Kerusi Mb Selangor Confirm Milik Umno Jika Bersama Pn Kata Noh


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Jul 24, 2023 9:39 AM
Bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyindir kepimpinan parti kerana hanya bertanding di 12 kerusi pada pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos ini.

Berucap pada majlis Perikatan Nasional (PN) di Tanjong Karang, malam tadi, dia berkata Umno akan mendapat jumlah kerusi yang lebih besar jika mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan.

“PN bagus. Kalau kita(PN dan Umno) dah bahagi kerusi, sekurang-kurangnya Umno bertanding kurang-kurang 20 (kerusi) dan kemudian beberapa untuk Bersatu dan PAS.
“Kalau menang, yang jadi MB confirm Umno sebab kita 20 kerusi.

“Tapi sedih sekali, hari ini Umno melukut tepi gantang, hanya dapat tanding 12 kerusi.

“Umno bukan lagi payung tempat orang Melayu berteduh, dah dibocorkan (oleh) Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN di Sungai Burong dan Permatang.

Noh merujuk kepada agihan kerusi di Selangor antara Umno dan sekutunya PH, yang menyaksikan parti itu diperuntukkan dengan 12 kerusi untuk bertanding pada pilihan raya negeri manakala PH mendapat 44 kerusi.
Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai sejumlah 56 kerusi.

Noh dipecat daripada Umno pada Januari berikutan perselisihan dengan Ahmad Zahid, dan sejak itu, dia menyertai PN.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut menegur kepimpinan Umno kerana menyerahkan kerusi Hulu Bernam di Selangor kepada PH.

Menurut Noh, Hulu Bernam adalah kubu kuat Umno dan parti itu tidak pernah tewas di situ.

Dia seterusnya menyalahkan Zahid atas keputusan itu.

“Kalau Umno ni kapal, nakhoda sendiri yg nak karamkan kapal. Bawa Umno tumpang kapal PH. PH la karamkan kapal Umno.

“Dalam Hulu Selangor, tak pernah kita kalahlah di (DUN) Hulu Bernam. Tiba-tiba dia boleh bagi kepada PH.
“Eh, mana maruah Umno. Satu kerusi di Dusun Tua kerusi DAP bagi pada BN, tengok Setiausaha Agung DAP Anthony Loke segera mengadu.

"Kenapa Umno berdiam?" soalnya.

Umno pernah bekerjasama dengan PAS di bawah gabungan Muafakat Nasional, sebelum parti itu menjemput Bersatu untuk menyertai mereka.

Umno kemudiannya meninggalkan kerjasama dengan PAS dan Bersatu, yang kemudiannya membentuk PN, menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Bagaimanapun, berikutan prestasi buruknya pada pilihan raya umum lalu, Umno dan sekutunya dalam BN bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/kerusi-mb-selangor-confirm-milik-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 191 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Semua kerusi DUN ditandingi Bersatu di Selangor pada PRU14 akan diperuntukkan kepada Umno kata Pengerusi Pakatan Harapan negeri Amirudin Shari Katanya PH juga akan memberi laluan kepada Umno di satu atau dua ...
Ph Beri Laluan Kepada Umno Di Satu Atau Dua Kerusi S Gor Amirudin

Ph Beri Laluan Kepada Umno Di Satu Atau Dua Kerusi S Gor Amirudin

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comPH bersetuju memberi laluan kepada BN di beberapa kerusinya pada pilihan raya negeri Selangor akan datang kata Amirudin Shari Bercakap dalam temu bual di sebuah stesen radio yang disiarkan pagi ini pengerusi PH Selangor itu ...
Pakatan Serah Satu Atau 2 Kerusi Kepada Bn Di Selangor

Pakatan Serah Satu Atau 2 Kerusi Kepada Bn Di Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 227 hits
Pakatan serah satu atau 2 kerusi kepada BN di Selangor Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 2023 12 11PM
Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 281 hits
agendaily com16 07 2023Datuk MK Ibrahim Abd Rahman Kerusi Dewan Undangan Negeri Lenggeng tidak akan diberikan kepada UMNO kata Parti Amanah Negeri Sembilan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman menegaskan kerusi DUN L...
Haramkan Tangan Undi Bn Hadi Kata Annuar Lebih Tahu Salah Umno

Haramkan Tangan Undi Bn Hadi Kata Annuar Lebih Tahu Salah Umno

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 192 hits
Nora MahparSHAH ALAM Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Annuar Musa lebih mengetahui keburukan Umno sehingga beliau mengharamkan tangan pengundi di Kelantan memilih Barisan Nasional pada PRN bulan depan Banyak yang kita tak tahu dia lebi...
Amirudin Ph Selangor Sudah Miliki 33 Kerusi Selamat

Amirudin Ph Selangor Sudah Miliki 33 Kerusi Selamat

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 174 hits
BERNAMAKuala Selangor Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari optimis gabungan politik itu mampu menang sekurang kurangnya di 33 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung ...
Noh Omar Tak Mahu Azmin Jadi Mb Selangor

Noh Omar Tak Mahu Azmin Jadi Mb Selangor

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 232 hits
Bekas Pengerusi UMNO Selangor Noh Omar entah mimpi apa tiba tiba saja membangkitkan tentang kedudukan serta jawatan Menteri Besar daripada parti yang sudah ditinggalkannya Katanya jika UMNO tidak bersama dengan PH parti itu akan mendapat ju...
Senarai Palsu Calon Pkr Selangor Hanya Psy War Kata Ketua Wanita

Senarai Palsu Calon Pkr Selangor Hanya Psy War Kata Ketua Wanita

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 169 hits
Yahya Mat Sahri berkata permohonan menjadi calon PKR baru ditutup semalam dan disenarai pendek minggu ini PETALING JAYA Ketua Wanita PKR Selangor Rozana Zainal Abidin mendakwa ada musuh cuba menganggu fokus jentera pilihan rayanya dengan me...
Pemberontak Umno Mungkin Undi Tolak Bajet 2024 Kata Pemimpin Johor

Pemberontak Umno Mungkin Undi Tolak Bajet 2024 Kata Pemimpin Johor

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 168 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Beberapa Ahli Parlimen mungkin mengundi menolak Bajet 2024 Oktober ini jika Perikatan Nasional menang besar dalam PRN bulan depan kata seorang pemimpin Umno Johor yang enggan dinamakan Jika mereka menang empat at...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Iftar Satu Ramadhan

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi