Kempen Japanese Fruit The Ultimate Gift
AMBER CHIA DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN
“JAPANESE FRUIT, THE ULTIMATE GIFT.”
Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah hadir dalam satu majlis yang meraikan peragawati dan pelakon Malaysia terkenal iaitu Ms Amber Chia sebagai duta kempen ‘Japanese Fruit, The Ultimate Gift. Program yang dianjurkan oleh Japan Fruit & Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO) ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup dan budaya memberi hadiah yang lebih sihat di Malaysia (dikenali sebagai Omiyage dalam Bahasa Jepun).
PERIHAL J-FEC
Japanese Fruit & Vegetable Export Promotion Council (J-FEC) telah diasaskan pada 28 Mei 2015 dengan tujuan untuk meningkatkan eksport buah-buahan segar Jepun, sayur-sayuran, dan makanan diproses.
PERIHAL JFOODO
Japan Food Product Overseans Promotion Center (JFOODO) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Jepun pada April 2017 sebagai sebahagian daripada Japan External Trade Organization (JETRO) dengan tujuan meningkatkan eksport produk pertanian, perhutanan, perikanan dan makanan Jepun dengan menjenamakannya dan mempromosikannya secara meluas di seluruh dunia.
Berdasarkan National Health Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), sebanyak 50.1 peratus dari rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti yang membawa kemudaratan dan risiko kepada kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Memandangkan orang awam berkurung di dalam rumah semasa PKP pada tahun 2020 dan 2021, NHMS 2020 menunjukkan kenaikan 4.1 peratus dalam masa hanya setahun, menjadikan jumlah orang dewasa yang dikategorikan obesiti sebanyak 54.2 peratus.
Ini membawa kepada objektif J-FEC dan JFOODO yang mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan budaya memberi hadiah di Malaysia dengan menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan faktor kesihatan semasa memberi hadiah. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling majmuk di dunia, dengan banyak perayaan, cuti umum dan peluang untuk memberi hadiah telah sebati dengan budaya kita.
Jadi, kempen “Japanese Fruit. The Ultimate Gift” dilancarkan untuk mendidik masyarakat mengenai alternatif yang lebih sihat sebagai hadiah. Semasa sidang media berlangsung, Amber Chia berkata, “Hadiah secara amnya melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya. Sekuntum bunga ros melambangkan perasaan romantis dan cinta, manakala coklat dan hadiah lain diberi untuk orang tersayang mungkin membawa maksud anda mengutamakan kemahuan mereka.
Namun begitu, ia memerlukan daya persahabatan dan kasih sayang yang tinggi untuk memilih alternatif hadiah yang lebih sihat yang menyampaikan hasrat supaya mereka sentiasa ada bersama untuk tahun-tahun yang akan datang. Selain dari memberi manfaat kepada kesihatan, buah-buahan Jepun dikenali sebagai produk paling premium yang terdapat di dunia. Harga yang tinggi namun mampu dimiliki menjadikannya hadiah yang premium dan menonjol di sesebuah majlis atau acara.
Tambahan pula, seperti bunga, setiap buah mempunyai maksud simbolik yang spesifik - dan kepelbagaiannya merentasi budaya, mitos dan lagenda. Perubahan musim memberi pengaruh yang tinggi terhadap budaya Jepun, dan orang-orang Jepun suka menonjolkan perubahan ini dalam pelbagai bentuk. Buah-buahan kerap dilihat sebagai hadiah yang sesuai kerana ia bermusim sekaligus membenarkan orang untuk menikmati warna, bau dan rasa sesebuah musim.
Pengerusi Japan Fruit and Vegetables Export Council (J-FEC), En. Yoshihisa Hishinuma berkata, “Kami mahu memperkenalkan buah-buahan Jepun sebagai pilihan hadiah yang utama, bukan sahaja kerana kecantikan pembungkusannya tetapi ianya juga untuk mengembangkan dan mewujudkan alternatif yang lebih sihat untuk bakul buah-buahan dan hamper hadiah di pasaran Malaysia. Dengan keunikan bermusim dicampur dengan kosnya, ia memberi perasaan yang mewah kepada penerimanya dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang terdapat di pasaran namun jarang dibeli untuk kegunaan peribadi.”.
Beliau menambah, “Dengan pelancaran kempen “Japanese Fruit. The Ultimate Gift”, kami berhasrat untuk membantu masyarakat menyesuaikan diri dengan gaya hidup lebih sihat secara perlahan-lahan. Lamakelamaan, ianya memberi impak yang penting kepada kadar obesiti dan risiko kesihatan di Malaysia, dan saya amat gembira dapat memainkan peranan dalam kempen yang bermakna ini.”.
Memandangkan Malaysia menempuhi fasa endemik, ramai orang lebih mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Jadi, kempen ini dilancarkan pada waktu yang tepat iaitu menjelang musim perayaan, di mana rakyat Malaysia kini mampu meneruskan rutin normal mereka seperti menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama pilihan hadiah yang lebih sihat.
Sepanjang majlis berlangsung AM berpeluang merasai kesegaran dan kemanisan buah pic (Hakuto) dan anggur (Shinemuscat dan Kyoho), yang berada pada musim puncak untuk tahun itu. Memang jelas enak dan sedap buah-buahan Jepun ini. AM juga berkesempatan melihat video perihal cara penanaman dan penelitian dalam penjagaan buah-buahan ini. Memang menakjubkan dan pastinya menghasilkan buah-buahan yang bermutu tinggi dan berkualiti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2022/09/kempen-japanese-fruit-ultimate-gift.html