SOMERVILLE mendakap bola sambil diasak pemain JDT, Silveira Da Silva pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. -FOTO Bernama
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Cheng Hoe dedah punca kekalahan Selangor FC (Foto ©flashsukan)
PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe sedikit kecewa setelah perancangan untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata di Stadium Sultan Ibrahim tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Sabtu.
Saya tidak boleh gambarkan dengan kata-kata perasaan menakjubkan apabila dapat jaringkan gol pada debut di hadapan penyokong setia JDT.”
”
Penyerang JDT, Heberty Fernandez
“Memang perancangan kita adalah untuk mencuri mata di SSI namun tidak berhasil. Secara keseluruhan, saya lihat dari babak pertama kita sudah menunjukkan disiplin yang tinggi namun kelekaan ketika perlawanan menuju 80 minit menyebabkan kita telah dibolosi.
(Foto ©flashsukan.com.my)
“Kita tahu rangkaian serangan JDT cukup kuat dan banyak gol dijaringkan mereka di sini, oleh itu kita cuba bermain lebih defensif tapi kita gagal mengatasi situasi tersebut. Untuk berdepan lawan sehebat JDT, kita tidak boleh hilang fokus.
(Foto ©flashsukan.com.my)
Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak mahu kekalahan merentap semangat juang anak buahnya yang akan bangkit dan berusaha lebih keras mengharungi baki tujuh perlawanan dalam misi menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua sekali gus merebut slot automatik ke kejuaraan Piala AFC pada musim depan.
(Foto ©flashsukan.com.my)
“Kita kena bijak cari alternatif lain untuk perkara ini dan kita lihat Mukhairi Ajmal bermain dengan baik pada perlawanan ini dan mampu bermain di posisi yang ditinggalkan Faisal walaupun pertama kali melakukannya ,” jelasnya.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |