Kematian Mohammad Aimin Cemburu Dipercayai Punca Pergaduhan


Kuantan : Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh dekat sini, yang berakhir dengan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun, Mohammad Aimin Nurul Amin pada Khamis lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata mangsa, yang baru belajar di situ mulai pertengahan Oktober lalu difahamkan mendapat lebih perhatian daripada pasangan suami isteri yang mengusahakan pusat tahfiz berkenaan.
“Mangsa yang merupakan pelajar paling muda di situ juga difahamkan agak mesra dan manja dengan pasangan tersebut sehingga dipercayai menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain yang membawa kepada pergaduhan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Abd Jalil berkata bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh semalam, mengesahkan punca kematian Mohammad Aimin adalah disebabkan trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul.
Beliau memaklumkan tiga pelajar pusat tahfiz berusia 13 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kematian Mohammad Aimin, kini direman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media semalam, melaporkan kematian Mohammad Aimin yang disahkan meninggal dunia sekitar 1.20 tengah hari Khamis, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang di Temerloh.
Mohammad Aimin dibawa ke klinik itu oleh isteri pengusaha pusat tahfiz berkenaan, yang menemui mangsa dalam keadaan lemah di asrama, selepas menyedari mangsa tidak bersama pelajar lain ke masjid bagi menunaikan solat zuhur.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa, yang difahamkan dihantar ke pusat tahfiz itu bersama abang tirinya.
Pusat tahfiz yang terletak di Kampung Kuala Kaung, Lanchang itu difahamkan mula beroperasi sejak awal tahun lepas dan tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan setakat ini mempunyai 14 pelajar, dengan hanya empat daripadanya menetap di asrama.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/09/kematian-mohammad-aimin-cemburu-dipercayai-punca-pergaduhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Pelajar Tahfiz Cemburu Punca Pergaduhan

Kematian Pelajar Tahfiz Cemburu Punca Pergaduhan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 580 hits
Mohammad Aimin dapat lebih perhatian daripada pengusaha tahfizKUANTAN Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang Temerloh dekat sini yang berakhir dengan kematian kanak kanak berusia tujuh...
Cemburu Dipercayai Punca Pergaduhan Yang Akibatkan Pelajar Tahfiz 7 Tahun Maut

Cemburu Dipercayai Punca Pergaduhan Yang Akibatkan Pelajar Tahfiz 7 Tahun Maut

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 639 hits
KUANTAN Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang Temerloh yang berakhir dengan kematian seorang pelajar cilik pusat tahfiz itu yang berusia tujuh tahun Mohammad Aimin Nurul Amin pada Kha...
Dua Remaja Didakwa Bunuh Mohammad Aimin

Dua Remaja Didakwa Bunuh Mohammad Aimin

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 384 hits
Temerloh Dua remaja masing masing berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Mohammad Aimin Nurul Amin 7 yang ditemukan dalam keadaan lemah di sebuah pusat tahfiz di sini Khamis lepas Pertuduhan...
Boleh Sebabkan Kematian Tular Gambar Anjing Kucing Dipercayai Disembur Pewarna

Boleh Sebabkan Kematian Tular Gambar Anjing Kucing Dipercayai Disembur Pewarna

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 453 hits
Kes penganiayaan terhadap haiwan dilihat semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini Apa tidaknya semakin banyak dilaporkan mengenai kes kes menyiksa haiwan peliharaan ataupun haiwan terbiar yang tular di media sosial Sejak kebelakang...
Polis Dedah Punca Sebenar Kematian Guru Wanita

Polis Dedah Punca Sebenar Kematian Guru Wanita

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 439 hits
ALOR SETAR Polis Kedah mendedahkan tiada unsur jenayah dalam kematian guru wanita ditemui dalam keadaan tertiarap atas katil di rumahnya di Kampung Banggol Jeneri Sik petang semalam Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob hasil bedah siasa...
Buat Malu Malaysia Viral Spare Part Mahal Team Motogp Hilang Di Sepang Dipercayai Dicuri

Buat Malu Malaysia Viral Spare Part Mahal Team Motogp Hilang Di Sepang Dipercayai Dicuri

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 464 hits
Persaingan perlumbaan MotoGP bagi musim 2019 telah hampir sampai ke penghujungnya Pasukan pasukan arena permotoran dari serata dunia telah mula berkampung di Sepang semenjak beberapa hari lalu bagi menunggu hari perlumbaan yang bakal berlan...
39 Mayat Ditemui Di Dalam Kontena Dipercayai Warga Vietnam

39 Mayat Ditemui Di Dalam Kontena Dipercayai Warga Vietnam

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 917 hits
SEJUMLAH 39 mayat yang ditemui dalam sebuah kontena sejuk beku di England minggu lepas merupakan warga Vietnam susulan penangkapan tiga lagi individu di Ireland dan Vietnam dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia K...
Mertua Ipar Suka Masuk Campur Rumah Tangga Lelaki Dipercayai Alami Tekanan Melampau Nekad Bunuh Diri

Mertua Ipar Suka Masuk Campur Rumah Tangga Lelaki Dipercayai Alami Tekanan Melampau Nekad Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 699 hits
Untuk mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah Banyak halangan yang perlu kita tempuh Nak berkahwin bukanlah antara hidup kita dengan pasangan sahaja Namun ianya melibatkan seluruh ahli keluarga sebelah perempuan dan lelaki Banyak...
10 Gambar Wanita Tiruan Yang Kejelitaannya Sukar Dipercayai

10 Gambar Wanita Tiruan Yang Kejelitaannya Sukar Dipercayai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1016 hits
10 GAMBAR WANITA TIRUAN YANG KEJELITAANNYA SUKAR DIPERCAYAI Miss Tiffany Universe is not your typical contest looking for the most beautiful girl in the world As I said earlier we had this event seeks to find the most beautiful tr nss xual ...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih