Kemaruk Minum Teh Wangi Ros Cap Kipas
KEMARUK MINUM TEH WANGI ROS CAP KIPAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. PUNCANYA PERGI BERAYA. ALAH RAYA TAHUN NI LAAA. AIDILFITRI tau. Datang rumah sedara tu dia hidangkan air teh o. Pulak masa tu hujan. Teh o berasap. Fuhhh. Tunggu juga kot ada jin nak keluar.. dah stand by juga tiga permintaan. Hahaha. Gurau la.
Bau harum lain macam. Adoi. Jakunnya aku. Tanyalah guna teh apa ni. Rupa-rupanya teh cap kipas. Teh wangi ros. Terus cakap dengan en suami, nanti nak belilah. Rasa ok pulak pada tekak. Rasa sedaplah. En suami pun kata sedap. Lagi sedap kalau buat kurang manis. Cuma tulah, teh serbuk ni tak dalam uncang. Eh sebelum lebih jauh.. INI BUKAN REVIEW BERBAYAR YA.
Kalau dah rezeki tak salah alamat. Balik rumah babah, buka almari stok barang kering.. ehhh ada lah sekotak. Alhamdulillah. Rupa-rupanya babah cakap sesekali mama nak minum teh cap kipas ni. Cuma biasanya bila pc balik kampung cuma buat air teh guna teh uncang. Mesti masa tu mood mama tak ada nak minum teh harum ni. Jujur. Terus menitis air mata PC. Maaaaa.. rindu. Sangat-sangat.
Sampailah sekarang. Mama dah berbeza alam dengan kami setahun tujuh bulan. Raya tahun ni baharu kami mula minum teh harum ni. Raya bulan lima kan tahun ni.. dah tujuh bulan la rupanya KEMARUK MINUM TEH WANGI ROS CAP KIPAS. Masa. Alhamdulillah. Fuh tujuh bulan tu diam tak diam. Patutlah bak kata babah, "dah boleh jadi duta teh wangi ros cap kipas ni"... siapa tahukan. Ha, rezeki kalau Allah nak beri.. zassss. Aamiin.
Mungkin ada yang tak suka sebab wanginya. Kalau orang yang tak kisah, insya Allah akan okey sahaja. Alhamdulillah kami okey. Cuma bila nak buat air.. buat manisnya sedang-sedang sahaja ya. Rasa wangi tu bila gabung dengan rasa manis sangat rasa tak tertelan kalau PC la. Manis yang ringan atau tipis je dah okey. Ngam. Tapi kalau buat teh susu memang sedap.
NOTA PC : sampai bosan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2023/12/kemaruk-minum-teh-wangi-ros-cap-kipas.html