Kembalikan Keyakinan Pengguna Daging Import


IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Kekang dan lumpuhkan rangkaian kartel dari pintu sempadan negara lagi.
  TINDAKAN kementerian dan agensi-agensi dalam kes kartel daging import haram yang dilaporkan di Johor minggu lalu diharap menangani keseluruhan rangkaian kecurangan berkaitan. Bukan kali pertama isu seumpama terjadi, namun usaha pihak berkuasa mengekangnya sejak di pintu masuk negara sememangnya dihargai.

Namun, keraguan para pengguna mesti segera direda dan dijernihkan kerana wujud kekhuatiran terdapat daging import haram telah berlegar di pasaran angkara bolos oleh teknik licik pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan. Pemeriksaan agresif menyeluruh dan teliti mesti dilakukan serta diumumkan.
Kepercayaan awam terhadap barang keperluan harian ini di pasaran negara mestilah diberi jaminan dalam semua aspek. Lebih-lebih lagi kes sebegini amat sensitif dan melibatkan juga persepsi integriti terhadap pihak berkuasa. Tambahan di era COVID-19 ini pula menjadikan ia lebih mengundang tragedi.
Pengedar dan penjual boleh terkena tempias kerana diragui yang merisikokan kerugian berganda dalam rantaian kesannya atas kemungkinan protes pengguna memboikot secara tidak langsung atau memilih alternatif lain. Tentulah ini tidak sihat buat pihak-pihak yang terlibat dalam kitaran semua ini.
Kerajaan juga diminta meminda akta berkaitan untuk mengadakan hukuman lebih berat kepada pihak terbabit yang nyata telah bertindak khianat demi meraih kekayaan segera. Pihak yang didapati bersalah mesti disenaraihitamkan agar tidak terlibat dalam sektor melibatkan kepenggunaan penduduk di negara ini.
Kami juga berpandangan permintaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk menambah anggota di semua pintu masuk negara wajar diberi keutamaan. Timbalan Ketua Pengarah MAQIS, Dr Azhari Sharidah Abu Bakar menyatakan mereka hanya ada 467 anggota untuk mengawal 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia.
Di Pelabuhan Klang sahaja hanya terdapat 24 anggota MAQIS ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan secara manual terhadap 400 kontena sehari yang jelas jumlah ini tidak mencukupi. Itupun pintu masuk di Sabah dan Sarawak pula terpaksa dikendalikan bawah agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.
Berikutan produk terbabit diklasifikasikan sebagai barangan berisiko tinggi kerana produk terbabit hanya boleh diimport dari loji pemprosesan yang mendapat kelulusan JPV dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), maka penambahan anggota MAQIS itu sememangnya wajar. Sekali gus diharap kartel penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import untuk dijual semula ke pasaran negara dapat dibanteras.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Memimpin Negara”
(*) IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kembalikan-keyakinan-pengguna-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa semua agensi berkaitan agar lebih proaktif menangani isu berkaitan daging import haram PPIM dalam kenyataan pada Selasa berkata agensi seperti Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysi...
6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 395 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia merasa amat terkejut dengan penemuan daging yang telah dihalalkan di sebuah gudang di Johor Bahru baru baru ini 1 500mt daging yang ditemui itu bukanlah satu jumlah yang kecil dan apa yang lebih membimbangk...
Mohon Dedah Jenama Daging Import Selamatkan Rakyat

Mohon Dedah Jenama Daging Import Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 267 hits
Mohon Dedah jenama daging selamatkan rakyat TIDAK terjangkau akal dengan pendedahan semalam apabila terdapat kartel yang membungkus semula daging yang diimport tanpa pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Malah tergamak m...
Mengejutkan Kartel Ciplak Tiga Jenama Daging Australia

Mengejutkan Kartel Ciplak Tiga Jenama Daging Australia

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 263 hits
LAPORAN KHAS JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang dipercayai telah dipalsukan sebelum diedar di pasaran tempatan Perkara itu terbongkar s...
Kartel Daging Pegawai Jakim Tidak Terlibat Zulkifli

Kartel Daging Pegawai Jakim Tidak Terlibat Zulkifli

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 313 hits
SEREMBAN Tiada penglibatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu kartel daging sejuk beku import yang menggunakan logo halal palsu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri m
Bongkar Kartel Daging Telah Diedarkan Dan Label Halal Palsu Mungkin Ada Ketirisan Berlaku

Bongkar Kartel Daging Telah Diedarkan Dan Label Halal Palsu Mungkin Ada Ketirisan Berlaku

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 667 hits
BONGKAR Kartel Daging telah diedarkan dan Label Halal Palsu Mungkin ada Ketirisan Berlaku Memetik di dalam banyak berita dan viral hari ini berlaku isu halal haram ini amat penting dan berat untuk umat islam Terutama di Malaysia masih ramai...
6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 374 hits
SHAH ALAM Kelompongan dalam sistem pemantauan dan pengurusan daging import oleh pihak berkuasa dikenal pasti antara punca berlakunya penyeludupan daging haram ke negara ini Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ...
Etnik Uighur Islam Dipaksa Makan Daging Babi Setiap Jumaat

Etnik Uighur Islam Dipaksa Makan Daging Babi Setiap Jumaat

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 254 hits
BEIJING Seorang doktor etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China memaksa tahanan pusat latihan Xinjiang yang beragama Islam memakan daging babi setiap hari Jumaat Sayragul Sauytbay dalam temu bual dengan Al Jazeera berkata kerajaan Chin...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu