6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020


 

SHAH ALAM - Kelompongan dalam sistem pemantauan dan pengurusan daging import oleh pihak berkuasa dikenal pasti antara punca berlakunya penyeludupan daging haram ke negara ini.
Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kelemahan melibatkan proses dokumentasi antara daging import yang akan dieksport semula ke negara luar dan daging import untuk pasaran dalam negara.
“Ada sesetengah, ia lebih kepada melibatkan penyeludupan maknanya daging yang diimport ke dalam negara itu sepatutnya dieksport balik tetapi dia tak buat.
“Jadi mungkin sistem itu kena ‘kedap udara’ (tiada ruang untuk sebarang manipulasi) supaya dia boleh menentukan atau menjamin tiada sebarang kebolosan yang berlaku.
“Maknanya kalau daging import itu masuk ke Malaysia tujuannya untuk dieksport kembali, penguat kuasa perlu cari satu sistem kaedah macam mana nak dapatkan bukti bahawa daging tersebut telah dieksport ke luar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembongkaran sindiket kartel daging haram oleh pihak berkuasa di Senai, Johor pada Selasa lalu.
Sehubungan itu, Nadzim meminta kerajaan untuk hadir dengan sebuah kaedah dokumentasi dan pemantauan yang jelas kerana isu penyeludupan daging haram ini dilihat telah berlaku sejak sekian lama.
“Ia (penyeludupan daging) sebenarnya sudah lama dan berterusan. Mungkin agensi-agensi penguat kuasa ini dah melakukan tugas mereka tetapi masih terdapat ruang yang memerlukan mereka untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendedahkan kegiatan penyeludupan masuk daging sejuk beku dari Ukraine, Brazil, Argentina dan China itu dilakukan sindiket terbabit dipercayai menggunakan dokumen palsu termasuk borang kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.
Difahamkan, sindiket tersebut turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit dan akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan dalam usaha mereka mengaburi mata pihak berkuasa.

Artikel oleh: Sinar Harian
PROSES DOKUMENTASI LEMAH PUNCA PENYELUDUPAN DAGING HARAM
https://www.sinarharian.com.my/article/113232/BERITA/Nasional/Proses-dokumentasi-lemah-punca-penyeludupan-daging-haram



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/6129-proses-dokumentasi-lemah-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 553 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 650 hits
LAPORAN KHAS JOHOR BAHRU Pihak berkuasa kini memantau 24 jam gudang kartel daging sejuk beku di Senai di sini bagi mengelakkan bahan bukti utama tersebut hilang atau dilarikan kumpulan sindiket berkenaan Pihak berkuasa tidak menolak kemungk...
6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 439 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus kini semakin membimbangkan PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata negara mempunyai pakar vaksi...
6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 481 hits
SHAH ALAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya ada syarikat tertentu bertindak mengimport atau menyeludup masuk daging sejuk beku secara tidak sah ...
Kartel Tukar Daging Haram Jadi Halal

Kartel Tukar Daging Haram Jadi Halal

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 739 hits
Taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China Ukraine Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak be...
Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 425 hits
PEMBONGKARAN secara eksklusif berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindakan sita dalam serbuan piha...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju