Kemelut Pkr Boleh Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis


MINDA RAKYAT 

PETALING JAYA: Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania dan Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, perbalahan itu kini merebak ke bahagian PKR di beberapa negeri serta sayap pemuda parti itu.

Chin berkata, Anwar perlu bertindak pantas menamatkan perbalahan itu bagi menghalang pihak tertentu daripada menggunakanya sebagai alasan utama kenapa mereka menolak beliau sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan perdana menteri.

“Keadaan itu menyebabkan PKR kelihatan sangat buruk dan sudah pasti memberi kesan ke atas peralihan kuasa,” katanya.

“Orang ramai akan sangat meragui kemampuan PKR mentadbir negara.”

Beliau berkata, perbalahan itu memberi kesan besar ke atas imej Anwar dan Azmin.

Katanya, konflik yang berlaku dalam Pemuda PKR adalah natijah daripada persaingan yang berlaku antara 2 pemimpin itu, dengan menambah bahawa keadaan sama turut menjangkiti sayap wanita parti tersebut.

Perbalahan itu menimbulkan beberapa pertikaian lain, termasuk isu pemimpin paling sesuai untuk merasmikan kongres Pemuda PKR dan isu melibatkan konvensyen PKR Sarawak yang diteruskan walaupun pengerusi negeri, Baru Bian, telah memaklumkan pembatalannya.

Kumpulan dalam Pemuda PKR terus serang-menyerang antara satu sama laian berhubung kontroversi pemecatan pengerusi tetap kongres dan timbalan beliau dengan satu pihak mendakwa ia tidak sah, sementara pihak satu lagi berkata ia dibuat berdasarkan peraturan parti.

Azmi memberitahu FMT bahawa pemecatan tersebut mungkin berpunca daripada langkah 2 pemimpin muda PKR itu menyokong Azmin secara terbuka.

Beliau berkata, sukar baginya untuk menerima penjelasan kepimpinan Pemuda PKR bahawa pemecatan 2 individu tersebut adalah kerana mereka hilang kelayakan sebagai anggota sayap pemuda kerana berumur lebih 35 tahun.

“Soalan yang perlu dijawab ialah kenapa sekarang, pada saat kongres PKR akan berlangsung?,” katanya.

Beliau menjangka Anwar akan menggunakan konvensyen nasional PKR yang bakal diadakan untuk memperkuat kedudukannya dalam parti yang diasaskan beliau itu, tetapi pada masa sama mengingatkan tentang kemungkinan “boikot besar-besaran” oleh kumpulan Azmin.

“Jika boikot ini berlaku, maka masa depan PKR akan menjadi sangat sukar,” katanya.

“Perebutan kuasa dalaman itu akan berlaku secara lebih terbuka.

“Perbalahan dalaman PKR ini akan memberi kesan ke atas Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan kerana parti itu dilihat sebagai komponen teras PH bersama-sama DAP.”

Katanya, perbalahan itu juga memperlihatkan seolah-olah Anwar dan Azmin “lebih berminat untuk memenuhi ego politik” mereka daripada memberi khidmat kepada rakyat.

“Saya tidak maksudkan ia merupakan niat sebenar mereka, tetapi itulah kesan perbalahan yang berlaku menurut tanggapan orang awam,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/kemelut-pkr-boleh-halang-anwar-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehilangan Baru Beri Isyarat Negatif Kestabilan Pkr Kata Penganalisis

Kehilangan Baru Beri Isyarat Negatif Kestabilan Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 366 hits
November 24 2019Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian PETALING JAYA Ketiadaan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian pada konvensyen parti itu di Miri semalam memberi isyarat negatif mengenai kestabilan parti kata penganalisis politik Azmi Hassan dari U...
Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Kemelut antara pemimpin nombor satu dan dua dalam PKR akan dapat ditangani jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama sama beralah ujar Penganalisis Politik Prof Dr Hamidin Abdul Hamid Katanya ketika in...
Ada Pihak Dalam Pkr Sudah Lupa Landasan Kata Anwar

Ada Pihak Dalam Pkr Sudah Lupa Landasan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 390 hits
Geraldine Tong Presiden PKR Anwar Ibrahim mengkritik sejumlah dalam parti itu yang menurutnya lupa akan perjuangan parti itu Walaupun tidak merujuk mana mana pihak secara khusus ia dilihat seperti kritikan terhadap timbalannya Mohamed Azmin...
Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 453 hits
Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali Jam...
Pkr Jangan Sibuk Politik Picisan Kata Anwar

Pkr Jangan Sibuk Politik Picisan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 408 hits
PKR jangan sibuk politik picisan kata Anwar Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2019 12 29PM
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 431 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 453 hits
By 24 November 2019Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto HAZROL ZAINAL 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM Konvensyen Reformasi 2019yang dihadiri kira kira 1 000 otai dan ahlireform...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari

Larian Yang Tak Perlu Diketahui Dunia

Pasaran As Dalam Pergerakan Mencapai Paras Tertinggi Sepanjang Masa Fokus Kepada Perang Dagangan