Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin


Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania dan Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, perbalahan itu kini merebak ke bahagian PKR di beberapa negeri serta sayap pemuda parti itu.

Chin berkata, Anwar perlu bertindak pantas menamatkan perbalahan itu bagi menghalang pihak tertentu daripada menggunakanya sebagai alasan utama kenapa mereka menolak beliau sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan PKR kelihatan sangat buruk dan sudah pasti memberi kesan ke atas peralihan kuasa. Orang ramai akan sangat meragui kemampuan PKR mentadbir negara.
Beliau berkata, perbalahan itu memberi kesan besar ke atas imej Anwar dan Azmin.

Katanya, konflik yang berlaku dalam Pemuda PKR adalah natijah daripada persaingan yang berlaku antara 2 pemimpin itu, dengan menambah bahawa keadaan sama turut menjangkiti sayap wanita parti tersebut.

Perbalahan itu menimbulkan beberapa pertikaian lain, termasuk isu pemimpin paling sesuai untuk merasmikan kongres Pemuda PKR dan isu melibatkan konvensyen PKR Sarawak yang diteruskan walaupun pengerusi negeri, Baru Bian, telah memaklumkan pembatalannya.

Kumpulan dalam Pemuda PKR terus serang-menyerang antara satu sama laian berhubung kontroversi pemecatan pengerusi tetap kongres dan timbalan beliau dengan satu pihak mendakwa ia tidak sah, sementara pihak satu lagi berkata ia dibuat berdasarkan peraturan parti.

Azmi memberitahu FMT bahawa pemecatan tersebut mungkin berpunca daripada langkah 2 pemimpin muda PKR itu menyokong Azmin secara terbuka.

Beliau berkata, sukar baginya untuk menerima penjelasan kepimpinan Pemuda PKR bahawa pemecatan 2 individu tersebut adalah kerana mereka hilang kelayakan sebagai anggota sayap pemuda kerana berumur lebih 35 tahun.

“Soalan yang perlu dijawab ialah kenapa sekarang, pada saat kongres PKR akan berlangsung?,” katanya.

Beliau menjangka Anwar akan menggunakan konvensyen nasional PKR yang bakal diadakan untuk memperkuat kedudukannya dalam parti yang diasaskan beliau itu, tetapi pada masa sama mengingatkan tentang kemungkinan “boikot besar-besaran” oleh kumpulan Azmin.

Jika boikot ini berlaku, maka masa depan PKR akan menjadi sangat sukar. Perebutan kuasa dalaman itu akan berlaku secara lebih terbuka.Perbalahan dalaman PKR ini akan memberi kesan ke atas Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan kerana parti itu dilihat sebagai komponen teras PH bersama-sama DAP.
Katanya, perbalahan itu juga memperlihatkan seolah-olah Anwar dan Azmin “lebih berminat untuk memenuhi ego politik” mereka daripada memberi khidmat kepada rakyat.

“Saya tidak maksudkan ia merupakan niat sebenar mereka, tetapi itulah kesan perbalahan yang berlaku menurut tanggapan orang awam,” katanya.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/kemelut-pkr-anwar-mungkin-hadapi-boikot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agenda Memalukan Anwar Dan Melemahkan Pkr Mungkin Berulang Lagi

Agenda Memalukan Anwar Dan Melemahkan Pkr Mungkin Berulang Lagi

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 426 hits
Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras termasuk pecat keahlian selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian Ini kera...
No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 297 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s meeting with his estranged deputy Datuk Seri Azmin Ali yesterday disproved views of rival factions in the party Fahmi Fadzil asserted today The two leaders met in the Parliament building yesterday to...
Azmin Saingi Anwar Pkr Terus Parah

Azmin Saingi Anwar Pkr Terus Parah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 494 hits
PKR Makin Parah Azmin Menaja Kongres Menyaingi AnwarBerdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC Melaka itu bakal diadakan ...
Azmin And Aligned Pkr Leaders Reject Member S Sacking Demand Apology From Anwar

Azmin And Aligned Pkr Leaders Reject Member S Sacking Demand Apology From Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 454 hits
PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali led 20 of the party s central committee to object to the sacking of Bera division chief Zakaria Abdul Hamid who is seen to be from their faction The group that also included vice presidents Zuraida ...
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 417 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
Kemelut Pkr Boleh Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

Kemelut Pkr Boleh Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 387 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu Mohamed...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine