenali, McD belanja makan penghantar makanan dengan cara lebih baik untuk menggembirakan mereka dengan bersama-sama menghadapi masa-masa sukar ini agar terpampang senyuman diwajah mereka. Kempen #LekLuMcDBelanja salah satu daripada banyak inisiatif yang didedikasikan untuk menyebarkan kebahagiaan kepada barisan hadapan dan masyarakat yang terkesan dengan pendamik ini.


Masing-masing antara kita ada peranan dan fungsi yang tersendiri. Tahap ekonomi bukan penentu segala-galanya, sebaliknya budi pekerti kita yang luhur dan adab sopan adalah penentu kepada nilai kemuliaan diri kita sebagai manusia dan rakyat Malaysia. Sebagai salah seorang pengguna penghantar makanan, hargailah mereka walau hanya dengan ucapan terima kasih dan senyuman.
Sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

 
 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ummizarra.com/2021/07/kempen-leklumcdbelanja-mcdonalds-hargai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Menjangkakan 10 000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia

Mcdonald S Menjangkakan 10 000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 274 hits
McDonald s Malaysia menjangkakan 10 000 peluang pekerjaan baharu bakal disediakan kepada golongan belia melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026 Sejajar dengan agenda nasional McDonald s Malaysia komited untuk terus membantu ge...
5998 Kempen Ppim Kibar Panji Hitam Dapat Reaksi Positif Waraganet Utusan Malaysia 23 10 2021

5998 Kempen Ppim Kibar Panji Hitam Dapat Reaksi Positif Waraganet Utusan Malaysia 23 10 2021

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 294 hits
PUTRAJAYA Walaupun tiada publisiti usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengajak umat Islam mengibarkan Panji Hitam mula mendapat reaksi positif warganet Inisiatif berkenaan terbukti apabila hantaran pertubuhan bukan kerajaan terkenal it...
Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 390 hits
FokusMingguDepan Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroa...
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 703 hits
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2 500 Maksimum Pada 29 November Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telahpun membentangkan Rang Undang undang Perbekalan yang bert...
Malaysia Strongly Condemns Israel S Illegal Settlement Expansions

Malaysia Strongly Condemns Israel S Illegal Settlement Expansions

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 282 hits
Malaysia strongly condemns Israel s recent decision to construct more than 3 000 new settlement units in the occupied Palestinian territory including East Jerusalem Foreign Minister Saifuddin Abdullah in a statement on Friday said the conti...
Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 337 hits
BUDGET 2022 Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz has announced that the direct cash aid programme will be improved and rebranded as Bantuan Keluarga Malaysia under Budget 2022 Next year the direct cash aid initiative will be improved T...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 352 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
T15f22 Beli Insurans Hayat Online Di Malaysia

T15f22 Beli Insurans Hayat Online Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 331 hits
Kuala Lumpur U for Life Sdn Bhd syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hay...
Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia

Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 437 hits
Ini Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia Negeri negeri ini selalu menjadi pilihan ramai pelancong dan menjadi itinerary utama Travel Agensi di sana untuk dicadangkan kepada hampir semua pelancong antarabangsa Ia ...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Oleh Oleh Dari Tokyo

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

Paya Indah Wetlands Gamuda Cove Lokasi Waktu Operasi Promo 2025

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Cara Memohon Kad Debit Pelajar Bppt Online

Pilihan Kolej Separa Perubatan Di Bawah Kkm

Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

Kasih Kembar Pinjam Kaki Kakak Di Sekolah

Jalan Jalan Muar Asam Pedas Kopi 434

Buasir Otak Tv Roblox Main Sungai Tower Susah Gila Live