Kemenangan Bn Dalam Prk Manifestasi Imej Baru Umno Bebas Rasuah Kata Penganalisis



Khairil Ashraf Penganalisis percaya rakyat lebih memberi tumpuan kepada isu prestasi PH sebagai kerajaan dalam PRK Cameron Highlands semalam.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands dengan majoriti lebih besar merupakan manifestasi imej baru Umno yang tidak terbeban dengan isu rasuah.

Bekas pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, perubahan itu berlaku selepas presiden parti tersebut, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai Umno.

“Mohamad ternyata berjaya dalam pilihan raya kecil pertama yang disertai oleh beliau selaku pemimpin yang menjalankan tugas presiden Umno.

“Strategi yang tepat, khususnya penggunaan kaedah calon langsung yang tidak datang daripada mana-mana parti dalam BN, menyebabkan parti komponen tidak mempunyai alasan untuk tidak menyokong calon itu,” katanya kepada FMT.

Semalam BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertamanya dalam PRK selepas pilihan raya umum ke-14 selepas calonnya, Ramli Mohd Nor, mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan (PH), M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

Majoriti 3,238 undi yang diperolehi BN hari ini adalah yang tertinggi sejak pilihan raya umum pada 2008, 2013 dan 2018, iaitu masing-masing sebanyak 3,117 undi, 462 undi dan 597 undi.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, turut membantu kemenangan BN di Cameron Highlands ialah peranan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih mempunyai pengikut yang kuat di negeri berkenaan.

“Ini ditambah pula dengan penglibatan sangat aktif Najib sendiri berkempen dengan turun padang dan membuat ‘troll’ sinis terhadap PH yang sangat mencuit hati dan mengusik hati rakyat, termasuk pengundi di situ.

“Di pihak PH sendiri, ia gagal menangkis serangan BN dalam pelbagai isu yang relevan dengan kehidupan seharian pengundi, termasuk para peneroka. Daripada kegagalan menunaikan sesetengah janji manifesto hinggalah kepada isu perkauman dan keagamaan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kemenangan-bn-dalam-prk-manifestasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulak Prk Ch Umno Didakwa Rasuah Kanak Kanak Dengan Gula Gula

Pulak Prk Ch Umno Didakwa Rasuah Kanak Kanak Dengan Gula Gula

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 266 hits
Pengendali Facebook Kami Sayang Tun Mahathir telah memuat naik beberapa gambar memaparkan Ketua Puteri Umno Malaysia Zahida Zarik Khan memberikan gula gula kepada kanak kanak Orang Asli berikutan tularnya gambar wanita PH memberi wang kepad...
Siapa Kata Kami Mahu Kembali Kepada Umno Masih Kekal Bebas Kata Ikmal Hisham

Siapa Kata Kami Mahu Kembali Kepada Umno Masih Kekal Bebas Kata Ikmal Hisham

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 221 hits
Diterbitkan pada 16 January 2019Oleh Jamny RosliSekumpulan penyokong dan aktivis Wanita Umno berada di tepi logo parti itu ketika berlangsung perhimpunan agung tahunan parti di Kuala Lumpur September lalu Foto oleh Hari AnggaraKOTA BARU 16 ...
Prk Cameron Bn Guna Psikologi Songsang Penganalisis

Prk Cameron Bn Guna Psikologi Songsang Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 235 hits
ANALISIS Jika pada empat pilihan raya kecil sebelum ini Pakatan Harapan mampu mengekalkan kerusi mereka dengan selesa tetapi bagi PRK Cameron Highlands kali ini PH perlu melalui jalan yang berliku untuk merampas kerusi yang secara tradisiny...
Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 318 hits
THE MALAYSIAN TIMES CAMERON HIGHLANDS Calon Parlimen Cameron Highlands M Manogaran akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini meskipun jika beliau tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu Sabtu ini Menurut Manogaran sa...
Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 265 hits
Kekalahan UMNO BN majoriti besarnya dari janji janji palsu yang ditaburkan pihak lawan dalam PRU14 memang memberi kesan yang besar kepada kelangsungan parti tersebut Majoriti rakyat mengundi pembangkang kerana percayakan janji 100 hari pert...
Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 295 hits
PRK CAMERON BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kerana kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengundi PAS Penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penyoko...
Rakyat Muak Program Ala Cendawan Tiap Kali Prk Penganalisis

Rakyat Muak Program Ala Cendawan Tiap Kali Prk Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 406 hits
PRK Cameron Setiap kali musim pilihan raya kecil pelbagai program kementerian muncul di kawasan terlibat dan keadaan itu tidak ubah seperti cendawan tumbuh selepas hujan kata penganalisis politik B Anbumani Katanya amalan itu juga bukan bar...
Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 Ketua Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad melihat senario politik kerjasama antara UMNO dan PAS amat ditakuti dan digeruni Pakatan Harapan selepas gabungan yang erat dilakukan pada Pilihan Raya Kecil Cameron High
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 308 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Tracing The Long Winding Path Of An Ancient Roman Aqueduct

Die Hard Fan Mee Hailam

Hiburan Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Datuk Red

Contoh Kata Kata Undangan Pernikahan Singkat Namun Berkesan

Diterajui Pelakon Popular Drama Scarlet Heart Bakal Diadaptasi Di Thailand

Gong Yoo Song Hyekyo Dilamar Bergandingan Dalam Drama Terbaru Noh Heekyung