Etnik Uighur Islam Dipaksa Makan Daging Babi Setiap Jumaat



BEIJING: Seorang doktor etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China memaksa tahanan 'pusat latihan' Xinjiang yang beragama Islam memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Sayragul Sauytbay, dalam temu bual dengan Al Jazeera, berkata kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana mereka tahu ia adalah hari yang suci untuk umat Islam dan pemakanan bahkan menyentuh babi dilarang sama sekali dalam Islam.

"Jika anda enggan patuh arahan supaya makan daging babi, maka anda akan menerima hukuman yang keras sebagai tindakan disiplin.

"Strategi ini sengaja dipilih bagi memalukan dan menghina tahanan apabila setiap kali mereka dipaksa makan daging babi.

"Sukar bagi membayangkan perasaan saya setiap kali terpaksa makan babi, terasa seperti orang lain dan rasa kaku, sukar untuk saya menerimanya," katanya.

Selepas membocorkan rahsia kekejaman di kem tahanan terbabit, beliau melarikan diri ke Kazakhstan tetapi dinafikan suaka politik dan China memfailkan permohonan ekstradisi bagi membawanya pulang.

Sauytbay, seorang pakar klinikal dan guru, bagaimanapun berjaya berhijrah ke Sweden, selepas menerima suaka politik bersama keluarganya.

Beliau mendedahkan kisah di dalam 'kem latihan' itu dalam sebuah buku, termasuk menceritakan mengenai kes tahanan dipukul, dicabul secara seksual dan dipaksa tinggal dalam persekitaran kotor.

Malah, penindasan terhadap penduduk etnik Islam Uighur di Xinjiang tidak hanya terhad kepada budaya dan agama, sebaiknya turut menyasarkan struktur sosial masyarakat menerusi 'kem latihan' yang ditubuhkan sejak 2017.

Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz, yang banyak membuat kajian mengenai etnik Uighur, memberitahu Al Jazeera bahawa China kini turut memperluaskan dasar sekularisme.

Sebagai contoh, katanya, China mengembangkan industri penternakan babi dengan matlamat menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar sedangkan hampir 90 peratus penduduk setempat beragama Islam.

"Terdapat ladang ternakan babi di Kashgar, selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun dalam kawasan seluas 25,000 meter persegi.

"Malah, projek ini, yang dilancarkan atas alasan mahu memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi, sengaja diumumkan pada 23 April tahun ini iaitu ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa.

"Ini amat nyata bahawa kerajaan China berniat menyerang budaya, amalan agama dan cara hidup masyarakat setempat, sekali gus mendorong mereka memilih ideologi sosialis," katanya. - AGENSI


MR : Ini peringatan kepada UMNO supaya jangan percaya kepada DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/etnik-uighur-islam-dipaksa-makan-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari Kpdnhep Sahkan Tiada Dna Babi Ditemui

Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari Kpdnhep Sahkan Tiada Dna Babi Ditemui

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 273 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna TikTok mendakwa mee kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal telah menggunakan daging babi dalam masakannya Lantaran itu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal E...
Tiada Daging Babi Dalam Mi Kari Restoran Terkenal

Tiada Daging Babi Dalam Mi Kari Restoran Terkenal

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 206 hits
Hasil analisis makmal dapati hanya ada unsur DNA ayam BANGI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengesahkan sampel daging yang diambil dari restoran terkenal yang didakwa menjual mi kari mengandungi daging babi seben...
Istilah Lain Nama Daging Babi

Istilah Lain Nama Daging Babi

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 436 hits
Dewasa ini kerap kita mendengar orang Muslim termakan daging babi Termakan dengan tidak sengaja dek kerana keliru dengan istilah serta nama nama lain daging babi Nama nama tersebut wujud dengan 2 sebab yang pertama kerana jenis masakan ters...
Jumpa Tulang Guru Sekolah Disyaki Makan Daging Manusia

Jumpa Tulang Guru Sekolah Disyaki Makan Daging Manusia

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 399 hits
Berlin Polis Jerman menahan seorang lelaki berumur 41 tahun kerana disyaki memakan daging manusia atau kanibalisme selepas penemuan tulang manusia tanpa isi di pinggir bandar Berlin
Sakit Badan Selepas Makan Daging

Sakit Badan Selepas Makan Daging

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 363 hits
SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya ingin bertanya Saya berumur 36 tahun Saya pesakit gastritis dan baru saya sedar saya tidak boleh makan makanan pedas dan daging Saya akan mengalami kekembungan dan rasa tak se...
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 465 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
Kari Daging Noxxa Untuk Makan Malam

Kari Daging Noxxa Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum DARI hari ke hari plan nak masak Kari Daging ni tapi asyik bertangguh sebab tak cukup bahan dan lauk sampingan Walaupun blogger Nur Farahin kata tak cukup bahan tak apa janji masak tapi rasa macam tak best pula Ini pun seben...
Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 325 hits
PEMBONGKARAN secara eksklusif berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindakan sita dalam serbuan piha...
Tak Gentar Di Ozil Kan Griezmann Pertahan Etnik Uighur Nekad Tamatkan Hubungan Dengan Huawei

Tak Gentar Di Ozil Kan Griezmann Pertahan Etnik Uighur Nekad Tamatkan Hubungan Dengan Huawei

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 249 hits
300 total views 273 views today Paris Pemain Barcelona yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia Antoine Griezmann berkata dia menamatkan kontrak penajaan dengan Huawei berhubung syarikat gergasi telekomunikasi China itu terbabit deng...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn