Kemenangan Ph Akan Menyaksikan Bn Pn Bergabung Pada Pru15 Kata Pemimpin Amanah


 
Jason Thomas -November 11, 2021 Khalid Samad berkata jika PH menang, PN dan BN akan sedar bahawa mereka perlu bekerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi akan menghadapi banyak masalah untuk berbuat demikian.PETALING JAYA: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya Melaka Sabtu depan akan membuka jalan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung semula sebelum pilihan raya umum akan datang, kata seorang pemimpin Amanah.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata jika PH membentuk kerajaan negeri selepas PRN pada 20 Nov, PN dan BN terpaksa memikirkan semula keputusan mereka untuk bersaing antara satu sama lain.
“Mungkin mereka akan menganggap pengalaman mereka di Melaka sebagai pengalaman pahit dan sedar bahawa mereka perlu bekerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam forum dalam talian.
“Mereka kemudiannya akan menghadapi banyak masalah. Walaupun mereka tahu mereka perlu bekerjasama, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana masing-masing hanya mengambil berat tentang diri masing-masing dan mereka tidak mempunyai visi atau dasar yang boleh diketengahkan.”
PH dan BN sudah mengumumkan manifesto mereka hari ini, bagaimanapun PN masih belum berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berjanji untuk memperuntukkan dana yang sama rata untuk kesemua 28 ADUN sekiranya BN membentuk kerajaan negeri akan datang.
Beliau berkata BN juga mahu meminda perlembagaan negeri untuk melantik lima ADUN tidak dipilih pada pilihan raya terdiri daripada pemuda dan pemimpin NGO bagi meluaskan perspektif DUN melangkaui politik.
PH pula memasukkan ikrar untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang di peringkat exco – dengan manifesto berdasarkan tiga bidang teras kebajikan, ekonomi dan tadbir urus.
Pada Ahad, BN dan PN mengumumkan mereka akan bertanding dalam PRN Melaka di bawah panji masing-masing. PN diketuai Bersatu, dan sikap meremehkan kedua-dua parti itu bukan lagi rahsia.
Mengulas mengenai pertembungan antara PN dan BN pada pilihan raya negeri, Khalid berkata perkara itu sudah cukup memeningkan kepala rakyat Malaysia.
“Perkara utama ialah jika PN atau BN memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersama di Melaka, ia tidak akan stabil – sama seperti kerajaan (persekutuan) sekarang,” kata bekas menteri wilayah persekutuan itu.

“Ia akan menjadi gabungan yang dibentuk selepas pilihan raya, dan itu akan menjadi masalah kerana akan sentiasa ada rundingan untuk ini dan itu.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kemenangan-ph-akan-menyaksikan-bn-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Tiada Peluang Di Sarawak Kata Pemimpin Pbb

Pkr Tiada Peluang Di Sarawak Kata Pemimpin Pbb

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 228 hits
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata PKR berada di kedudukan paling lemah di bawah kepimpinan yang ada ketika ini Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media di Kuching hari ini Naib Presi...
Lagi Pemimpin Amanah Mohon Maaf Kepada Kamarul Zaman

Lagi Pemimpin Amanah Mohon Maaf Kepada Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 329 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Sungai Besar Ahmad Zhafri Md Noor membuat permohonan maaf kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff atas kenyataan fitnahnya terhadap ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia it...
Ke Mana Akhirnya Ketetapan Pau2020 Apakah Kata Nafsu Pemimpin Lebih Tinggi Daripada Suara Akar Umbi

Ke Mana Akhirnya Ketetapan Pau2020 Apakah Kata Nafsu Pemimpin Lebih Tinggi Daripada Suara Akar Umbi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 283 hits
Perkara terbesar yang menjadi pertaruhan malah mungkin dijadikan korban berikutan keputusan mesyuarat MT UMNO memberi mandat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk berunding dengan parti parti dalam kerajaan bagi mengelakkan perta...
Saya Mungkin Kembali Bertanding Pru15 Sebagai Pilihan Terakhir Kata Dr M

Saya Mungkin Kembali Bertanding Pru15 Sebagai Pilihan Terakhir Kata Dr M

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 282 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mungkin kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke 15 walaupun ia mungkin menjadi pilihan terakhir Dalam wawancara bersama VICE News disiarkan di YouTube Mahathir berkata ramai pen...
Tiada Duit Bayar Kompaun Kata Presiden Amanah

Tiada Duit Bayar Kompaun Kata Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 243 hits
FAZLI RADZIProsedur operasi standard dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Melaka yang terlalu ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menyebabkan pemimpin Pakatan Harapan sukar untuk bercakap dengan media Presiden Parti Amanah Negara Mohamad...
Dr M Sedia Bertanding Pru15 Jika Diminta Demi Kemenangan

Dr M Sedia Bertanding Pru15 Jika Diminta Demi Kemenangan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 225 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Gambar Agenda Daily Mantan Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad sedia untuk membuat penampilan dalam pilihan raya umum ke 15 jika diminta demi memberikan kemenangan kepa...
Atlet Tenis Peng Shuai Tuding Pemimpin Partai Komunis China Lakukan Pelecehan Seksual

Atlet Tenis Peng Shuai Tuding Pemimpin Partai Komunis China Lakukan Pelecehan Seksual

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 251 hits
Bintang tenis China Peng Shuai menuduh pemimpin tinggi partai komunis China melakukan pelecehan seksual Namun tuduhan ini diredam oleh sensor menyeluruh di mana pihak berwenang berlomba untuk menghapus pembahasan soal skandal sensitif polit...
Minum Timah Macam Minum Wanita Melayu Kata Mp Pkr

Minum Timah Macam Minum Wanita Melayu Kata Mp Pkr

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 435 hits
Seorang ahli parlimen PKR menyamakan minum wiski jenama Timah yang kini menjadi kontroversi seperti minum wanita Melayu Rusnah Aluai berkata jenama dan imej yang digunakan terlalu mengelirukan dan perlu diubah Timah ini panggil jenama lain ...
Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 265 hits
MELAKA Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di DUN Ay...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust