Buat Malu Malaysia Viral Spare Part Mahal Team Motogp Hilang Di Sepang Dipercayai Dicuri
Persaingan perlumbaan MotoGP bagi musim 2019 telah hampir sampai ke penghujungnya. Pasukan-pasukan arena permotoran dari serata dunia telah mula berkampung di Sepang semenjak beberapa hari lalu bagi menunggu hari perlumbaan yang bakal berlangsung esok.
Walau bagaimanapun, kehangatan serta kemeriahan perlumbaan MotoGP yang ditunggu-tunggu khususnya bagi peminat-peminat sukan permotoran tanah air telah dicemari dengan insiden kecurian yang berlaku ke atas beberapa pasukan di Sepang.
Kejadian tersebut sekali gus telah membuatkan imej negara tercalar. MotoGP Mania Malaysia ada berkongsikan mengenai perkara tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
“Kejadian yang memberikan imej negatif”
Ungkapan dari Dato Razlan di sesi sidang media sebentar tadi. Ketika diminta untuk mengulas kejadian kecurian yang berlaku di Litar Sepang, Dato Razlan Razali menyatakan kekecewaan beliau terhadap insiden tersebut.
Turut menambah persedian rapi telah pun dibuat demi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, kawalan sekuriti sudah pun diketatkan dari tahun ke tahun, namun masih ada juga pihak mengambil kesempatan
Kejadian dikatakan belaku pada Jumaat pagi sekitar jam 1 hingga 6 pagi, ketika hujan lebat. Kecurian ini terjadi kepada lebih kurang 5 hingga 6 pasukan, namun jumlah kecurian pasukan Angel Nieto lebih tinggi berbanding pasukan lain.
Gambar: Google
Mengakui senarai barangan yang dicuri sudahpun dikenal pasti, namun jumlah sebenar barangan kecurian masih belum dapat disahihkan.
Ditanya tentang apa yang hendak disampaikan kepada pesalah laku, Dato Razlan berkata, perkara sebegini memberi imej negatif kepada negara. Dato Razlan juga menambah bahawa pencuri seakan tahu apa yang ingin dicuri.
Terdapat banyak lagi barangan berharga, namun barang yang dicuri lebih spesifik kepada barangan jentera seperti brek, suspensi dan barangan lain lagi.
Laporan polis sudahpun dilakukan, dan kes sudah berada dalam siasatan. Semoga pesalah laku dapat dikenal pasti, dan tindakan setimpal diberikan.
Semoga MalaysianGP esok berjalan dengan lancar!
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MotoGP, boleh ikuti page:
@MotoGPManiaMalaysia
@MotortvMY
@MMM Garage
Atau boleh ikuti lamanweb www.motortvmy.com.
Sumber: MotoGP Mania Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/02/buat-malu-malaysia-viral-spare-part-mahal-team-motogp-hilang-di-sepang-dipercayai-dicuri/