Mengapa Parti Keadilan Perlu Cepat Mengaku Kalah




 

Suatu kritikan terhadap pemimpin-pemimpin muda

 

Dalam satu dua hari ini, saya berasa lemah semangat. Seorang demi seorang  pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bercakap bahawa Keadilan akan kalah dalam PRU15 akan datang. PH juga akan kalah, kata mereka.

 

Pemimpin-pemimpin muda Keadilan ini berhujah menggunakan data dan fakta yang disokong dengan simulasi dan Artificial Inteligence meramalkan Keadilan akan tewas. Keadilan mungkin hanyut dalam pilihanraya umum beberapa bulan ini, ujar mereka lagi.

 

Saya tidak takut kalah. Tetapi sedih dan hampir patah hati. Ini bukan pemimpin Keadilan yang saya kenal selama ini.

 

Saya bukan budak-budak yang taksub  dengan “battle cry” “lawan tetap lawan”; “membujur lalu melintang patah”, “we never surrender”. Namun begitu, saya menghayati slogan perjuangan tersebut. Ia bukan kosong.

 

Pemimpin-pemimpin muda sekarang ini dalam Keadilan yang melemahkan semangat  kami anggota-anggota parti. Mereka ini saya baru kenal, dalam beberapa tahun ini. Tetapi saya kenal tokoh reformasi yang bernama Anwar Ibrahim sejak tahun 1971, kira-kira 51 tahun yang lalu. Lebih setengah abad, sejak kami muda di zaman mahasiswa universiti. Pelik, pemimpin-pemimpin muda sekarang yang sudah jadi ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri bercakap soal kalah dan tewas tetapi anggota-anggota biasa dan para aktivis di bawah sana masih kekal menjerit, "reformasi! reformasi!"

 

Sejak kalah di beberapa piliharaya negeri, bermula Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor,saya melihat ada di kalangan pemimpin-pemimpin muda parti yang menganggap Anwar Ibrahim tidak lagi relevan. Tidak ada siapa nampaknya dalam Parti Keadilan sekarang yang tampil kedepan berani mempertahankan Anwar. Pemimpin-pemimpin muda keadilan sibuk mengatur papan dan "cai" masinh-masing.

 

Sedih melihat pemimpin-pemimpin muda Parti Keadilan yang jadi YB-YB selesa memberi  “walk-over” kepada Umno/BN dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang sebab data-data, statistik, simulasi dan survey menunjukkan Keadilan akan kalah. Mereka lebih percaya kepada angka daripada azam manusia. Mereka patut membaca sajak Said Zahari yang berjodol "AZAM" yang ditulisnya dari dalam penjara ketika merengkok selama 16 tahun di Penjara Changi Singapura semasa pemerintahan kuku besi Lee Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin muda Keadilan yang kini jadi wakil-wakil rakyat yang selesa itu patut memiliki antologi "Puisi Dari Penjara" karya Said Zahari.

 

Sepatutnya pemimpin-pemimpin muda Keadilan yang berpelajaran tinggi, setengahnya dari oversea, jadi vanguard di baris hadapan Keadilan dalam menghadap medan tempur. Buanglah bendera-bendera putih itu sekarang.

 

Sekarang saya lihat di kalangan pemimpin-pemimpin muda kelas elitis yang terdiri daripada YB-YB semakin tipis dan sunyi suara-suara mereka yang berani bercakap lagi tentang Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri Keadilan/PH dalam pilihanraya akan datang. Semakin ramai di kalangan anggota Parti Keadilan sendiri yang tidak yakin pada Presidennya sendiri. Mereka sibuk bersiap-siap untuk mengambilalih tempat Anwar Ibrahim.

 

Inilah kesannya kalau pemimpin-pemimpin muda terlalu taksub pada survey, data dan statistik serta simulasi serta Artificial Inteligence.

 

Perjuangan politik ini tidak hanya bergantung pada survey, statistik dan data. Benar, survey, statistik dan data itu penting dalam pilihanraya. Tetapi ingat Parti Keadilan Rakyat ini adalah sebuah parti perjuangan. Ia sebuah pergerakan rakyat. “Core business” Parti Keadilan bukan setakat memenangi pilihanraya.

 

Rakyat sekarang susah sengsara. Negara sedang menuju malapetakan kebangkrapan angkara rasuah dan penyelewengan kewangan. Rakyat tak mampu beli makanan yang semakin hari semakin mahal harganya. Kerana itu bolehkah Parti Keadilan kena tunggu dua kali pusingan pilihanraya umum lagi baru boleh bercakap untuk berkuasa di Putrajaya?

 

Perjuangan Parti Keadilan ialah mengangkat wadah reformasi. Wadah perjuangan rakyat. Biar kalah bagaimanapun, semangat perjuangan tetap membara dan mesti sentiasa menyala.

 

Inilah kelebihan Parti Keadilan. Ketika ini Parti ini dipimpin oleh Presidennya yang tabah, cekal dan tabah. Jangan dicurah air sejuk kepada semangat anggota parti yang ingin berjuang menentang segala bentuk ketidakadilan, pancaroba dan dugaan.

 

Jangan bercakap soal kalah. Saya sebagai seorang ahli politik kecilan di peringkat bawah ini, yang daif berkali-kali menghadapi kekalahan dalam pilihanraya, tidak pernah putus semangat dan mengibarkan bendera putih.

 

Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat kerana semangat perjuangan pemimpin-pemimpinnya yang kental.

 

Setakat ini saya melihat Anwar Ibrahim telah menang bertanding sebagai Presiden Keadilan tanpa dicabar. Ia menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim di dalam parti tidak berbelah bahagi. Anggota parti parti padu menyokong  Anwar Ibrahim.

 

Tetapi kalau ramai pemimpin-pemimpin muda Keadilan berpangkat YB-YB kelas tinggi  sudah segan silu  menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Keadilan/PH dalam Pilihanraya Umum-15, biarlah saya yang tua muka  tebal tak tahu malu ini tetap menyuarakan  Presiden Parti Keadilan  Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

 

Saya tidak malu bercakap bahawa saya ingin melihat sahabat seangkatan saya sejak muda, individu bernama Anwar Ibrahim yang saya percayai akan menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti. Jika saya gembira rakan serumah saya Ismail Sabri Yaakob, semasa muda-muda dulu, menjadi Perdana Menteri sekarang maka mengapa saya tidak boleh memasang impian melihat giliran Anwar Ibrahim pula menjadi Perdana Menteri?

 

Banyak kali saya telah cakap, dan saya ulangi lagi bahawa saya bukan macai atau pentaksub kepada Anwar Ibrahim. Tetapi tokoh ini saja yang saya percaya boleh memimpin kita menghadapi Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.

 

Kalau kerana itu kita dituduh terlalu taksub dengan merebut kuasa,  saya tidak apologetik. Saya kata "Ya" perjuangan politik Parti Keadilan ialah untuk merebut kuasa di Putrajaya. Kita berkuasa untuk menyelamatkan Malaysia yang punah rosak sekarang ini. Parti keadilan adalah sebuah wadah perjuangan.

 

Saya mohon kepada anggota dan para pemimpin Keadilan sendiri, bukan dari parti-parti lain dalam PH atau di luar PH, tetapi anggota dan pemimpin Keadilan sendiri, terutama pemimpin-pemimpin muda supaya memberi sokongan teguh kepada Anwar Ibrahim untuk beliau sekali lagi memimpin kita dalam pilihanraya umum. Kali inilah, mungkin kali terakhir kita bersama pemimpin kita Anwar Ibrahim, kita bersama-sama laksanakan cogan kata “lawan tetap lawan”, “membujur lalu melintang patah” dan “We never surrender” dalam menghadapi PRU-15 akan datang.

 

Kalau, dan kalau sekiranya dalam Pilihanraya Umum ke-15 akan datang, Parti Keadilan Rakyat kalah  juga, dan kalah teruk pula, maka saya berjanji, saya akan menasihati Anwar Ibrahim supaya beliau berundur dari memimpin parti. Kalau ketika itu Anwar Ibrahim enggan berundur, degil dan liat melepaskan jawatannya, maka saya yang daif dan kecil ini akan mencabar Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden Parti dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat selepas PRU-15 nanti, itupun kalau saya masih bernyawa.

 

Tetapi buat masa yang penting dan genting kini, bulatkanlah tekad kita bersama Presiden kita Anwar Ibrahim menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba beberapa bulan sahaja lagi dengan azam yang penuh semangat dan berani. Buang dari minda kita sebarang lintasan fikiran mengaku kalah dan menyerah.

 

Kita ulang sekali lagi di sini, cogankata perjuangan Parti Keadilan, “Kita Berani Berjuang, maka Kita Berani Menang!”

 

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 April 2022 (Jumaat)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/mengapa-parti-keadilan-perlu-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemeriahan Perebutan Jawatan Dalam Keadilan Tanda Kehebatan Parti

Kemeriahan Perebutan Jawatan Dalam Keadilan Tanda Kehebatan Parti

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 152 hits
SESUDAH SUBUHGambar hiasan DENGAN mengenepikan perasaan mual dan benci kepada politik gara gara aksi katak kera monyet dan kakah yang mungkin ada penyelesaian apabila parlimen telah mengadakan sidang khas meminda perlembagaan Perkara 10 sem...
Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 211 hits
SHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu secara kolektif menolak draf Rang Undang Undang Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di ...
Saya Akan Bela Nasib Dapatkan Keadilan Buat Bella Che Puan Khaleeda

Saya Akan Bela Nasib Dapatkan Keadilan Buat Bella Che Puan Khaleeda

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 180 hits
Saya Akan Bela Nasib Dapatkan Keadilan Buat Bella Che Puan Khaleeda TANDA pagar justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati terutamanya apabila remaja berkenaan mengalami ke...
Ulang Tahun 23 Kembalikan Kekuatan Parti

Ulang Tahun 23 Kembalikan Kekuatan Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 128 hits
Ulang tahun 23 kembalikan kekuatan partiPosted By on April 04 2022KEADILAN telah melalui dua dekad perjuangan penuh ranjau duri di samping kejayaan Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Datuk Johari Abdul parti yang ditubu...
Hiburan Karma Akan Hadir Enggan Diam Diri Isteri Tmj Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

Hiburan Karma Akan Hadir Enggan Diam Diri Isteri Tmj Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 180 hits
Perbicaraan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella sedang menjadi topik yang hangat dibicarakan oleh orang ramai ketika ini Lagi lagi setelah salah se...
Kenapa Saya Sangat Sinonim Dengan Imej Baju Hitam Dalam Keadilan

Kenapa Saya Sangat Sinonim Dengan Imej Baju Hitam Dalam Keadilan

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 161 hits
Sebelum menjawab persoalan tersebut saya nak kongsikan serba sedikit kisah di sebalik baju hitam di dalam KEADILAN mutakhir ini Saudara Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ialah bagi saya seorang ikon pejuang muda yang taat kepada Presiden ...
Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 165 hits
Sesi perbicaraan di New York telah tamat dalam tempoh yang singkat Pihak defendan tidak dibenarkan atau tidak dikurniakan layanan VIP dari pihak mahkamah untuk mengurus hal peribadi mahupun diberikan akses kepada pasport untuk ke mana mana ...
Datuk Seri Anwar Kekal Presiden Keadilan Menang Tanpa Bertanding

Datuk Seri Anwar Kekal Presiden Keadilan Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 182 hits
Keputusan pertama Pemilihan KEADILAN 2022 diketahui semalam iaitu kekalnya kedudukan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disyitihar menang tanpa bertanding selepas proses pencalonan selesai Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saif...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa