Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Pahang Rampas Kapal Bersama 200 000 Liter Diesel Bersubsidi




PEKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menahan empat lelaki warga asing dan merampas 200,000 liter diesel bersubsidi serta sebuah kapal dalam serbuan di Kuala Pahang, di sini Ahad lepas.
Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin berkata serbuan Op Tiris itu dilakukan selepas menerima maklumat risikan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sebuah kapal yang berlabuh dalam keadaan mencurigakan.


"Hasil pemeriksaan mendapati kapten kapal itu gagal mengemukakan dokumen sah daripada Pengawal Bekalan berkaitan pemilikan atau urus niaga minyak diesel yang dibawa.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan kompartmen tangki pada kapal itu yang mengandungi cecair berwarna kuning disyaki minyak diesel bersubsidi," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata minyak diesel itu dianggarkan berjumlah RM480,000 manakala kapal yang didaftar di bawah syarikat persendirian di negara ini bernilai RM85,000.


"Kapten kapal itu memaklumkan yang kapal terbabit terpaksa berlabuh kerana mengalami kerosakan.
"Dia juga memberitahu minyak diesel yang dibawa itu digunakan bagi tujuan pembaikan kapal dan untuk kegunaan 30 buah kapal lain milik syarikat yang berpangkalan di Miri, Sarawak," katanya.
Jezlily berkata berikutan itu kapten kapal dan tiga kru berusia lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Kita percaya kapal itu sudah berlabuh selama dua bulan di sini dan telah berlaku pemindahan minyak diesel ke lori-lori tangki manakala minyak diesel di dalam kapal itu sebelumnya disyaki diambil daripada pelbagai lokasi limbungan kapal," katanya.
Beliau berkata sebarang pemilikan dan pengedaran barang kawalan seperti diesel tanpa lesen sah adalah satu kesalahan serius dan pihaknya akan terus melaksanakan tindakan tegas di bawah inisiatif ‘Kita Gempur’. #Bernama
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/kementerian-perdagangan-dalam-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 244 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendakwa kerjasama politik antara Pemuda PAS Pahang dan Terengganu sebagai cubaan menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang kini diterajui kerajaan sah dipilih rakyat Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman ...
Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyalurkan peruntukan lebih RM203 juta bagi pelbagai projek pembangunan dan naik taraf di Pahang pada tahun ini kata Menterinya Nga Kor Ming Beliau berkata peruntukan itu antaranya disalu...
Polis Pahang Berjaya Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai Rm84 7 Juta Sepanjang Tempoh Empat Bulan

Polis Pahang Berjaya Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai Rm84 7 Juta Sepanjang Tempoh Empat Bulan

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 224 hits
KUANTAN Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM84 7 juta sepanjang tempoh Januari hingga April lalu Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata sebanyak 4 261 kes dengan 4 839 tangk...
Saya Bukan Tamak Saya Cuma Takut Wanita Luah Beban Hidup Walau Suami Gaji Rm7 000 Sebulan

Saya Bukan Tamak Saya Cuma Takut Wanita Luah Beban Hidup Walau Suami Gaji Rm7 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 203 hits
Baru baru ini seorang wanita telah mendapat perhatian ramai selepas dia meluahkan beban perasaan dalam menguruskan rumah tangga dengan suami yang berpendapatan RM7 000 sebulan Memetik laporan WeirdKaya walaupun dia mempunyai seorang suami y...
Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 284 hits
BERA Selepas lebih tiga dekad menanti kerajaan Pahang memberi jaminan semua baki 1 840 peneroka Felda yang masih belum menerima Suratan Hak Milik Tanah akan mendapat hak mereka selewat lewatnya tahun ini Exco Hal Ehwal Felda Koperasi dan Us...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Tubuh Akademi Tingkat Latihan Kemahiran Bidang Mineral

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Tubuh Akademi Tingkat Latihan Kemahiran Bidang Mineral

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 312 hits
LIPIS Kerajaan negeri menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang bagi meningkatkan latihan kemahiran dalam bidang mineral termasuk untuk pekerja sedia ada dalam industri perlombongan dan pengkuarian Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Kerajaan Pahang Belanja Besar Tanda Pengiktirafan Sumbangan Komitmen Anak Muda Dalam Pembangunan Negeri

Kerajaan Pahang Belanja Besar Tanda Pengiktirafan Sumbangan Komitmen Anak Muda Dalam Pembangunan Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 279 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan belanja besar sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen anak muda dalam pembangunan negeri ini Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli ...
Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Akan Perluaskan Lagi Penganjuran Program Mara Lasak Ke Seluruh Daerah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 368 hits
KUANTAN Kerajaan negeri akan memperluaskan penganjuran Program Mara Lasak ke seluruh daerah di Pahang selepas kejayaan penganjuran sulung aktiviti lasak itu di Hulu Dong Raub pada Disember tahun lalu Exco Komunikasi Dan Multimedia Belia Suk...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan