Kempan Beli Barangan Malaysia Dengan Membeli Produk Mismis Swag Blossom


Kempen Beli Barangan Malaysia telah dilancarkan semenjak tahun 2010 lagi. Tujuannya bagi menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ini kerana kita perlu berbangga membeli dan menggunakan barangan buatan negara kita berbanding import. Selain itu, produk tempatan sekarang sudah setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang sudah lama berada di pasaran


Pada Sabtu lepas, mama menghadiri satu jemputan bersama blogger untuk Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang. Kempen ini telah dilancarkan oleh KPDNHEP yang diadakan dari 16 Jan sehingga 22 Januari yang lalu di seluruh Tesco Malaysia. Untuk pengetahuan semua, melalui kempen ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk keluaran mereka serta dapat mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh negara. 
Dengan platform yang disediakan membolehkan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS dapat dipasarkan bukan sahaja di peringkat Domestik malah boleh dipasarkan ke Antarabangsa. Satu pengiktirafan buat usahawan IKS untuk memajukan produk mereka ke peringkat lebih tinggi. Pastinya produk-produk yang terpilih mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar dan telah mempunyai sijil KKM serta sijil pengiktirafan Halal dari Jakim


Antara 3 jenama yang terlibat didalam Kempen Beli Barangan Malaysia seperti ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri dari Asianic dan Blossom. Kesemua produk ini produk yang berkualiti menggunakan bahan-bahan semualajadi dan dijamin tanpa was-was serta harga yang ditawarkan jauh lebih menjimatkan. Dan ternyata produk jenama ini antara jenama yang mencapai piawaian yang telah digariskan dan yang terbaik kepada pengguna. 
UBAT GIGI - MISMIS
MISMIS adalah singkatan daripada perkataan Make it Smile. 'Catchy' bunyinya dan ada nilai sentimentalnya di situ. Penjagaan oral MISMIS merupakan keluaran daripada syarikat NFA Technologies Sdn Bhd. Mula ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun


Jenama penjagaan oral ini telah telah mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Ini mencakupi semua peringkat umur dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Produk MISMIS telah dihasilkan melalui kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dari segi penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan

Untuk pembuatan ubat gigi, bahan mentah utamanya merupakan polifenol koko yang berkualiti tinggi.Penjagaan oral MISMIS juga telah memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Ini selarasa dengan matlamat syarikat iaitu untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia


Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi

Menurut Pengarah Syarikat MISMIS berkata “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.”

Semenjak mama diperkenalkan dengan ubat gigi MISMIS ini mama terus tukar ke produk ini dari berus gigi dan juga ubat gigi. Memang ternyata sangat bagus yang penting tanpa florida. Bagi pengguna yang ada masalah gusi mama cadangkan guna ubat gigi MISMIS Cocoa Mint ini sangat bagus untuk masalah gusi. Harga ubat gigi MISMIS ini sangat berbaloi dengan kebaikkannya

Untuk keterangan lanjut mengenai produk MISMIS ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :-
Facebook : https://www.facebook.com/mismistoothpaste/Instagram : https://www.instagram.com/_makeitsmile/
SWAG - PERAPI RAMBUT
Bagi jejaka di luar sana yang ingin menggayakan rambut dengan mudah boleh cuba perapi rambut keluaran Malaysia ini. Pertama kali mama tengok packaging mama ingatkan produk ini adalah jenama Antarabangsa tapi tidak yer. SWAG ini adalah jenama produk Malaysia keluaran syarikat tempatan Sakura Industries yang telah memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag

Pomade Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil yang mana mempunyai kebaikan dalam menyubur dan menyihatkan lagi rambut. Selain itu ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut dan mudah menggayakan dengan cara yang kita inginkan


Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, "Jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini."

Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi


Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.
Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SWAG ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :- 
Facebook : https://www.facebook.com/SwagPomade/ Instagram : https://www.instagram.com/myswagpomade/
BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN & BADAN DAN KRIM TANGAN
Selain produk MISMIS dan SWAG, produk yang menjadi pilihan mama adalah produk Blossom. Oh ya produk jenama Blossom ini produk jenama di bawah keluaran syarikat Wonderland Primary Sbd Bhd. Untuk pengetahuan semua, selain produk Blossom ini terdapat juga produk Asianic dibawah keluarannya yang menghasilkan produk penjagaan badan. 

Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit dan ianya dari bahan bahan semulajadi serta sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.
Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.

Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari. “Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” kata Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk BLOSSOM ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :-

Facebook : https://www.facebook.com/WonderlandPrimary/
Instagram : https://www.instagram.com/asianichalal/

Inilah masanya kita menyahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan membeli barangan keluaran MISMIS, SWAG dan BLOSSOM. Untuk dapatkan produk-produk ini boleh didapati di seluruh outlet Tesco Malaysia, pasaraya besar, farmasi dan platform-platform online. Ayuh kita sokonglah buatan Malaysia

Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/02/kempan-beli-barangan-malaysia-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk Tempatan Mismis Swag Dan Blossom Kini Boleh Di Dapati Di Tesco

Produk Tempatan Mismis Swag Dan Blossom Kini Boleh Di Dapati Di Tesco

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 389 hits
Hi Korang Biasa dengan produk tempatan Ermm tak biasalah tuh kan kak lily pun sama Cuma ade certain certain item je yang kita prefer local macam rempah ratus masakan makanan segera sebab adanya tanda HALAL kan Cam ner plak dengan produk lai...
Swag Blossom And Mismis Local Products Aiming For The World Market

Swag Blossom And Mismis Local Products Aiming For The World Market

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 324 hits
When it comes to my facial body and hair care I am quite particular of the items I choose as I have sensitive skin There are products that agree with my skin but it rips my bank account every month So I keep on searching for good products t...
Pakistan Tidak Dapat Membeli Sawit Malaysia Seperti India

Pakistan Tidak Dapat Membeli Sawit Malaysia Seperti India

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 294 hits
Penganalisis Pakistan kurang wang permintaan dalam negeri untuk beli lebih banyak minyak sawit Pakar ekonomi dan penganalisis berkata Malaysia tidak harus terlalu berharap pada janji Perdana Menteri Pakistan Imran Khan untuk membeli lebih b...
Mismis Produk Penjagaan Gigi Guna 99 9 Bahan Semulajadi

Mismis Produk Penjagaan Gigi Guna 99 9 Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 653 hits
Assalamaulaikumu semua Pernah tengok logo bawah ni tak Ha rasa mostly familiar kan Tu kan logo barang Buatan Malaysia Semalam lepas habis kenduri kahwin kat Kajang BBL ke Tesco Kajang beli barang barang dapur Awal bulan mesti restock semua ...
Gamers Nombor 1 Malaysia Sempoi Pergi Beli Kereta Mustang Pakai Selipar

Gamers Nombor 1 Malaysia Sempoi Pergi Beli Kereta Mustang Pakai Selipar

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 633 hits
Kalau kita lihat seseorang yang sangat taksub bermain permainan video pasti ramai yang menganggap ianya adalah sekadar hobi Tetapi sebenarnya jika betul platform permainan video boleh juga menjana pendapatan yang agak lumayan Mungkin ramai ...
Coronavirus Selamat Ke Beli Barangan Dari China

Coronavirus Selamat Ke Beli Barangan Dari China

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 701 hits
Siapa yang tak risau apabila satu dunia kecoh dengan penularan virus yang membawa maut di China Kes pertama melibatkan pekerja dan pelanggan yang terlibat di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan Kalau nak tahu pasar tu bukan sahaja men...
Airasia Group Berhad Tunjukkan Minat Beli Malaysia Airlines

Airasia Group Berhad Tunjukkan Minat Beli Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 252 hits
Setelah sekian lama diperkatakan akhirnya Air Asia Group Bhd melalui pemiliknya Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan minat mereka untuk membeli Malaysia Airlines Bhd Minat untuk pengambilalihan ini juga dikatakan telah dimaklumkan dan diperse...
5702 Aktiviti Majlis Perasmian Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia Ppim 26 01 2020

5702 Aktiviti Majlis Perasmian Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia Ppim 26 01 2020

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 541 hits
Toqqi menghadiri Majlis Perasmian Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia di Putrajaya
Wabakwuhan Ringkasan Kisah Pesakit Keempat Koronavirus Di Malaysia

Wabakwuhan Ringkasan Kisah Pesakit Keempat Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 588 hits
SEMASA Malaysia mengesahkan pesakit keempat dari pelancong China dijangkiti wabak wuhan ataupun koronavirus Berikut adalah kronologi ringkas mengenai kejadian tersebut 1 Seorang lelaki yang berusia 40 tahun Lelaki ini tidak mempunyai contac...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025