Pau 2020 Umno Cuma Tumpu Isu Kuasa Abai Kemelut Orang Melayu


malaysiakini.com
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 29 Mar 2021, 9:50 pm

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang melabuhkan tirai semalam gagal mengangkat isu-isu yang didepani orang Melayu, menurut pengamanatan penganalisis politik Prof Mohammad Agus Yusoff.

Katanya, PAU 2020 hanya menyentuh soal kuasa - iaitu isu kemenangan, penjajaran baru, gabungan politik, dan sebagainya - namun tidak menyentuh isu lebih besar orang Melayu seperti keadilan, kesejahteraan dan ekonomi rakyat.

“Melayu itu bukan hanya untuk kuasa.

“Semalam ada kita bincangkan tentang Covid-19? Tentang prosedur operasi standard (SOP)? Tentang masa depan negara? Ada kita bincangkan tentang agenda rakyat? Adakah benda-benda seperti itu (dibincangkan)? Ada?

“Tak ada,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti hantaran di Facebooknya semalam, Mohammad Agus mengaitkan orang Melayu dengan konsep staatsvolk, perkataan Jerman yang membawa erti rakyat terbanyak, atau menurut Agus, “dominasi etnik majoriti dalam sesebuah negara”.

Menerusi hantaran itu Mohammad Agus berkata, staatsvolk penting untuk memastikan kestabilan politik dalam sebuah negara multietnik.

Sekiranya staatsvolk tidak kuat dan bersatu, katanya, ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati etnik majoriti dan boleh membawa kekacauan.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dirangka Suruhanjaya Lord Reid juga memastikan staatsvolk dipelihara, iaitu dari segi kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Islam, dan tanah simpanan Melayu tanpa menafikan atau mendiskriminasi hak kaum lain .

Pun begitu, katanya, setelah 64 tahun merdeka Umno tidak berubah dan hanya melihat staatsvolk Melayu dalam konteks menjaga kuasa semata-mata.

Hal itu kata Agus dapat dilihat daripada ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan yang hanya memfokuskan kepada persaingan dalam PRU ke-15.

Terbatas soal kuasa, kemenangan

Sedangkan isu kaum dan agama yang mencabar staatsvolk Melayu, kata Mohammad Agus, serta kebimbangan golongan bukan Melayu yang hidup dalam lingkungan orang Melayu tidak mendapat perhatian wajar.

PAU kali ini memang menjadi perhatian banyak pihak kerana sejak awal, fokusnya lebih tertumpu kepada keputusan Umno terhadap hubungan kerjasama mereka dengan Bersatu.

Sepanjang dua hari berlangsungnya PAU, sememangnya isu hubungan dengan Bersatu itulah yang dominan manakala hal-hal lain menjadi agenda sampingan termasuk DAP, Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH).

Meskipun kenyataan Ahmad Zahid semalam jelas bahawa BN - yang diketuai Umno - akan bergerak bersendirian pada PRU ke-15 nanti, ketidakpastian tetap tidak terhapus apabila tokoh-tokoh Umno memberi kenyataan bersifat kata dua kepada PAS.
Secara keseluruhan PAS diminta memilih sama ada bersama parti itu dalam Muafakat Nasional atau kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Setakat ini, PAS masih tetap dengan pendirian untuk mempertahankan “perpaduan ummah” seperti pendirian mereka selama ini, iaitu tidak meninggalkan Bersatu mahupun Umno.

“Kita bataskan semangat Melayu itu hanya pada soal kuasa dan kemenangan. Saya tak fikir itu betul.

“Semalam sepatutnya perhimpunan itu kena menjadi lebih besar dan luas lagi untuk membincangkan tentang masa depan Melayu, masa depan ekonominya, pekerjaaannya,” kata Mohammad Agus.

Menurutnya lagi apa yang kurang dalam PAU semalam ialah agenda untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi orang Melayu, manakala yang menonjol hanya agenda untuk kuasa Umno semata-mata.

“Rugilah... rugi. Pada saya itu satu kerugian,” katanya lagi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pau-2020-umno-cuma-tumpu-isu-kuasa-abai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Pau 2020 Sehingga Ke Hari Ini Satu Persatu Rakan Komponen Bn Mn Membuat Kenyataan Menyanggahi Umno

Sejak Pau 2020 Sehingga Ke Hari Ini Satu Persatu Rakan Komponen Bn Mn Membuat Kenyataan Menyanggahi Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 294 hits
Sejak PAU 2020 minggu sudah hingga ke hari ini satu persatu rakan komponen dan rakan Muafakat membuat kenyataan yang tak menyebelahi parti UMNO GPS bekas rakan komponen BN di Sarawak secara terbuka melalui Pengerusi nya Abang Johari menyata...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 306 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Pau 2020 Bukti Perpaduan Melayu Islam Berkecai Rais Yatim

Pau 2020 Bukti Perpaduan Melayu Islam Berkecai Rais Yatim

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Tokoh politik veteran Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur membuktikan perpaduan Melayu Islam berkecai kerana ego masing masing Beliau yang juga...
Video Pau Umno 2020 Pemuda Umno Belasah Pas Di Hadapan Perwakilan Dan Wak

Video Pau Umno 2020 Pemuda Umno Belasah Pas Di Hadapan Perwakilan Dan Wak

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 269 hits
Umno belasah Pas kerana Pas masih bersama Bersatu Umno pun lupa pemimpin mereka sendiri masih makan disuap oleh Muhyiddin Jawatan Menteri GLC kemudahan suapan untuk Umno
Pau 2020 Umno Muktamad Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Pada Pilihan Raya Umum Ini

Pau 2020 Umno Muktamad Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Pada Pilihan Raya Umum Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang adalah muktamad kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu berkata UMNO juga menolak pembentukan gabungan po...
Umno Kekal Parti Politik Melayu Terbesar Ahmad Maslan

Umno Kekal Parti Politik Melayu Terbesar Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 347 hits
Kuala Lumpur UMNO merekodkan jumlah keahlian kira kira 3 35 juta orang membabitkan 21 883 cawangan di seluruh negara hingga Jumaat lalu kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 127 214 oran...
Pau 2020 Ph Gagal Pn Tak Cekap Tiba Masa Bn Kembali Dalam Pru15 Tok Mat

Pau 2020 Ph Gagal Pn Tak Cekap Tiba Masa Bn Kembali Dalam Pru15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 193 hits
mykmu netUMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional Menurut ...
Jangan Berbicara Tentang Perpaduan Ummah Dengan Umno Jika Sebenarnya Anti Perpaduan Melayu Mohamad Hassan

Jangan Berbicara Tentang Perpaduan Ummah Dengan Umno Jika Sebenarnya Anti Perpaduan Melayu Mohamad Hassan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 339 hits
kita akan melihat perpecahan jika konsep perpaduan bangsa Melayu itu ditafsirkan dalam konteks politik semata mata Teks Ucapan Perasmian Wanita Pemuda Puteri UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Para perwakilan sekalian 1 Saya sangat berbahagia da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba