Produk Tempatan Mismis Swag Dan Blossom Kini Boleh Di Dapati Di Tesco


Hi Korang, 

Biasa dengan produk tempatan?? 
Ermm tak biasalah tuh kan, kak lily pun sama. Cuma ade certain-certain item je yang kita prefer local macam rempah ratus masakan, makanan segera sebab adanya tanda HALAL kan. 
Cam ner plak dengan produk lain macam produk penjagaan diri, penjagaan rumah?? Kita for sure akan pilih produk yang sudah ada nama. Yelah sebab jenama orang dah kenal dan percaya. 
So cam ner plak dengan produk tempatan yang baru-baru muncul nieh?? MEsti orang cam ragu-ragu nak cuba yelah belum ada nama kengkonon takut ada kesan-kesan negatif plak kan. 
Janganlah cam tuh geng!! 
Tak baek wokeh, why not kita cuba dulu untuk kepastian. Lepas tuh baru kita boleh tahu kesannya pada kita. 
Eh bukan apa ahkak ko membebel ni hah, citernya cam nie.


Kalau korang nak tau yang Kempen Beli Barangan Malaysia bersama usahawan tempatan IKS dalah salah satu program untuk membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui oleh Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. 
Matlamat Kempen Beli Barangan Malaysia ini adalah untuk membantu usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran. Peluang yang diberikan ini bukan sahaja dapat membantu usahawan untuk mencari tempat yang sesuai untuk memasarkan produk keluaran syarikat tetapi juga untuk mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh Negara. Produk usahawan IKS yang dipasarkan bukan sahaja berpeluang untuk dipasarkan di peringkat Domestik tetapi juga di peringkat Antrabangsa. Ini adalah pengiktirafan kepada usahawan IKS dan usahawan juga dapat menjalankan perniagaan dengan beretika. Dengan adanya program ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan dengan harga yang berpatutan.


Kebetulan jugak kak lily berkesempatan ke roadshow Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang baru-baru ini bersama rakan-rakan yang lain. Eh kita as consumer memang patut kena ambil tahu hal-hal sebegini. Yelah kalau elok kita boleh bagitau pada orang-orang lain kan, kalau tak elok kita kenalah kasi ‘constructive feedback’ pada tuan punya produk tuh hehhee 
Ada 3 jenama produk penjagaan diri yang kak lily rasa boleh pergi jauh lagi pasaran asing iaitu MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ASIANIC. 
Ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom adalah antara jenama tempatan yang berjaya menempusi pasaraya besar seluruh negara. Produk jenama tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar di semua pasaraya besar Tesco di seluruh Negara. Produk jenama MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini bukan sahaja mempunyai kualiti dan pembungkusan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran, jenama tempatan ini juga telah melepasi piawaian produk bermutu untuk pasaran pasaraya besar dalam dan luar Negara. 
UBAT GIGI - MISMIS 
NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun.


Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS. Memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.” 

Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko | 100g
Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Ekstra Pudina Segar | 200g | 85g | 60g
Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol - tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi. 
BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN dan BADAN DAN KRIM TANGAN 
Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose).


Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit. Diformulasikan dari bahan bahan semulajadi ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.


“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” kata Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.


Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.


Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari. 
SWAG – PERAPI RAMBUT 
Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag. Jenama Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil bagi membantu menyubur dan menyihatkan lagi rambut selain ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut.


Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini.

‘Boss’ dan ‘Focus’
‘Energy’ dan ‘Million’
Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. 
Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi.

yang produk terbaru SWAG ni, kak lilu cuba ari tuh. Sapu je kat rambut wangi tuh. Lantaklah lelaki pompuan boleh je nak guna kan
Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.


Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana. Ayuh dapatkan produk-produk SWAG hari ini hanya di seluruh outlet Tesco Malaysia. 
Program seumpama ini adalah salah satu platform untuk membantu Usahawan IKS untuk memasarkan produk mereka di parasara besar diseluruh negara. Produk yang terpilih bukan sahaja mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar, tetapi juga telah mempunyai sijil KKM dan Halal. Usahawan terpilih juga telah mematuhi syarat pengeluaran produk untuk pasaraya besar. Usaha ini adalah sokongan dan kepada usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dan proaktif dalam bidang perniagaan. Ada juga Usahawan IKS ini telah mendapat pasaran luar Negara.

So camne??

Apa pilihan korang?

Dengan adanya kempen-kempen sebegini, kak lily rasa makin lebih ramai orang ramai akan sedar kewujudan produk-produk tempatan yang bermutu tinggi ni.

Kami supot local!! 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 
MISMIS 
Pn.Wanie Nordin 
+60 12-941 0528 
Website : https://www.mismis.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/mismistoothpaste/Instagram : https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

SWAG
En. Rozailmee 
+60 12-435 6003 
Website : http://www.swagpomade.com/Facebook : https://www.facebook.com/SwagPomade/Instagram : https://www.instagram.com/myswagpomade/?hl=en


Blossom 
Pn. Leny Adam 
+6019 265 6687 
Web : www.wonderlandprimary.comFacebook : https://www.facebook.com/WonderlandPrimary/Instagram : https://www.instagram.com/asianichalal/?hl=en



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/02/produk-tempatan-mismis-swag-dan-blossom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempan Beli Barangan Malaysia Dengan Membeli Produk Mismis Swag Blossom

Kempan Beli Barangan Malaysia Dengan Membeli Produk Mismis Swag Blossom

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 672 hits
Kempen Beli Barangan Malaysia telah dilancarkan semenjak tahun 2010 lagi Tujuannya bagi menggalakkan pengguna tempatan mencintai membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia Ini kerana kita perlu berbangga membeli dan menggunakan barang...
Kad Grafik Amd Radeon Rx 5600 Xt Kini Boleh Didapati Di Pasaran Tempatan

Kad Grafik Amd Radeon Rx 5600 Xt Kini Boleh Didapati Di Pasaran Tempatan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 227 hits
https ift tt 2NMqNj0 Jika anda sedang mencari sebuah kad grafik untuk menggerakkan permainan permainan komputer pada resolusi Full HD AMD hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi pilihan kad grafik terbaru dibawah siri AMD Radeon RX 5600 X...
Swag Blossom And Mismis Local Products Aiming For The World Market

Swag Blossom And Mismis Local Products Aiming For The World Market

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 324 hits
When it comes to my facial body and hair care I am quite particular of the items I choose as I have sensitive skin There are products that agree with my skin but it rips my bank account every month So I keep on searching for good products t...
Mismis Produk Penjagaan Gigi Guna 99 9 Bahan Semulajadi

Mismis Produk Penjagaan Gigi Guna 99 9 Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 653 hits
Assalamaulaikumu semua Pernah tengok logo bawah ni tak Ha rasa mostly familiar kan Tu kan logo barang Buatan Malaysia Semalam lepas habis kenduri kahwin kat Kajang BBL ke Tesco Kajang beli barang barang dapur Awal bulan mesti restock semua ...
Iphone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

Iphone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 306 hits
iPhone 11 Pro ialah antara telefon pinter termahal di pasaran Sungguhpun begitu peranti masih mendapat sambutan peminat yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan peranti terhebat pernah dihasilkan Apple Tetapi jika anda mahukan kelain...
Awal Awal Tahu Qadejah Disleksia Rasa Stres Kini Bila Besar Dia Pula Boleh Diharap

Awal Awal Tahu Qadejah Disleksia Rasa Stres Kini Bila Besar Dia Pula Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 431 hits
Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Datin Seri Nur Shahida mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya Qadejah El Zahra yang mengalami masalah disleksia Shahida berkata perangai anaknya itu benar benar meng...
Pengguna Netflix Kini Boleh Mematikan Mainan Video Prebiu Automatik

Pengguna Netflix Kini Boleh Mematikan Mainan Video Prebiu Automatik

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 245 hits
Satu perkara yang menjengkelkan dan turut menghabiskan data ialah video prebiu automatik yang dimainkan ketika menatal Netflix Audio yang turut dimainkan secara automatik turut boleh mengejutkan pengguna yang hanya ingin mencari kandungan y...
Katil Boleh Lipat Untuk Kegunaan Pejabat Kini Ditawarkan Di Jepun

Katil Boleh Lipat Untuk Kegunaan Pejabat Kini Ditawarkan Di Jepun

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 269 hits
https ift tt 2TOeM0t Negara Jepun mempunyai budaya kerja sehingga lewat malam yang dianggap pelik sekiranya berlaku di negara lain Adalah normal untuk melihat kakitangan tidur di meja kerja kerana perkhidmatan kereta api yang telahpun tamat...
Karya Animasi Tempatan Kini Bertaraf Dunia Gobind

Karya Animasi Tempatan Kini Bertaraf Dunia Gobind

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR 22 JAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo hari ini mengadakan perbincangan bersama warga industri animasi dan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Perbincangan tersebut diadakan untuk memahami masa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025