Perbezaan Antara Privatising The Profits Dan Socialising The Costs


 OSTB : Kes No. 1 Sapura Energy
 Berita terkini yang masih menjadi hangat adalah kes syarikat Sapura yang menghadapi krisis hampir bankrap. Yang merumitkan keadaan ialah pemegang saham terbesar Sapura adalah PNB (pengurus Amanah Saham Bumiputera). Mula kita baca sedikit berita:


 
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/20/protect-sapura-from-bankruptcy-najib-urges-govt/
 
Sapura loss RM8.9b last year – biggest loss for any GLC in history
“Sapura verge of bankruptcy, dozens of bankruptcy suits by vendors”“Sapura’s share price fell from 80 sen to 3.5 senPNB’s investment of RM2.7b in 2019 (41 sen) fell almost 95%  Sapura value was RM30b. Currently worth RM500m - RM650m” he saidNajib urged govt to protect Sapura from bankruptcy by providing loans, P....s or Khazanah take over ownership from PNBurged govt to provide easy interest loans / guarantees to Sapura 
If Sapura bankrupt, 10.6m ASB investors suffer losses RM4bPNB, EPF, other provident funds will face indirect losses RM10b owed to local banks, Maybank where PNB owns 50%nearly 10,000 jobs would be lost, 4,500 suppliers affected OSTB :  Penyelesaian ikut kepala hotak Najib mudah saja. Dia mahu Kerajaan membelanjakan duit rakyat lagi untuk selamatkan Sapura.
Inilah antara apa yang ditakrifkan sebagai "privatise the profits" and "socialise the costs".  Maksudnya apabila untung, yang jadi kaya adalah individu dan syarikat swasta yang menjadi pemegang saham. 
Tetapi apabila syarikat tertentu mengalami kerugian dan masalah kewangan maka duit rakyat pula diambil untuk bailout atau menyelamatkan syariakt yang tenat itu. Itulah maksudnya socialising the costs. Dan itulah cadangan Najib ia itu untuk mengambil jalan mudah - ambil saja duit rakyat marhaen untuk menyelamatkan syarikat gergasi.
 Sapura dulu adalah syarikat swasta kepunyaan bumiputera. Pada suatu zaman dulu Sapura Energy untung banyak dan semua orang happy, happy. Tetapi selepas 2014 (apabila harga minyak dunia jatuh) Sapura pun melalui pelbagai cabaran.  Pada 2019 pula  PNB melabur RM2.7 bilion untuk beli 40% saham Sapura Energy. Pelaburan RM2.7 bilion itu sekarang sudah merosot hampir 95% nilainya. Duit melabur sudah jadi lebur. Harga saham Sapura sekitar 3.5 sen sahaja. 
Ini kes Sapura - melibatkan RM2.7 Bilion duit rakyat sudah hilang. Sekarang Najib cadangkan lagi banyak bilion duit rakyat dilabur (atau lebur?) sekali lagi. Itulah cadangan Najib. Kes-kes dulu.   Sekarang mari kita melihat sedikit sejarah Kalau Untung Depa Ambil, Bila Rugi Rakyat Bayar (atau Privatising the Profits and Socialising the Costs).
 Kes No. 2 Bank Bumiputra Saya yakin ramai daripada generasi Gen Y (umur bawah 40 tahun) dan Gen Z (umur bawah 25 tahun) tidak tahu atau pernah dengar al kisah Bank Bumiputera Bhd. Sekarang Bank Bumi sudah tiada. Bank Bumi dulu dipunyai dan diurus oleh bumiputera. Sewaktu beroperasi Bank Bumi telah melalui terlalu banyak masalah - masalah maksudnya rugi lah. Bank Bumi juga terlibat skandal penipuan. Semuanya mengakibatkan kerugian beratus juta dan berbillion Ringgit.  Dan dalam sejarah hidupnya, Bank Bumi terpaksa di bailout bukan sekali atau dua kali tetapi tiga kali (if I am not mistaken) - DENGAN MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT ATAU HARTA RAKYAT.  Pernah sekali itu Bank Bumi terpaksa dibailout dengan duit minyak dan syarikat minyak kita menjadi "boss" Bank Bumi buat seketika. Akhir sekali Bank Bumi di-'takeover' oleh Kerajaan juga (menerusi sebuah lagi bank kepunyaan Kerajaan) dengan menggunakan lagi banyak duit rakyat. Dan nama Bank Bumiputera pun lenyaplah daripada mukabumi Allah swt.
 Bank Bumi jadi antara kes awal "Kalau Untung Depa Ambil, Bila Rugi Rakyat Bayar" (atau Privatising the Profits and Socialising the Costs)". Saya akan jelaskan lagi.
 Kes No 3 Syarikat Penerbangan Saya terkejut juga bila Menteri Kewangan kata (pada November 2020) bahawa Kerajaan telah 'belanjakan' jumlah RM28 BILION untuk membantu syarikat penerbangan kita. Nauzubillah. Itu setakat tahun 2020.
  
Kita sedia faham bahawa syarikat penerbangan kita telah di 'bail out' beberapa kali dengan menggunakan duit rakyat. Tuan-Tuan boleh merujuk Wikipedia :1.5 1997–2005: Financial struggles1.6 2006–2010: Recovery from unprofitability1.7 2011–2014: Third unprofitability, 2014 aircraft losses1.8 2015–present: Renationalisation, restructuring, and rebrandingWikipedia juga berkata :   "In October 2020, with the COVID-19 pandemic, Malaysia Airlines needs about RM1 billion of capital annually if the government intends to sustain its operations under the current structure"
 Wikipedia kata setiap tahun Kerajaan perlu 'melabur' RM1 billion daripada duit rakyat untuk meneruskan operasi syarikat penerbangan kita.  Dan sejak 2015, syarikat penerbangan kita tidak lagi tersenarai di Bursa Saham. Maka prestasi dan kewangan syarikat itu tidak perlu diumumkan kepada orang. Maka kita pun kurang tahu-lah apakah keadaan "kesihatan" syarikat penerbangan kita sekarang ini.
 Kes No 4 Proton yang gagal (sebelum Geely).
 Proton telah menjadi satu projek gergasi yang menjadi lambang utama kebanggangan konsep 'Government in business' atau 'Kerajaan menceburi bisnes'.   Sehingga kiamat  Proton boleh menjadi case study kebodohan pemikiran bahawa ahli politik dan Penjawat Awam boleh menceburi dan menjayakan bisnes. Saya tidak pernah sokong idea kereta nasional. Sila rujuk buku saya 'To Digress A Little' yang diterbitkan pada 2005 - 17 tahun yang lalu.
 Kereta Proton itu telah memiskinkan seluruh rakyat negara sebab untuk menjayakan projek dangkal itu, seluruh negara terpaksa bayar harga kereta yang paling tinggi di dunia. Proton telah diberi beratus dan beribu jenis tongkat untuk berjaya sebagai pengeluar kereta, termasuk perlindungan cukai tinggi atas kereta impot, skim menipu AP, dana dan kewangan daripada duit rakyat tanpa putus dan banyak lagi tongkat. Proton (pada masa itu) lebih sesuai diberi nama 'Kereta OKU Nasional'.   Proton gagal.
Dan Proton telah di bailout beberapa kali juga dengan menggunakan duit rakyat.  Apabila Proton dijual kepada syarikat swasta pun Proton masih mendapat bantuan duit Kerajaan termasuk 'grant' hampir RM800 juta untuk membuat enjin - yang tidak perlu di bayar balik. Semua itu adalah duit kita - duit rakyat. 
Akhir sekali Proton terpaksa dijual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat kereta Geely dari negeri China. CEO Proton sekarang dari China dan Proton sudah boleh hidup semula.
 Kes No 5 Perwaja Perwaja sudah lama bankrap dan tutup bisnes. Penjawat Awam dan ahli politik yang terlibat Perwaja bukan saja tidak faham bisnes tetapi mereka juga tidak faham fizik. Kilang melebur besi Perwaja diletakkan di Terengganu. Tetapi kilang rolling mill Perwaja untuk memproses besi-keluli itu terletak di Kedah pula. 
Jarak antara Paka, Terengganu dan Gurun di Kedah adalah 523 km dan mengambil masa lebih LAPAN jam menaiki lori. Antara kos yang paling mahal dalam melebur besi ialah kos bahan bakar untuk memanaskan besi (elektrik, gas asli dsbnya). 
Di negara lain seperti Jepun, rolling mill di letakkan di sebelah kilang melebur besi so that apabila besi itu masih panas (suhu hampir 2000 darjah) besi yang dilebur dituang dalam acuan dan terus dipindah ke rolling mill untuk proses seterusnya - tanpa hilang kepanasannya.
Tetapi apabila rolling mill terletak 523 km jauhnya di Gurun Kedah maka "bloom" besi terpaksa diangkut dengan lori dari Paka ke Gurun. Ini melibatkan kos yang sangat tinggi sebab setiap batang besi 'bloom' beratnya sampai berpuluh tan. Apabila tiba di Gurun batang besi yang telah pun sejuk itu terpaksa dipanaskan lagi (sekali lagi dengan menggunakan gas asli dsbnya). Semua ini melibatkan kos yang sangat tinggi dan akhir sekali merugikan Perwaja sebab kos pembuatan (cost of production) melebihi harga jualan besi keluli di pasaran. 
Sebelum Perwaja tutup kedai berbilion Ringgit duit rakyat telah dilebur untuk bailout syarikat itu. Rakyat yang rugi berbillion ringgit. Kalau Untung Depa Ambil, Bila Rugi Rakyat Bayar.  Dalam kesemua kes ini, bila mereka buat untung, mereka yang ambil dulu. 
Walaupun Proton hampir bankrap beberapa kali, ahli Lembaga Pengarah, Chairman, CEO semua dapat gaji lumayan gila. Mereka naik pesawat first class, turun pesawat first class, supplier (atau vendor) mereka semua kaya juga daripada membekal komponen dan spare part untuk kereta Proton. Mereka semua jadi kaya. Tetapi bila Proton rugi dan hampir bankrap mereka cari duit kita pula. Duit rakyat yang diambil untuk bailout kebanggangan dan kebodohan mereka.  Serupa juga dengan Perwaja. Saya pernah hadiri perasmian kilang Perwaja di Paka, Terengganu.  Penari-penari kumpulan seni dari semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak di-upah untuk meraikan perasmian kilang itu. Bukan sikit punya belanja untuk acara perasmian saja. Kemudian MD Perwaja pula terlibat penipuan berpuluh juta Ringgit. Dia menghabiskan hayatnya turun naik tangga mahkamah. Sedih betul kes itu. Dan sebelum Perwaja bankrap dan ditutup lagi banyak juta duit rakyat dilebur untuk bailout syarikat itu. Bila depa dapat duit depa enjoy. Bila sudah bankrap depa ambil duit rakyat untuk tampal lobang di kepala hotak depa. Banyak cantik.  
Dan jangan kita lupa al kisah syarikat penerbangan kita dulu terlibat belanja duit gila-gila untuk renovation pejabat, membeli 'artworks' lukisan Mat Salleh berharga berjuta Ringgit dan banyak pembaziran yang lain.
Jangan lupa syarikat catering kepunyaan adik kepada perdana menteri zaman itu yang telah dapat untung yang lumayan daripada kontrak catering dengan syarikat penerbangan kita. Mereka semua jadi kaya, mereka semua enjoy dengan makan duit kita. Tetapi bila syarikat nak bankrap, mereka nak ambil duit kita lagi, untuk tutup lobang.

Tuan-Tuan apa yang berlaku sebenarnya ialah rakyat marhaen jadi miskin dulu. Kita sedang dimiskinkan oleh sekumpulan yang sangat kecil yang dalam bahasa omputih disebut sebagai 'clever beggars'. Apa itu 'clever beggars'?

Beggars maksudnya pengemis. Clever maksudnya mereka pandai. Mereka jadi kaya sebab mereka pandai mengemis untuk mendapatkan duit rakyat.  Mereka bukan mengemis di luar masjid pada hari Jumaat atau di tepi jalan. Mereka "mengemis" dan tadah tangan  di pejabat-pejabat sejuk dan aircon di Kementerian ini dan itu, di pejabat Perdana Menteri, di pejabat-pejabat Penjawat Awam tinggi di Putrajaya dan begitu. Dan memang pun mereka dapat berjuta-juta dan berbilion Ringgit duit kita. 
Sila baca balik senarai projek dan syarikat yang telah merugikan berpuluhan bilion Ringgit duit rakyat sejak entah bila. 
Kalau untung depa ambil. Bila rugi kita rakyat pula yang kena bailout mereka.
Kita pula jadi miskin. Kita pula terpaksa gaduh sesama sendiri sebab kononnya 'serba kekurangan, Kerajaan tak cukup duit' dsbnya.
Contohnya peluang masuk universiti disekat ikut kuota perkauman. Ini pula telah lama menyebabkan ketidakpuasan dan ketegangan antara kaum. Bebudak India dan Cina yang layak dengan empat dan lima A (STPM)  disekat daripada masuk universiti IPTA sebab 'tidak cukup kerusi atau tempat, sebab Kerajaan kekurangan dana'. 
Pi dah mabuk. Penipu.  
Kos untuk wujudkan sebuah universiti IPTA dengan pengambilan lebih 1,000 penuntut adalah di sekitar RM1 BILLION (termasuk bagi kontrak pembinaan dan pembekalan makmal kepada syarikat kroni ahli politik.) Percayalah kita sebenarnya boleh siapkan sebuah universiti yang lengkap dengan kos RM600 juta atau kurang daripada itu.

Tetapi Menteri Kewangan pula kata sejak beberapa tahun Kerajaan telah belanja duit rakyat RM28 BILLION untuk 'selamatkan' syarikat penerbangan kita saja. Itu baru satu syarikat - RM28 billion. Percayalah kita boleh buat 28 buah universiti IPTA baru, siap dengan medical faculty, engineering faculty, professor, vice chancellor, lecturer, makmal sains dan banyak lagi dengan duit RM28 BILLION itu..

Proton sudah hanguskan berapa puluh billion? 1MDB sudah telan lebih RM40 BILLION.

Jadi semua duit berpuluh BILLION ini adalah duit kita - duit rakyat. Semuanya telah habis. 
Lepas itu untuk tutup muslihat mereka, ahli politik pula kipaskan isu 'ketuanan Melayu', 'kuota bumiputera', 'membela agama, bangsa, negara' dan kepala hotak bapak depa.
Untuk mengambil duit kita. Dan mereka sanggup korbankan persahabatan dan hubungan antara kaum yang sepatutnya semuanya ok dan tidak perlu masalah.
Wa akhir kalam - saya ada sedikit soalan untuk Tuan-Tuan. Berapa ramaikah Tuan-Tuan atau anak-anak Tuan-Tuan yang menjadi jutawan daripada kontrak membekal apa pun kepada syarikat-syarikat gergasi di atas itu?
Berapa ramai kah ahli keluarga Tuan-Tuan yang menjadi engineer famous yang mendapat pengalaman kerja yang canggih-canggih di Proton atau di Perwaja?  
Yang ada pun paling sikit. Saya mempunyai ramai kenalan tetapi bukan seorang pun yang saya kenal pernah menjadi engineer di Proton (contohnya). Atau menjadi engineer di Perwaja. (Bukan tak ada tetapi paling sedikit - itu maksud saya). 
Jadi apakah sumbangan yang berbaloi daripada perbelanjaan berpuluh billion Ringgit duit kita (duit rakyat) untuk mewujudkan projek gergasi gajah putih atau "white elephant" ini yang telah merugikan ekonomi negara, meleburkan duit rakyat dan gagal membangkitkan BCIC (Bumiputera Commercial and Industrial Community) atau pakar-pakar jurutera bumiputera taraf apa pun. 

Yang jadi kaya adalah golongan yang sikit. Kaum elit. Mereka jadi kaya dengan menelan duit rakyat, duit kita. Mereka adalah 'clever beggars'. 
Sampai bila lagi Tuan-Tuan rela dimiskinkan?

The views expressed are those of the writer and do not reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/perbezaan-antara-privatising-profits.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Hasil Pemerhatian Saya Mengenai Perbezaan Ketara Antara Kaum Melayu Dan Kaum Cina Dalam Hal Remeh Rutin

Inilah Hasil Pemerhatian Saya Mengenai Perbezaan Ketara Antara Kaum Melayu Dan Kaum Cina Dalam Hal Remeh Rutin

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 170 hits
Inilah hasil pemerhatian saya mengenai perbezaan ketara antara Kaum Melayu dan Kaum Cina dalam hal remeh rutin 1 Langsir Cina Langsir rumah saya adalah langsir yang sama sejak saya pindah ke Shah alam 6 2 tahun lalu Cuci dua kali setahun La...
Filem Misteri Thriller Death On The Nile Akan Membuat Debut Di Disney Hotstar Pada 6 April 2022

Filem Misteri Thriller Death On The Nile Akan Membuat Debut Di Disney Hotstar Pada 6 April 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 197 hits
Filem misteri thriller terbitan 20th Centry Studios Death on the Nile akan membuat debut di Disney Hotstar pada 6 April 2022 Menampilkan barisan pelakon bintang Death on the Nile berdasarkan novel popular tahun 1937 karya Agatha Christie da...
Muscle R2 By Cohn Racers The Ultimate Sportster Special

Muscle R2 By Cohn Racers The Ultimate Sportster Special

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 269 hits
The market for modified is crowded Most builders of repute in the USA know their way around the venerable platform and the array of aftermarket parts is dizzyingly large It takes something very special to stand out like this custom framed l...
What S The Deal With Masks On Planes

What S The Deal With Masks On Planes

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 236 hits
By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https ift tt fbne1Nw
Video Warner Bros Dedah Klip Rasmi Pertama Fantastic Beasts The Secrets Of Dumbledore

Video Warner Bros Dedah Klip Rasmi Pertama Fantastic Beasts The Secrets Of Dumbledore

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 199 hits
Warner Bros Pictures telah mendedahkan klip rasmi pertama Fantastic Beasts The Secrets of Dumbledore yang dijadualkan tayangan di pawagam pada 15 April ini Video tersebut yang anda boleh tonton dibawah membawa kita kembali ke Hogwarts The p...
Rupiah Menguat Dibayangi Proyeksi Kebijakan Agresif The Fed

Rupiah Menguat Dibayangi Proyeksi Kebijakan Agresif The Fed

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 134 hits
Rupiah dibuka di Rp14 342 per USD atau menguat tipis dibanding penutupan di perdagangan sebelumnya di Rp14 348 per USD Rupiah masih menguat usai pembukaan ke Rp14 337 per USD Namun Rupiah sempat melemah ke Rp14 347 kemudian menguat lagi dan...
Stop The Irrelevant Questions Najib S Lawyers Told

Stop The Irrelevant Questions Najib S Lawyers Told

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 192 hits
Najib Razak is charged with 25 counts of money laundering and abuse of power over alleged 1MDB funds amounting to RM2 28 billion deposited in his AmBank accounts KUALA LUMPUR The prosecution in Najib Razak s 1MDB trial today criticised his ...
Covid Travel Travel Insurance Is The New Normal For Traveling

Covid Travel Travel Insurance Is The New Normal For Traveling

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 265 hits
COVID Travel Travel Insurance Is The New Normal For TravelingOnce upon a time travel insurance could ve been easily classified as a luxury However things are far different today In light of recent developments the simple truth is you can t ...
Poster Filem The Girl On A Bulldozer Yang Menampilkan Kim Hye Yoon Park Hyuk Kwon Yesung

Poster Filem The Girl On A Bulldozer Yang Menampilkan Kim Hye Yoon Park Hyuk Kwon Yesung

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 217 hits
Poster filem akan datang The Girl on a Bulldozer telah dilancarkan The Girl on a Bulldozer mengisahkan Hye Young berusia 19 tahun yang melepaskan kemarahannya selepas bapanya mengalami kemalangan yang tidak dijangka dan dia dihalau The post...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa