Kemeriahan Perebutan Jawatan Dalam Keadilan Tanda Kehebatan Parti


 SESUDAH SUBUH

Gambar hiasan.DENGAN mengenepikan perasaan mual dan benci kepada politik gara-gara aksi "katak, kera, monyet dan kakah (sejenis kera berkening putih)" yang mungkin ada penyelesaian apabila parlimen telah mengadakan sidang khas meminda perlembagaan Perkara 10 semalam bagi membolehkan satu undang-undang (RUU) lompat parti digubal, kita perhatikan kepada kemeriahan pemilihan dalam parti Keadilan yang bermula sekarang ini dengan proses penamaan calon.
Penamaan calon menerusi talian dibuka sejak 8 April lalu dan tamat semalam 11 April. 
Mengenai akta anti lompat yang dijangka menjadi realiti pada Mei depan apabila satu lagi sidang khas parlimen diadakan, kita doakan semoga ia berjaya. Seperti dikutip daripada kata-kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa membahas rang undang-undang pindaan itu, akta itu nanti boleh mengurangkan rasa benci dan ketidak-percayaan setengah rakyat kepada politik (pilihan raya). Mudah-mudahan peratus keluar mengundi dalam Piraum ke-15 akan capai tahap sebelum ini.

Berbalik kepada pemilihan dalam Keadilan, ia sudah mula hangat. Nama-nama calon yang akan bertanding sudah pun diketahui. Kempen untuk menaik dan memprojekkan calon itu dan ini sudah bermula. Medsos menjadi medium utama melancar kempen termasuk kempen membusukkan batang tubuh. Nama serta gambar calon dengan tagline indah dan "mindah" sudah terpapar di mana-mana. Semua dengan cara dan selera tersendiri.
Kecuali jawatan presiden, semua jawatan tertinggi lain berlaku pertandingan. Selepas penamaan calon secara online ditutup semalam, hanya nama Anwar Ibrahim sebagai calon tunggul presiden Keadilan terdaftar. Bermakna Anwar selamat dicabar. 
Riak risik seperti sebelum ini, semasa pemilihan tahun 2018 dahulu tidak kedengaran dan berlaku. Ketika itu terdengar desas desus Anwar akan dicabar. Pencabarnya adalah timbalannya ketika itu Azmin Ali. Walaupun Azmin sudah bersiap sedia dengan bala tenteranya, namun ahli parlimen itu akhirnya membatalkan niat dan hanya kekal bertanding jawatan timbalan presiden bagi mengekalkan kedudukannya itu. Beliau ditentang oleh Rafizi Ramli.  
Namun kemenangan Azmin itu tidak membawa pengertian penuh bermakna kepada Keadilan apabila April 2020 Azmin nekad meninggalkan parti untuk bergabung dengan Mahiaddin Yassin mengkudetakan kerajaan sendiri, kerajaan PH. Bertolak dari kejadian itu maka hanyir dan hanguslah nama Azmin daripada Keadilan. Sementara Rafizi pula seperti tidak boleh menerima kekalahan apabila mengambil sikap mendiamkan diri dan bercuti walaupun dilantik menjadi salah seorang naib presiden.
Pertandingan merebut jawatan nombor dua ketika itu memberi bala dan menjadi celaka kepada parti Keadilan. 
Kekosongan yang perlu diisi.
Kekosongan ditinggalkan Azmin itu perlu diisi. Pengisian ini dilihat untuk menjadi penimbal kepada Anwar sebagai presiden. Ketiadaan Azmin dan kuncu-kuncunya termasuk dua naib presiden, memberi pukulan hebat kepada Keadilan. Sebagai bukti parti itu gagal menang satu kerusi pun di Pirane Melaka dan kalah di Johor dan Sarawak. Musibah menimpa Keadilan itu bukan kerana arus perubahan pengundi baharu, tetapi kerana keporak-perandaan dalam Keadilan. 
Kegagalan itu disalahkan kepada Anwar kerana kononnya tidak bijaksana mengurus parti, karektor dan cara beliau berpolitik menjadikan itu berlaku?
Kehilangan Azmin itu kewajiban yang patah perlu ditumbuhkan oleh anggota Keadilan. Dan pemilihan yang akan berlangsung Mei ini antara tujuan utama ialah mengisi jawatan itu. Mencari pengganti Azmin. Sekarang ini ada dua calon yang menawarkan diri untuk merebut jawatan itu. Bekas Ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramali dan ahli parlimen Kulim Bandar - Baru, Saifuddin Nasution Ismail. 
Kedua-dua mereka pernah mencuba untuk merebut jawatan itu sebelum ini. Saifuddin kalau tidak silap sudah dua kali mencuba, tetapi tewas. Sementara Rafizi baru sekali ketika menentang Azmin. kedua-duanya tewas kepada Azmin Ali. Inilah kehebatan yang ada kepada Azmin Ali yang perlu diakui dengan jujur tanpa prejudis.
Konteks atau mauduk pemilihan timbalan presiden kali ini lebih kepada untuk kepentingan parti. Keistimewaan calon ialah yang dapat membangun semula parti sehebat sebelum ini. Penting juga pengisian itu untuk membantu Anwar mengurus parti dan mencapai hajatnya yang belum tergapai, untuk jadi perdana menteri. 
Anwar boleh terus berangan untuk jadi PM sekiranya dalam Piraum ke-15 Keadilan menang lebih 50 kerusi. Kalau Keadilan hanya menang setakat cukup-cukup makan, di bawah 30 kerusi angan-angan Anwar itu sudah tercabut dari jasad politik Malaysia.  Beliau juga perlu insaf berundurlah dengan terhormat.
Justeru pembantu Anwar itu penting. Anwar yang sudah lanjut usia sangat memerlukan pembaharuan dan keampuhan barisannya. Barisan itu pula boleh diperkuatkan dengan hanya mempunyai pembantu setia, ulit dan kuat bekerja serta tidak ada cita-cita peribadi. Semangat dan sikap itu sahaja dapat menggendung aspirasi dan menghadapi cabaran politik wajah baru yang dikuasai undi 18.
Suasana dan senario politik dalam Piraum ke-15 akan berubah kalau pun tidak total, tetapi sudah berbeza dengan sebelum ini berpandukan kepada beberapa siri pilihan raya mutakhir ini. Kehadiran undi generasi 18 membawa signifikan kepada piraum ke-15 nanti. 
Siapakah antara Rafizi dan Saifuddin yang layak untuk menjadi penimbal ataupun pemimpin terbaik yang akan menjadi pembantu Anwar. Perlu diingat, siapa mereka yang berada ditempat itu merekalah bakal mengambil alih kepimpinan dalam Keadilan selepas ini. Penggal ini saya kira adalah penggal terakhir Anwar menjadi presiden Keadilan, sekiranya partinya kalah dan beliau terkehel daripada menjadi perdana menteri selepas Ismail Sabri Yaakob. 
Setelah dilintas oleh sang biawak beberapa kali, cukuplah untuk Anwar menamatkan cita-cita dan impiannya untuk jadi perdana menteri. Dambaan rakyat kepadanya dikira akan berakhir. Anwar sudah layak menjadi classical politician selepas ini umpama kerusi rotan yang masih utuh tetapi sudah tidak relevan dengan peredaran masa dan design masa kini. Out of date.
Justeru itu maka siapa yang menang menjadi timbalan presiden, maka dialah akan bakal memimpin Keadilan selaku presiden selepas ini. Sesungguhnya jawatan timbalan presiden punya tanggungjawab yang besar.
Mengenai siapa lebih berhak dan layak antara Saifuddin dengan Rafizi untuk diangkat menjadi timbalan presiden Keadilan, disini saya tidak mahu ulas segera. Nantilah selepas nama kedua-duanya disahkan sebagai calon saya akan beri pandangan dan pendapat saya sendiri selaku pemerhati politik bebas yang kebetulan sedikit sebanyak mengenali mereka; perangai, sifat dan pembawaan dari dekat.
Untuk catatan ini kita senaraikan dahulu jawatan-jawatan dan calon-calon yang terbabit dalam merebut jawatan-jawatan utama kepimpinan yang dijangka sengit dan meriah kali ini.
Perebutan paling meriah ialah untuk jawatan naib presiden. Terdapat 17 tokoh atau nama diumumkan sebagai telah mendaftarkan diri untuk merebut jawatan ini. Menarik juga untuk jawatan ini kerana beberapa penyandangnya tidak lagi mencalonkan diri bagi mempertahankan kedudukan mereka. Antaranya Nurul Izzah Anwar, Shamnsul Iskandar Md Akin dan Thian Chua. 
Daripada 17 nama dan tokoh itu bakal mengisi jawatan ini sebagai mengganti "keberunduran" Nurul Izzah dan Tian Chua. Kenapa Nurul Izzah, Shamsul Iskadar dan Tian Chua tidak mempertahankan kedudukan mereka, sukar untuk diteka. Cuma apa yang boleh disimpulkan mungkin mereka kurang yakin dapat mempertahankan kedudukan itu kerana ulah dan perangai mereka sebelum ini yang mengeligelamankan.
17 nama atau tokoh yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan naib presiden ialah; 
1. Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor.
2. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
3. Chang Lih Kang, penyandang.
4. Ahmad Fahmi Mohammad Fadzil, ahli parlimen Pantai.
5. Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan dan bekas Ketua Wanita Keadilan.
6. Nik Nazmi Nik Ahmad, ahli parlimen Setiawangsa.
7. Farshah Wafa Selavador Rizal Mubarak.
8. MA Tinagaran, bekas timbalan pengerusi Keadilan Perak.
9. Abdullah Sani Abdul Hamid, ahli parlimen Kapar.
10.G Manivannan, bekas ahli parlimen Kapar.
11. Dr Gunnaraj, Adun Sentosa, Selangor.
12. Azan Ismail, pengerusi Keadilan Terengganu.
13. Mustafa Kamil Ayub, bekas naib presiden.
14. Thiban, bekas naib ketua Angkatan Muda.
15. Michael Tek Diew Ching, Adun Chuah.
16. Dr R Sanamurgam, Adun Bukit Selambau.
17. Chan Ming Kai, ahi parlimen Alor Setar.
Untuk jawatan Ketua Wanita Keadilan pula berlaku perlawanan satu lawan satu antara Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga dengan Senator Fadhlina Sidek. Manakala untuk jawatan timbalan ketua berlaku tiga penjuru, antara Faizah Ariffin, Napisah Khamis Marhan mantan calon Keadilan di Johor dengan Juwariya Zulkefili Adun Bukit Melawati. 
Bagaimana pun perebutan untuk jawatan naib ketua Wanita Keadilan membabitkan perlawanan sembilan penjuru di antara, Hasmorni Tamby, Loh Ker Chean, Shamala a/p Vasudevan, Sabrina Ahmad naib ketua Wanita Keadilan kini, Siti Aishah Sheik Ismail bekas senator, June Leow Hsiad Hui, Wasanthee a/p Sinnasamy, Sangetha Jayakumar dan Rufinah Pengeran.
Sementara perlawanan dua penjuru juga berlaku untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan, antara dua aktivis mahasiswa, Adam Adli dengan Fahmi Faizol. Pertandingan merebut jawatan ini seperti tidak sehangat seperti sebelum ini. 
Selain jawatan-jawatan utama menjadi rebutan, yang meriah dan menarik dan bakal menghangatkan pemilihan Keadilan untuk sessi 2022/2025 juga ialah perebutan ketua-ketua cabang. Nampaknya masing-masing berebut untuk menjadi ketua cabanag atau pimpinan tertinggi kerana mengharap dengan kedudukan itu nanti mereka mempunyai harapan besar akan dicalon sebagai calon dalam Piraum-15 nanti. Walaupun Anwar memberi peringatan dan isyarat, tidak bermakna ketua cabang atau pimpinan tertinggi akan dipilih secara automatik sebagai calon, tetapi jawatan itu berpotensi atau menjadi kriteria besar untuk diangkat menjadi calon. Bagi Anwar mereka yang akan dipilih menjadi calon yang setia kepada perjuangan dan tentulah ada kebolehan. 
Jika perebutan jawatan sebagai ketua cabang itu mengharap menjadi calon ia bukan sesuatu mutlak dan kemuliaan dalam perjuangan (Keadilan), kerana apa yang penting dan mustahak jawatan itu adalah untuk mempastikan perjuangan Keadilan melakukan reformasi dan revolusi sistem urus tadbir negara untuk kebaikan rakyat yang lebih penting bukan kepentingan peribadi. [wm.kl.7:55 am 12/04/2022] 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/04/kemeriah-perebutan-jawatan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Parti Keadilan Perlu Cepat Mengaku Kalah

Mengapa Parti Keadilan Perlu Cepat Mengaku Kalah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 281 hits
Suatu kritikan terhadap pemimpin pemimpin muda Dalam satu dua hari ini saya berasa lemah semangat Seorang demi seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat bercakap bahawa Keadilan akan kalah dalam PRU15 akan datang PH juga akan kalah kata mereka...
Pakar Undang Undang Syor Mp Lompat Parti Letak Jawatan Dan Dapatkan Mandat Baharu

Pakar Undang Undang Syor Mp Lompat Parti Letak Jawatan Dan Dapatkan Mandat Baharu

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Mana Mana Ahli Parlimen yang menukar parti hendaklah meletak jawatan dan kembali kepada rakyat dalam pilihan raya kecil untuk mendapatkan mandat baharu kata pakar undang undang Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi Peny...
Sidang Media Parti Amanah Negara Persiapan Menghadapi Pru15 Isu Penga Adakah Amanah Dah Kaji

Sidang Media Parti Amanah Negara Persiapan Menghadapi Pru15 Isu Penga Adakah Amanah Dah Kaji

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 137 hits
Maaf cakap tapi aku rasa Amanah ni bodoh Entah kenapa dia masih percaya gabungan semua pembangkang boleh tewaskan BN Cuba tengok keputusan PRN Melaka dan Johor Pejuang dan Warisan ditolak sama sekali Cuma Muda dapat nyawa di Johor itupun at...
Ruu Anti Lompat Parti Satu Lagi Sidang Khas Diperlukan

Ruu Anti Lompat Parti Satu Lagi Sidang Khas Diperlukan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 156 hits
RUU Anti Lompat Parti Satu lagi sidang khas diperlukanPosted By on April 08 2022Rang Undang Undang Anti Lompat Parti akan tetap dibentangkan biar pun hasrat awal untuk membentangkannya pada sidang khas Parlimen 11 dan 12 April ini gagal dil...
Kelewatan Bentang Ruu Anti Lompat Parti Harus Jadi Akta Lebih Baik

Kelewatan Bentang Ruu Anti Lompat Parti Harus Jadi Akta Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 149 hits
Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengharapkan kelewatan membentang Rang Undang undang Anti Lompat Parti akan membawa kepada pembentukan akta yang lebih baik dan sempurna Menurut kenyataan BERSIH kelewatan pembentangan yang d...
Parti Yang Ada Kaitan Dengan Mahathir Tak Payah La Nak Kerjasama Mengarut Takut Dengan Kamu Sekali Orang Tolak

Parti Yang Ada Kaitan Dengan Mahathir Tak Payah La Nak Kerjasama Mengarut Takut Dengan Kamu Sekali Orang Tolak

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 178 hits
Menuju PRU 15 Perlu teroka kerjasama dengan parti anti BN Seandainya trend pengundian yang dilihat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sarawak dan Johor kekal yang mana pengundi Atas Pagar enggan keluar membuang undi maka mungkin satu penjajara...
Tafsiran Lompat Parti Punca Ditangguh

Tafsiran Lompat Parti Punca Ditangguh

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 156 hits
Tafsiran lompat parti punca ditangguh Posted By on April 08 2022Rang Undang Undang Anti Lompat Parti mungkin tidak dibentangkan pada sidang khas Parlimen 11 April 2022 ini Menurut beberapa portal berita yang dekat dengan kabinet Perdana Men...
Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 202 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian tegas kami bahawa meluluskan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Amatlah je...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini