F Team Dulu Berjuang Demi Negara Kini Untuk Kebajikan Ahli The Merdeka Times 02 09 2022


 

Lanjutan siaran The Merdeka Times sebelum ini dengan tajuk, ““F TEAM, wira negara yang dilupakan?”Kini F TEAM terus berjuang menuntut kebajikan ahli-ahlinya.Satu perjumpaan F TEAM dengan Datuk Nadzim Johan – PPIM diadakan pada Khamis.Diketua Mantan Pegawai Turus F TEAM Datuk Abdullah Abdul Hamid.Tujuan pertemuan bagi menaikkan isu kebajikan ahli-ahli F TEAM.Tetapi tidak membelakangkan pucuk pimpinan PDRM cuma berusaha perjuangkan kebajikan ahli F TEAM dengan segala jalan yang ada.KUALA LUMPUR – Persoalan yang disiarkan The Merdeka Times sebelum ini dalam artikel “F TEAM, wira negara yang dilupakan?”, masih belum terjawab. Kini F TEAM terus berjuang menuntut kebajikan ahli-ahlinya.
F TEAM adalah satu-satunya pasukan elit Cawangan Khas yang ditubuhkan khas bagi menentang dan mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia. F TEAM hanyalah sebuah pasukan kecil di mana bilangan keanggotaannya tidak melebihi 50 orang dalam satu-satu masa.
Keahlian pasukan elit F TEAM ini dianggotai bekas tentera, komando 69, Pasukan Polis Hutan (PPH) dan bekas pengganas komunis yang ditangkap dan menyerah diri. Kepakaran setiap ahli dalam F TEAM digembleng untuk mencapai misi utama iaitu menangkap hidup-hidup pengganas komunis dan mendapatkan risikan terkini.
Pada Khamis, pegawai dan anggota F TEAM yang diketuai Pesara Polis ACP Datuk Haji Abdullah Abdul Hamid (Mantan Pegawai Turus F TEAM & Mantan Pegawai Turus E1M), SM/D Haji Mohd Yusof Omar, SI/D Haji Hussein Saion, Konst./D Idros Said dan Sjn./D Haji Iesa Atan mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Ia bagi menjelaskan tentang jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan ahli F TEAM sepanjang penugasan sejak ditubuhkan pada 1971 hingga dibubarkan pada 1995. Sekaligus membincangkan tentang usaha untuk menuntut kebajikan bagi keseluruhan 165 orang ahli  F TEAM.
Ketika ditanya Datuk Nadzim Johan tentang jumlah penangkapan pengganas komunis yang dibuat F TEAM, Datuk Haji Abdullah menjawab, “Seramai 48 orang pengganas komunis telah ditembak mati. Manakala 1,700 orang pengganas termasuk Kumpulan Bawah Tanah Komunis berjaya ditangkap hidup-hidup. Ini suatu kejayaan yang membanggakan dan hebat bagi F TEAM.”
Kemudian Abdullah menjelaskan bahawa kedatangan mereka ke PPIM bukanlah untuk membelakangi pihak PDRM. Tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan kebajikan bagi ahli F TEAM dengan segala cara yang termampu.
Mereka juga sedang berusaha untuk memohon kebajikan melalui saluran dalaman PDRM, namun memang perkara tersebut akan memakan masa. Oleh itu mereka memohon kepakaran dan bantuan PPIM bagi menaikkan isu ini agar diberi perhatian sewajarnya oleh pihak atasan kerajaan.
Mengulas hal itu, Nadzim berkata, “F TEAM ini ialah satu aset kerajaan yang bernilai. Takkan lah aset kita nak buang begitu sahaja. Saya yakin pucuk pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri akan melihat hal ini sewajarnya jika isu kebajikan F TEAM kita bangkitkan kepadanya.”
Ketika ditanya masalah dan kesusahan yang dihadapi F TEAM, SM/D Haji Mohd Yusof berkata, “Banyak hal kebajikan tidak diberi perhatian. Contoh kes staff tanpa pencen. Mereka menjadi ahli F TEAM dengan perjawatan tanpa pencen sebab keperluan tugas dan kerahsiaan. Ketika itu memang diperlukan perjawatan sebegitu. Maknanya waktu dia bekerja dengan F TEAM dulu, dia dibayar gaji dan kebajikan seperti ‘Guarantee Letter’ (GL) dia dapat. Tapi bila tamat keje umur 55 tahun, mereka tidak dibayar gaji dan tiada pencen. Mereka ini juga tidak layak mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan hanya kerana tiada kad pesara.”
Tambahnya lagi, “Ada pula kes anggota F TEAM kita cedera di mata sewaktu dalam perkhidmatan. Kemudian matanya menjadi buta. Jadi dia dinasihatkan pencen awal sebab buta dan ada laporan ‘medical board’. Ketika itu pencen dia dapat hanya RM380 sebulan. Dia mempunyai dua orang  anak. Cukupkah dengan RM380 tersebut ?.”
Jadi mereka berharap pihak kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri dan kerajaan negeri serta pucuk pimpinan PDRM melihat kebajikan F TEAM ini dengan lebih serius. Mungkin masing-masing sibuk dengan tugas harian, tapi hargai lah mereka  yang bertarung nyawa membanteras pengganas komunis suatu ketika dulu.
F TEAM memohon diberikan rawatan kesihatan percuma di semua hospital kerajaan untuk semua ahli F TEAM yang masih hidup di usia emas ini. Hanya sekeping ‘kad pesara’ atau sekeping surat pengesahan ‘Guarantee Letter’ (GL) daripada kerajaan membolehkan mereka menerima rawatan percuma di hospital kerajaan.
Ahli F TEAM yang masih hidup ketika ini lebih kurang 115 orang. Dianggarkan seramai 30 orang ahli F TEAM tidak berpencen dan tidak boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
Sjn/D. Haji Iesa berkata, “Jika ahli sukan bertanding di mana-mana dan mendapat pingat emas untuk negara, mudah sahaja mereka menerima hadiah seperti wang saguhati berpuluh ribu ringgit dan mendapat tanah kurniaan kerajaan negeri.”
“Tapi kami yang membanteras komunis dan bergadai nyawa demi negara, tiada yang mendapat kurniaan tanah atau wang saguhati. Cuma Alhamdulillah ada yang mendapat pingat dengan elaun bulanan. Tetapi ada juga yang mendapat pingat ‘besi’ sahaja tanpa apa-apa bayaran elaun bulanan bersama pingat tersebut,” kata Haji Iesa.
Pada akhir perbincangan tersebut, Datuk Nadzim Johan menyatakan akan membawa hal ini ke pihak atasan agar hal-hal kebajikan F TEAM diberi perhatian semua pihak. Cuma diharapkan tiada pihak yang salah faham tentang tujuan baik F TEAM hadir ke PPIM.
Ini adalah bagi memperjuangkan hak kebajikan ahli F TEAM tidak kira bangsa, tidak kira status perjawatan dan sebagainya. Semuanya perlu mendapat kebajikan yang sewajarnya. Namun begitu, bukan niat mereka membelakangi pucuk pimpinan PDRM, cuma mereka berusaha dengan segala jalan yang ada.
Bak kata bidalan, “Umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus. Tepung tidak berselerak.” Begitulah yang diharapkan hasil perbincangan tersebut. Agar matlamat perjuangan menuntut kebajikan F TEAM tercapai. Namun tidak merosakkan hubungan baik antara ahli F TEAM dengan pucuk pimpinan atasan.
Pernah berlangsung satu Majlis Makan Malam ‘Pasukan F Jasamu Dikenang’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Jalan Semarak yang diadakan pada 6 Disember 2016, yang turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Puzi Harun dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1(M) Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin.
Pada majlis itu memang telah dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Noor Rashid Ibrahim tentang hal kebajikan ini. Menurut Noor Rashid, pihaknya akan mengesyorkan kepada kerajaan untuk mewujudkan insentif khas berbentuk bantuan kewangan, penjagaan kebajikan dan penganugerahan pingat penghargaan kepada 161 (bilangan ahli F TEAM ketika itu) pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang pernah berkhidmat dalam pasukan F sejak ditubuhkan pada 1971.


Artikel oleh: The Merdeka Times
F TEAM - DULU BERJUANG DEMI NEGARA, KINI UNTUK KEBAJIKAN AHLI

https://themerdekatimes.com/blog/2022/09/f-team-dulu-berjuang-demi-negara-kini-untuk-kebajikan-ahli/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/09/f-team-dulu-berjuang-demi-negara-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 1134 hits
Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan sama bagi semua kakitangan awam Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelomp...
Isu Daging Import Tidak Halal Jakim Belum Beri Penyelesaian Gabungan Ngo The Merdeka Times 25 08 2022

Isu Daging Import Tidak Halal Jakim Belum Beri Penyelesaian Gabungan Ngo The Merdeka Times 25 08 2022

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 226 hits
Tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV Kita ada pengakuan bersumpah penampilan The Hooded Man bukti bukti dan video Jadi meng...
Deretan Foto Dulu Dan Kini Elly Sugigi Yang Bikin Pangling Makin Cantik Dikira Oplas

Deretan Foto Dulu Dan Kini Elly Sugigi Yang Bikin Pangling Makin Cantik Dikira Oplas

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 144 hits
Penampilan Elly Sugigi kini kian cantik Banyak yang menilai jika Elly melakukan operasi plastik Namun dengan tegas Elly menyebut bahwa dirinya tak pernah oplas dan hanya rajin melakukan perawatan Tak heran jika ia kian memesona dan mendapat...
Lagu Merdeka 2022 Dan Senarai Lagu Patriotik

Lagu Merdeka 2022 Dan Senarai Lagu Patriotik

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 277 hits
Negara kita Malaysia bakal meraikan Sambutan Pada tahun ini Hari Merdeka 2022 dapat disambut dengan lebih meriah dan secara terbuka dengan acara perarakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022 Semangat Kemerdekaan disemarakkan l...
There Is No Merdeka From The 1mdb Scandal

There Is No Merdeka From The 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 220 hits
From Zaid IbrahimThe Federal Court decision that saw the incarceration of Najib Razak last week is possibly the most talked about judicial event in Malaysia s legal history To me especially the former prime minister s jailing was a signific...
Wct Holdings Berhad Bags Sustainability Csr Malaysia Awards 2022 Company Of The Year For The Second Time

Wct Holdings Berhad Bags Sustainability Csr Malaysia Awards 2022 Company Of The Year For The Second Time

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 270 hits
WCT Holdings Berhad an investment holding company with businesses in engineering and construction property development and investment in and management of retail malls hotels and business aviation has once again been awarded the Company of ...
Menate Lancar Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022

Menate Lancar Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 558 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama dalam Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022bertempat di Me nate Steak Hub Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan Pembukaan Besar Besaran cawangan ke 10 Me nate Steak Hub di The Cur...
Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 274 hits
Amalan sedekah tidak sedikit pun mengurangkan harta yang kita miliki Sebaliknya memang Allah SWT janjikan sesiapa yang rajin bersedekah akan terus dimewahkan rezekinya Berpegang kuat kepada perkara tersebut Dr Say Shazril yang baru baru ini...
Tema Logo Hari Merdeka 2022 Menara Merdeka 118 Malaysia Simbolik Kemerdekaan

Tema Logo Hari Merdeka 2022 Menara Merdeka 118 Malaysia Simbolik Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 343 hits
Selamat Hari Merdeka 2022 Tarikh 31 Ogos 2022 cuti Hari Merdeka 2022 merupakan cuti umum seluruh Malaysia Hari Merdeka 2022 tahun ni lebih banyak aktiviti menarik sempena sambutan Merdeka Lebih meriah sambutan Merdeka selepas 2 tahun bersam...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai