Kembalikan Ppsmi Tidak Adil Kepada Pelajar Luar Bandar


Wartawan MalaysiaGazette Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan sebahagian pembeli Residensi Jaya Rumah Selangorku mengenai isu kediaman residensi tersebut di Bilik Mesyuarat Tingkat 14, Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,  
KUALA LUMPUR – Keputusan mahu mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilihat tidak adil kepada pelajar luar bandar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kekecewaan atas keputusan yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Pendidikan baru-baru ini.

“Ketika PPSMI dijalankan pada 2003 hingga 2010, sebanyak 80% kemerosotan pembelajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hingga kerajaan terpaksa membatalkannya pada tahun 2011. Pelajar luar bandar terutamanya pelajar dari kaum Orang Asli menghadapi kesukaran yang besar dari pelaksanaan PPSMI, kerana keterbatasan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka.

“Kerajaan perlu mengkaji kemampuan guru di sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan menguasai Bahasa Inggeris sebelum mengajar Matematik dan Sains terutamanya di luar bandar.

“Dahulu terdapat satu isu yang besar iaitu ketidakmampuan guru di luar bandar mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris serta faktor-faktor kekurangan infra dan peralatan pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan di facebook hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menambah sepatutnya kerajaan menyediakan guru yang berkemahiran dan berkemampuan berbahasa Inggeris terlebih dahulu serta penyediaan infra dan peralatan sebelum mengumumkan perlaksanaannya.

Alasan bahawa negara tidak maju dan pelajar tidak mampu bersaing jika pembelajaran Matematik dan Sains diteruskan dalam Bahasa Melayu adalah alasan yang amat dangkal dan kini pelajar-pelajar cemerlang sama ada dalam atau luar negara adalah mereka yang mendapat pendidikan subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu.

“Syarat untuk menjadi negara maju bukan disebabkan Bahasa Inggeris semata-mata kerana negara yang berjaya dalam bidang yang ada kaitan dengan Matematik dan Sains bukan negara berbahasa Inggeris iaitu seperti negara Jepun, Korea Selatan, China, German, Perancis, Itali dan lain-lain.

“Negara-negara ini tetap menggunakan bahasa ibunda mereka namun berjaya di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan subjek Matematik dan Sains. Malah negara kita juga ada menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke negara bukan berbahasa Inggeris seperti yang saya sebutkan di atas.

“Sebagai contoh, jika kita menghantar pelajar kita ke Jepun, walaupun di negara kita mengajar di dalam Bahasa Inggeris namun pelajar kita terpaksa mengikuti kursus Bahasa Jepun dan belajar di Jepun di dalam bahasa Jepun. Maka, apa maknanya jika pelajar kita belajar di dalam Bahasa Inggeris di Malaysia, tetapi akhirnya apabila ke luar negara, pelajar kita perlu mengikuti kursus bahasa ibunda negara tersebut,” ujarnya.

Ujarnya lagi, secara peribadi jika mahu pelajar menguasai Bahasa Inggeris, maka silibus Bahasa Inggeris tersebut yang perlu ditambah baik dari segi cara pembelajaran, menambahkan waktu belajar atau perkara-perkara lain yang difikir terbaik.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mengkaji dahulu pelaksanaan ini sebelum memulakan, dengan mengambil kira data kemerosatan serta kepeluan pelajar luar bandar yang mempunyai sumber pembelajaran Bahasa Inggeris yang terhad.

“Janganlah pula kerana mengejar untuk pemerkasaan kumpulan elit, anak luar bandar dilupakan.Inilah kerajaan yang seringkali mengabaikan kumpulan luar bandar dan gagal melakukan dasar serta keputusan yang adil dan setara untuk masyarakat luar bandar.

“Saya harap Perdana Menteri mengkaji semula dan menggugurkan cadangan beliau untuk pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.Cukup-cukup lah memperjudikan masa depan anak-anak luar bandar,” pintanya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kembalikan-ppsmi-tidak-adil-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 255 hits
BANGI 11 Jamadilakhir 1441H Rabu Akses kemudahan pembelajaran dan pelatihan guru guru di sekolah luar bandar masih gagal disediakan dengan sempurna oleh kerajaan Demikian tegas Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Ustaz Mohd Azizee Has...
Pena Bantah Tun M Mahu Kembalikan Ppsmi

Pena Bantah Tun M Mahu Kembalikan Ppsmi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 249 hits
Persatuan Penulis Nasional Malaysia membantah sekeras kerasnya hasrat pemangku menteri pendidikan Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kata Presidennya Dr Mohamad Saleeh Rahamad Keputus...
Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 557 hits
Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak mengambil makanan seperti keropok mi segera air kotak dan junk food Ini kerana kanak kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan Makanan seperti ini tidak memberikan sebar...
Pertama Kali Di Luar China Pasien Virus Corona Di Filipina Meninggal

Pertama Kali Di Luar China Pasien Virus Corona Di Filipina Meninggal

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 250 hits
Departemen Kesehatan Filipina mengatakan laki laki 44 tahun asal China yang berasal dari Wuhan dirawat pada 25 Januari lalu setelah mengalami batuk batuk demam dan sakit tenggorokan
Wabah Virus Corona Kasus Kematian Pertama Di Luar China Terkonfirmasi Di Filipina

Wabah Virus Corona Kasus Kematian Pertama Di Luar China Terkonfirmasi Di Filipina

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 255 hits
Korban meninggal secara global mencapai 305 korban jiwa Satu korban tercatat di Filipina
6 Potret Rumah Komeng Besar Dan Ada Musala Khusus Di Luar

6 Potret Rumah Komeng Besar Dan Ada Musala Khusus Di Luar

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 217 hits
Siapa yang tidak kenal Komeng salah satu komedian senior dan legendaris Tanah Air Sosoknya hingga kini pun masih sukses mencuri perhatian masyarakat para pecinta komedi
Sri Mulyani Kenang Jb Sumarlin Komitmen Luar Biasa Saat Mengajar

Sri Mulyani Kenang Jb Sumarlin Komitmen Luar Biasa Saat Mengajar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 253 hits
Sri Mulyani juga punya kenangan khusus saat mengenyam pendidikan di Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia Marlin kata Sri Mulyani adalah dosen yang disukai oleh para mahasiswanya Walaupun menteri Marlin tetap mengenakan stelan kemeja dan t...
Koronavirus Singapura Naikan Tahap Dorscon Dari Kuning Ke Jingga Arah Sekolah Hentikan Aktiviti Luar

Koronavirus Singapura Naikan Tahap Dorscon Dari Kuning Ke Jingga Arah Sekolah Hentikan Aktiviti Luar

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 332 hits
Berikutan beberapa kes koronavirus membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah berkunjung ke China Singapura pada Jumaat dilaporkan telah menaikan tahap amaran Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit dari Kuning ke Jingga Menurut Channel...
Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 370 hits
PENGERUSI DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mengambil orang luar dalam rombakan Kabinet Menurut Zaid di bawah sistem Parlimen perdana menteri tidak mempunyai mandat sebagai presi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It