Agenda Memalukan Anwar Dan Melemahkan Pkr Mungkin Berulang Lagi




Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras, termasuk pecat keahlian, selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK, ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian.Ini kerana, beliau kini tidak boleh bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang cuba melemahkan parti serta cuba memalukannya.Setelah diperolehi bukti-bukti, pelaku dan dalang di sebalik kejadian pergaduhan itu sudah wajib dipecat dan disingkirkan daripada parti.Hanya dengan cara begitu dapat memastikan PKR aman damai selepas ini.Ikut logiknya, setelah Azmin Ali datang berjumpa Anwar untuk berdamai dengan menyatakan sedia hadir ke Kongres PKR serta permintaannya untuk merasmikan Kongres Wanita dan AMK ditunaikan, tidak patut ada sebarang kekecohan berlaku lagi.Malangnya, Kongres AMK hari ini telah dicemari dengan pergaduhan yang seolah-olah sengaja dicetuskan, walhal ketika majlis perasmian malam semalam oleh Azmin yang begitu gah dengan turut ditemani oleh Zuraidah Kamaruddin dan Tian Chua, segala-galanya nampak aman dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.Kenapakah tiba-tiba hari ini berlaku pergaduhan dengan muncul pula geng baju hitam serta baju merah yang bertulis AA di sekitar Kongres AMK?Apakah perlunya lagi provokasi seperti itu jika Azmin sudah berdamai dengan Anwar?Susulan pergaduhan pada sebelah pagi tadi, Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham dan penyokongnya telah mengambil keputusan tidak hadir mesyuarat pada sebelah petang atas alasan keselamatan.Hakikatnya, soal keselamatan itu hanyalah alasan saja kerana Hilman dan penyokongnya memang sejak awal dikhabarkan merancang mahu memboikot majlis perasmian oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Bermakna, meskipun perasmian telah diserahkan kepada Azmin atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PKR dan Dr. Wan Azizah melakukan majlis penutup, tindakan boikot tetap juga diteruskan.Cuma, alasan keselamatan telah dijadikan sandaran untuk melakukan pemboikotan itu.Tidak lain, pemboikotan dan mencetuskan huru-hara itu hanyalah untuk memalukan Anwar dan menampakkan PKR sedang berpecah di mata rakyat.Dalam hal ini, Anwar dan pimpinan PKR harus berwaspada dan siap siaga dalam Kongres Nasional PKR pada esok dan lusa.Jika hari ini mereka boleh mencetuskan kekacauan dan pergaduhan dalam Kongres AMK, tidak mustahil ia dicetuskan pula, mungkin pada skala yang lebih besar dan ganas dalam Kongres Nasional PKR esok.Malahan terdapat maklumat rambang yang mengatakan ada berpuluh-puluh bas daripada seluruh negara dijangka akan sampai ke Melaka malam ini atau pagi esok yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu.Ada kemungkinan mereka ini sengaja dihadirkan untuk mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dengan satu tujuan berterusan sebagaimana disebut awal tadi – memalukan Anwar dan melemahkan PKR.Jika itu berlaku, sekali lagi pemboikotan bakal terjadi di kongres esok, sama seperti di Kongres AMK, alasannya adalah keselamatan juga.Kalau dua tindakan boikot itu berjaya dilakukan, ia sama seperti kejayaan menganjurkan kongres berasingan sebagaimana dirancang sebelum ini.Dengan demikian, berdendanglah mereka kemudiannya dengan mengatakan Presiden PKR itu tidak layak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad kerana partinya sendiri pun tidak mampu dikawalnya.Bukan mahu menuduh, tapi berdasarkan apa yang terjadi hari ini, ternampak bahawa perdamaian yang dihulur dua hari lalu hanyalah sandiwara saja.Itu pun nasib baik Anwar difahamkan hanya setuju dengan permintaan untuk membenarkan Azmin merasmikan Kongres AMK dan Wanita saja, manakala dua tiga permintaan lain seperti mengubah jurucakap negeri-negeri tidak mudah dilayannya.Maka itu, sebagai langkah tegas yang berterusan, selain pelaku yang mencetuskan pergaduhan mesti dicari, diserahkan kepada pihak polis, dihukum serta dipecat keahliannya dalam PKR, dalang besar dan dalang kecil juga jangan sesekali dilepaskan.Tindak-tanduk mereka setelah beroleh kuasa dan dengan mudah melupai agenda reformasi yang diperjuangkan sejak 20 tahun lalu, bererti PKR bukanlah lagi tempat yang sesuai buat mereka. (ShahbudinHusin 06/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/agenda-memalukan-anwar-dan-melemahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 413 hits
Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali Jam...
Pkr Youth Delegates Back Anwar As The Next Pm

Pkr Youth Delegates Back Anwar As The Next Pm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 269 hits
PKR Youth congress at the Melaka International Trade Centre AYER KEROH The PKR Youth congress has sent out a strong message party president Datuk Seri Anwar Ibrahim must succeed Tun Dr Mahathir Mohamad as the eighth prime minister Delegates...
Pkr Leaders Skipping Congress To Attend Any Parallel Meeting Will Be Sacked Warns Anwar

Pkr Leaders Skipping Congress To Attend Any Parallel Meeting Will Be Sacked Warns Anwar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 278 hits
PKR president Anwar Ibrahim has warned party leaders they face the sack if they attend any parallel gathering during the PKR National Congress this weekend However he added so far there was no sign of any such gathering being planned There ...
No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 256 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s meeting with his estranged deputy Datuk Seri Azmin Ali yesterday disproved views of rival factions in the party Fahmi Fadzil asserted today The two leaders met in the Parliament building yesterday to...
Shamsul Iskandar Ticks Off Pkr Leaders For Asking Anwar To Apologise

Shamsul Iskandar Ticks Off Pkr Leaders For Asking Anwar To Apologise

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 302 hits
PKR information chief Shamsul Iskandar Mohd Akin has ticked off several PKR leaders who urged party president Anwar Ibrahim to apologise over the sacking of two party members including Bera division chief Zakaria Abdul Hamid While PKR is op...
Azmin Saingi Anwar Pkr Terus Parah

Azmin Saingi Anwar Pkr Terus Parah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 456 hits
PKR Makin Parah Azmin Menaja Kongres Menyaingi AnwarBerdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC Melaka itu bakal diadakan ...
Azmin Pkr Leaders Will Defend Anwar Against Gutter Politics

Azmin Pkr Leaders Will Defend Anwar Against Gutter Politics

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 345 hits
PKR AGM PKR deputy president Mohamed Azmin Ali says he and the party s top leadership will defend party president Anwar Ibrahim against underhanded political tactics He said so when asked about a levelled against Anwar by a former staff mem...
Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Welcome 2025 Nak Tenang

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film

The Impact Of Domain Name

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Januari 10 2025 04

I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan