Tun M Anwar Sudah Tamat Tempoh Pimpin Negara


Siti Hafidah Kedua-duanya rakus sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP
BANGI – Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat sebenarnya hanya kata-kata hiasan yang diletakkan atas tapak kerakusan kuasa peribadi

Pengerusi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim percaya kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah hasil tipu muslihat mereka kepada rakyat

“Mereka berjaya menipu rakyat dengan gula-gula manifesto bulan bintang yang didendangkan siang malam ketika kempen PRU14 dahulu. Hakikatnya mereka mengambil kesempatan atas nama mandat rakyat untuk memenuhi kerakusan kuasa politik mereka yang semakin gila

“Hakikatnya mereka sudah tua dan tamat tempoh untuk memimpin negara. Mereka gagal menyediakan pimpinan pelapis

“Hingga saat kini tiada muka baharu yang berjaya dilahirkan untuk meneruskan perjuangan dan mengambil alih pimpinan utama parti mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini

Bahkan kata Ustaz Zamani, Ahli Parlimen Langkawi dan Ahli Parlimen Port Dickson itu juga adalah pemimpin yang tidak berwatak negarawan tetapi sebaliknya berwatak kepartian

Katanya, perkara itu jelas kerana saat negara berhadapan masalah COVID-19 kedua-dua mereka sibuk memukul canang agenda kepartian

“Di saat kerajaan dan rakyat berganding bahu melepaskan negara dari kemelut serangan wabak COVID-19, mereka berdua mengheret pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan perdana menteri

“Sebagai pemimpin beragenda sepatutnya mereka berdua mengambil nafas panjang dan bijak serta berhikmat. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan Islam Melayu yang dominan, maka sepatutnya mereka berdua beri laluan secara berhikmat sehingga PRU15

“Sementara masa yang ada ini, sepatutnya susun strategi untuk memperkukuhkan kuasa dominan di kalangan pemimpin parti parti Islam dan Melayu

“Kemudian gandingan yang mantap itu nanti jelmakan melalui PRU15 demi perjuangan yang beragenda untuk agama dan bangsa,” katanya

Pada masa sama, Ustaz Zamani berkata, kedua-dua mereka terlalu rakus, sehingga untuk memenuhi kerakusan itu sanggup bersekongkol dengan DAP

Dakwanya, Dr Mahathir dan Anwar yang memimpin DAP masuk Putrajaya dan akhirnya membariskan pemimpin parti tamak haloba tersebut menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri

“DAP tersenyum riang tanpa segan silu melebarkan agenda bangsanya walaupun terpaksa mencabar Perlembagaan Persekutuan. Sekali lagi saya katakan, tangan mereka berdualah yang bergelumang dengan dosa pengkhianat kerana memimpin tangan DAP berjaya masuk Putrajaya

“Bukti kerakusan mereka berdua, mereka tidak langsung mengambil kira taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menggunakan kebijaksaan yang penuh hikmat untuk memastikan kestabilan negara tetap terjaga, sedangkan tangan mereka berdua jualah yang telah menjadikan negara hilang kerajaan buat seketika

“Mereka berdua jualah yang telah mengheret Agong dalam kancah kerakusan itu untuk mengembalikan negara kembali berkerajaan,” katanya

Sebelum ini, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menyatakan mereka tidak mengiktiraf kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa ia tidak mendapat mandat rakyat

Kedua-duanya menyatakan prinsip mereka jelas dari hari pertama kerajaan PN ditubuhkan, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat

Tun Mahathir juga bertindak mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tun-m-anwar-sudah-tamat-tempoh-pimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Sudah Berusia Masa Tidak Lama Namun Semangat Perjuangan Masih Marak Tun M Anwar Ibrahim

Kami Sudah Berusia Masa Tidak Lama Namun Semangat Perjuangan Masih Marak Tun M Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 457 hits
Kami sudah berusia masa kami sudah tidak lama Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi Itu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pr...
Covid 19 Ekonomi Negara Akan Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan

Covid 19 Ekonomi Negara Akan Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 292 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan jangkaan Perikatan Nasional bahawa ekonomi negara akan pulih dalam tempoh 6 bulan dilihat langsung tidak munasabah Katanya ekonomi negara memerlukan masa yang lebih...
Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 309 hits
Kejatuhan kerajaan PH di Pusat angkara pembelotan dan khianat dari kalangan pimpinan Bersatu dan Keadilan memberi satu pengajaran besar terhadap PH terutamanya kepada Tun M sendiri selaku PM ketika itu Kesannya maka berlaku pula pengkhianat...
Roti Nak Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Bengkang Roti Guna Sukatan Cawan Je Padu Rasa Dia

Roti Nak Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Bengkang Roti Guna Sukatan Cawan Je Padu Rasa Dia

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 874 hits
Selalu kalau beli roti tak sempat habis dah tamat tempoh Akhirnya buang macam tu sahaja Jangan dibuang roti yang dah nak sampai hari expired boleh buat bengkang roti yang mudah dan sedap Seperti perkongsian yang dibuat oleh menerusi laman F...
Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 439 hits
YM Tengku Zafrul Menteri kewangan hairan knapa Tun dan lim guan Eng membuat pinjaman sedangkan Kewangan negara kukuhApa tujuan Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang APA MUSLIHAT MEREKA Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negar...
Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 302 hits
Kredit MSO Cadangan untuk dibawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir di parlimen yang dibawa oleh ahli Parlimen Semporna Mohd Shafei Afdal saya kira ia tidak ada dalam pengetahuan ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim Mungkin usul berke...
Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 304 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Warisan Malah tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities