Kematian Turun 5 Hari Berturut Turut Hanya Kelantan Catat Peningkatan


AGENDA DAILY
Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 1 Oktober 2021. - Sumber KKM
Jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam turun lagi berbanding kelmarin – penurunan lima hari berturut-turut sejak 27 September lalu.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman sesawangnya COVIDNOW hari ini memaklumkan 121 pesakit meninggal dunia semalam, berbanding 192 kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pada Khamis.
Pada 27 September kes kematian direkodkan adalah sebanyak 258, turun kepada 240 kes pada 28 September, dan 208 kes pada 29 September.
Semalam, hanya Kelantan sahaja yang merekodkan peningkatan jumlah kematian iaitu sebanyak 15 kes berbanding satu kes pada Khamis. Manakala, Negeri Sembilan, Melaka, Labuan dan Putrajaya mencatat sifar kematian.
Namun, jumlah kematian di Sarawak kekal tinggi apabila 25 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, berbanding 40 kes yang direkodkan pada Khamis.
Secara keseluruhannya, sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini pada awal tahun lalu sehingga semalam, 26,456 kes kematian dilaporkan.
Daripada jumlah itu, 5,302 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), termasuk 28 kes baharu semalam.
Kes aktif
Pada masa sama KKM turut melaporkan kes aktif turun berturutan sejak beberapa hari lalu dengan sehingga semalam sebanyak 160,413 kes dilaporkan, berbanding 164,536 kes pada Khamis, 169,718 (Rabu); dan 174,492 (Selasa).
Daripada jumlah kes aktif terbaharu itu, 132,642 pesakit menjalani kuarantin di rumah, turun lagi berbanding 136,436 yang dilaporkan pada Khamis, 140,598 (Rabu), dan 144,631 (Selasa).
Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara sehingga semalam juga turun kepada 18,216 kes, berbanding 18,263 kes yang dilaporkan pada Khamis.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 8,655 pesakit masih dirawat di hospital seluruh negara. Jumlah itu turun berbanding 8,913 pesakit yang direkodkan pada Khamis, 9,185 (Rabu), dan 9,278 (Selasa).
Daripada jumlah itu, 1,299 pesakit dirawat di hospital di Johor, diikuti Selangor (1,252); Sarawak (1,062); Sabah (991); Kelantan (807); Perak (718); PulauPinang (509); Pahang (379); Kedah (373); Kuala Lumpur (319); Terengganu (291); Negeri Sembilan (233); Melaka (197); Perlis (166); dan Putrajaya (59).
Unit Rawatan Rapi (ICU)
Sementara itu, seramai 900 pesakit sedang dirawat di ICU di seluruh negara, termasuk 488 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selangor mencatat jumlah tertinggi pesakit di ICU iaitu seramai 142 individu; diikuti Sabah (120); Sarawak (105); Perak (89); PulauPinang (78); Kedah (77); Johor (76); Kelantan (70); Kuala Lumpur (42); Pahang (32); Melaka (29); Terengganu (19); Negeri Sembilan (11); Perlis (tujuh); Labuan (dua); dan Putrajaya (satu).
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)
Data 1 Oktober 2021.
Lebih 20.31 juta atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di seluruh negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sejak PICK dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam.
Secara keseluruhan sebanyak 42,276,201 dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu yang turut membabitkan hampir 22.06 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
Semalam sahaja, 115,219 individu dewasa melengkapkan vaksinasi, manakala 15,287 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, bagi PICK Remaja pula, sebanyak 71,779 atau 2.3 peratus daripada penerima berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi, manakala 50.4 peratus atau 1,586,008 lagi menerima sekurang-kurangnya satu doa.
Semalam sahaja 206,739 dos vaksin diberikan membabitkan 19,005 remaja melengkapkan dos kedua, manakala 87,734 menerima dos pertama masing-masing.
Secara keseluruhan, sehingga semalam hampir 44 juta dos vaksin telah diberikan kepada semua penerima yang layak membabitkan 20,389,622 atau 62.4 peratus individu lengkap divaksin, dan 23,645,337 atau 72.4 peratus menerima sekurang-kurangnya dos satu dos.
Semalam sahaja, sebanyak 237,245 dos diberikan membabitkan 134,224 penerima lengkap divaksinasi dan 103,021 menerima satu dos.
Kes baharu
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam turun kepada 11,889 kes berbanding 12,735 yang direkodkan dalam tempoh sama kelmarin.
Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak pandemik melanda negara awal tahun lalu hingga semalam meningkat kepada hampir 2.26 juta kes.
Kadar kebolehjangkitan
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90 dengan tiga negeri mencatat Rt melebihi 1.0.
Melaka mencatat Rt 1.01, diikuti Putrajaya 1.03, dan Perlis 1.04. Negeri dan Wilayah Persekutuan lain mencatat Rt antara 0.83 dan 0.99.
Kluster baharu
Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, 14 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,491 kluster dengan 4,423 telah ditamatkan dan 1,068 masih aktif.
Daripada jumlah kluster baharu itu tujuh membabitkan kluster tempat kerja, enam (komuniti) dan satu kluster keagamaan yang dilaporkan di Hilir Perak melibatkan 29 individu.
Kes sembuh
Dalam tempoh 24 jam itu juga seramai 15,891 pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan kumulatif pulih sejak awal tahun lalu kepada lebih 2.07 juta pesakit.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kematian-turun-5-hari-berturut-turut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Labuan Catat Sifar Kematian 60 Hari Berturut Turut

Labuan Catat Sifar Kematian 60 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 298 hits
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata Kejayaan model kawalan penyakit itu turut didorong kerjasama erat warga Labuan Tiada Kematian Covid 19 dicatakan selama 2 bulan Labuan Labuan merekodkan sifar kematian akibat Covid ...
Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 214 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak COVID 19 di Kementerian Kesihatan hari ini KUALA LUMPUR 24 Sept Jumlah kes sembuh daripada COVID 19 di Malaysia terus mengatasi angka kes ba...
Ditemui Selepas 6 Hari Hilang Di Gunung Remaja Kata Hanya Hilang Beberapa Jam Ada Nenek Bagi Makan

Ditemui Selepas 6 Hari Hilang Di Gunung Remaja Kata Hanya Hilang Beberapa Jam Ada Nenek Bagi Makan

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 263 hits
Seorang pemuda berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sewaktu mendaki Gunung Guntur Garut Jawa Barat Indonesia ditemui selamat selepas 6 hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan Muhammad Gibran Arrasyid telah dilaporkan hilang selama ...
One The Woman Cipta Rekod Peribadi Yumi S Cells Catat Peningkatan Rating

One The Woman Cipta Rekod Peribadi Yumi S Cells Catat Peningkatan Rating

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 318 hits
Slot hari Sabtu menyaksikan pertarungan sengit antara drama drama popular Drama SBS One the Woman antara drama yang terus menunjukkan prestasi baik pada minggu ini Pada 1 Oktober drama lakonan Honey Lee dan Lee Sang Yoon telah The post appe...
Langkawi Catat 113 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

Langkawi Catat 113 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 212 hits
Mukim Kuah mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi dengan 41 kes Foto hiasan Hanya membabitkan penduduk tempatan dan tiada pelancong terbabit Langkawi Pulau ini merekodkan sebanyak 113 kes positif baharu Covid 19 membabitkan penular...
Selangor Kekal Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid 19 Semalam

Selangor Kekal Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid 19 Semalam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 181 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 20 September 2021 Sumber KKM Seramai 301 pesakit Covid 19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam turun 75 kes berbanding 376 kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pada Ahad me...
Video Hari Ni First Time Dapat Order Online Perasaan Bungkus First Order Tuh Hanya Allah Yang Tahu

Video Hari Ni First Time Dapat Order Online Perasaan Bungkus First Order Tuh Hanya Allah Yang Tahu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 201 hits
Membuat sesuatu perniagaan ini perlu ada kesungguhan Waalupun tiada sokongan dari semua orang yang sepatutnya menyokong kita kita harus cekal dan terus berusaha untuk berjaya dalam perniagaan yang kita ceburi Setiap perniagaan ada untung da...
Hanya 1 6 Peratus Kes Hari Ini Kategori 3 4 Dan 5

Hanya 1 6 Peratus Kes Hari Ini Kategori 3 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 128 hits
19 kluster baharu dikesan 13 berkaitan tempat kerja KUALA LUMPUR Hanya 1 6 peratus atau 243 kes daripada 14 954 kes baharu COVID 19 yang dilaporkan hingga 12 tengah hari ini adalah daripada kategori tiga empat dan lima kata Ketua Pengarah K...
Hiburan Berat Badan Naik Hanya 8kg Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu

Hiburan Berat Badan Naik Hanya 8kg Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 199 hits
Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat khabarnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bergelar ibu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ayda sepanjang kehamilan berat badannya hanya naik sebanyak 8 kilogram Dia dalam pada itu turut me...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau