Ekonomi Unggul Pendidikan Berkualiti Keutamaan Selangor






 Teras pertama dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Selangor menumpukan kepada ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti.

Hal itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor akan mampu menghasilkan modal insan terbaik dan memberi tenaga kerja berkualiti kepada pelaburan berteknologi tinggi yang masuk ke Selangor.

"Memfokuskan usaha pembangunan ekonomi kepada industri pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharu serta e-sports.

"Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara," katanya dalam majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor, malam tadi.

Untuk itu, kata Amirudin, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang, agar Selangor menjadi destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara.

Kerajaan negeri juga akan mewujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam, dan sepanjang jajaran Sungai Klang diterajui oleh PKNS, MBI, dan sektor swasta dilengkapi dengan perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.

Mewujudkan lebih Taman Perindustrian Mampan ke arah menjadikan Selangor negeri neutral-karbon dan meningkatkan komitmen kepada piawai ESG.

Kerajaan Negeri akan melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.

"Satu lagi, ajan diwujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam.

"Juga menghubungkan jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel," katanya.

Perpaduan menjanjikan latihan TVET bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Siemens, Festo, dan Dassault Systemes. Meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200 ribu peserta.

Manifesto juga menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun, dan Korea. Juga Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.

"Baucar pembelian buku RM200 kepada orang muda Selangor turut dijanjikan di samping menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda Selangor.

"Merangsang kemahiran kreatif generasi muda dan belia dengan mewujudkan Geran Digital Kita Selangor mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dengan peruntukan RM 5 juta untuk 5 tahun akan datang," katanya lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/ekonomi-unggul-pendidikan-berkualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 140 Borang Pencalonan Terjual Selangor Paling Banyak Beli

2 140 Borang Pencalonan Terjual Selangor Paling Banyak Beli

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 2 140 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Ne geri di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sudah dijual setakat ini Mengikut statistik yang dikon
Prn Ph Bn Lancar Tawaran Untuk Selangor Isnin Ini

Prn Ph Bn Lancar Tawaran Untuk Selangor Isnin Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 249 hits
PASUKAN Perpaduan Selangor melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan melancarkan tawaran untuk lima tahun akan datang bersempena pilihan raya negeri pada Isnin ini Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata proses
Pn Selangor Tiada Tawaran Istimewa Hanya Main Isu Kaum Agama Kamil

Pn Selangor Tiada Tawaran Istimewa Hanya Main Isu Kaum Agama Kamil

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 352 hits
Perikatan Nasional yang bercita cita merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri tidak mempunyai agenda yang jelas apakah yang akan merekalakukan sekiranya diberi kuasa memerintah negeri Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysi...
Ex Selangor Mic Leader Is Deputy Chief Of Pn S Indian Committee

Ex Selangor Mic Leader Is Deputy Chief Of Pn S Indian Committee

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 305 hits
PN secretary general Hamzah Zainudin handing P Punithan s letter of appointment as the deputy chairman of the coalition s Indian community committee PETALING JAYA Former Selangor MIC Youth chief P Punithan has been appointed deputy chairman...
Saingan 3 Penjuru Dijangka Di 19 Dun Selangor

Saingan 3 Penjuru Dijangka Di 19 Dun Selangor

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 362 hits
BernamaSHAH ALAM Menjelang hari penamaan calon bagi PRN Selangor esok seramai 138 individu telah diumumkan oleh parti politik masing masing bakal berentap untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertanding Pakatan Harapan yang ...
Poaching Bn Supporters Main Priority For Pn In Selangor

Poaching Bn Supporters Main Priority For Pn In Selangor

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 446 hits
ANALYSIS Perikatan Nasional has launched an aggressive campaign to take on Pakatan Harapan in its stronghold of Selangor However a cursory look at how Selangor voters behaved during the 15th general election would suggest that if all things...
Kj Tak Mustahil Pn Menang Di Selangor

Kj Tak Mustahil Pn Menang Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 316 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Bergantung pada tahap peratusan keluar mengundi Khairy Jamaluddin berkata tidak mustahil Perikatan Nasional memperoleh kemenangan di Selangor Khairy berkata terdapat tiga kemungkinan keputusan PRN Selangor Kemung...
50 Selangor Mic Members Join Former Rep In Supporting Pn

50 Selangor Mic Members Join Former Rep In Supporting Pn

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 354 hits
About 50 MIC members from Selangor have joined former Ijok assemblyperson KR Parthiban in supporting Perikatan Nasional in the upcoming state election According to Parthiban the decision came after MIC decided not to contest in the state to...
Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Bila Perut Tak Tenang

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Cheeky Netizen Imagines How Pas Airline Would Look Like In An Ai Video

Moto3 Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda

Rakam Lelaki Random Saja Saja 4 Tahun Lepas Tak Sangka Rupanya Jodoh

Albert Edward Orang Ketiga Chord