Kemalangan Bas Upsi Kronologi Kes Kematian Mangsa Terlibat


Kemalangan bas UPSI yang berlaku awal pagi ini di Jalan Jeli – Gerik, berhampiran Tasik Banding, Perak, mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan ramai yang lain, kebanyakannya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Insiden tragis ini mengejutkan banyak pihak dan mengundang simpati seluruh negara. Ikuti perkembangan terkini kemalangan dan tindakan yang diambil oleh pihak bomba serta penyelamat.
Baca juga: STR Fasa 3 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 2025
Kronologi Kemalangan Bas UPSI Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 1.00 pagi apabila Hospital Gerik menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Hulu Perak berhubung nahas jalan raya melibatkan sebuah bas yang terbalik dan sebuah MPV jenis Perodua Alza.
Difahamkan, bas berkenaan membawa pelajar UPSI dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus mereka di Tanjong Malim selepas bercuti sempena Aidiladha.
Kedua-dua kenderaan terlibat dalam laluan sama dari Jeli, Kelantan ke Gerik sebelum berlaku perlanggaran yang mengakibatkan bas terbalik dan Alza terbabas ke dalam parit.
Jumlah Mangsa & Keadaan Terkini Dalam kemalangan bas UPSI ini, seramai 48 orang mangsa dilaporkan terlibat yang terdiri daripada:
4 mangsa dari Perodua Alza cedera, termasuk seorang patah tangan Setakat 5 pagi tadi, 15 orang disahkan maut (13 meninggal di lokasi, 2 di hospital) 7 mangsa cedera parah 31 orang dari bas mengalami pelbagai kecederaan Pihak bomba melaporkan terdapat mangsa yang berjaya keluar sendiri, ada yang tercampak dari bas, dan beberapa mangsa terperangkap di dalam kenderaan.
Semasa operasi menyelamat, anggota bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas menggunakan peralatan hidraulik untuk mewujudkan ruang kerja.
Enam mangsa ditemui masih berada dalam bas ketika ruang itu dibuka, termasuk empat yang disahkan telah meninggal dunia.
Tindakan Pasukan Penyelamat Operasi menyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk JBPM, APM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak polis. Semua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS, ambulans KKM dan APM.
Mangsa yang meninggal dunia pula telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Baca juga: Pas MyTourist RapidKL : Harga, Diskaun Bas & Tren ‘Unlimited’
Video Kemalangan Bas UPSI Gambar Tempat Kemalangan Waktu Malam

Gambar Tempat Kemalangan Waktu Pagi


Kenyataan Pihak UPSI Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin mengesahkan bahawa majoriti penumpang bas adalah pelajar UPSI.
Mereka semua dikatakan telah berkumpul di Jerteh sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampus masing-masing.
Kredit: Astro Awani Baca juga: Format Baru Isi Nama Untuk Tiket Flight 2025 – MAS & AirAsia
Kemalangan ini merupakan tragedi besar yang menggemparkan komuniti pendidikan negara. Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan pihak berkuasa dijangka akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar insiden ini.
Al-Fatihah buat semua yang terkorban. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
Sumber: Video Community Roda Johor, Cikgu Zahran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kemalangan-bas-upsi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemalangan-bas-upsi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemalangan Bas Upsi Seorang Mangsa Dakwa Dia Terhidu Bau Hangit Sebelum Bas Terhuyung Hayang Dan Terbalik

Kemalangan Bas Upsi Seorang Mangsa Dakwa Dia Terhidu Bau Hangit Sebelum Bas Terhuyung Hayang Dan Terbalik

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 81 hits
GERIK Seorang mangsa kemalangan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris menceritakan dia terhidu bau hangit dan bas terhuyung hayang sebelum terbalik Nur Irdina Yamin Huri 22 penuntut Tahun Dua jurusan Pendidikan Awal K...
Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 125 hits
GERIK Saya nampak mereka meronta ronta ada yang tersepit dan ada yang tiba tiba senyap Waktu itu saya tahu mereka sudah tiada Itu luahan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Aleeya Maisarah Azizzani 21 yang terselamat dalam ke...
Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perodua Alza di Jala...
Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 159 hits
GERIK Sebuah bas persiaran yang hilang kawalan dipercayai menjadi punca nahas tragik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik pada Isnin Ketua Polis Perak Datuk Noor ...
Tular Video Dashcam Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Allah Lajunya

Tular Video Dashcam Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Allah Lajunya

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 105 hits
Terbaru tular video dashcam daripada kereta lain yang memaparkan kejadian semasa kemalangan bas yang membawa pelajar pelajar UPSI Dapat dilihat dalam video tersebut bas berkenaan cuba memotong sebuah kereta di jalan tersebut tetapi hilang k...
Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 121 hits
GERIK Seramai 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat di sini pagi tadi Difahamkan bas UPSI itu dalam p...
Hiburan 15 Maut Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Di Gerik

Hiburan 15 Maut Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Di Gerik

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 133 hits
Melalui laporan terdapat 15 individu telah dilaporkan maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas serta satu kenderaan MPV dan ia berlaku di Jalan Gerik Jeli berhampiran Tasik Banding pada awal pagi Isnin Difahamkan nahas tersebut berl...
Pinjaman Ptptn 15 Mangsa Bas Upsi Dilupuskan Fahmi Fadzil

Pinjaman Ptptn 15 Mangsa Bas Upsi Dilupuskan Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 88 hits
Difahamkan pihak kerajaan meringankan beban waris mangsa tragedi nahas bas melibatkan pelajar pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menghapuskan pinjaman PTPTN yang ditanggung oleh mangsa terlibat Hutang PTPTN dihapuskan Melalui...
Ketika Itu Sangat Kelam Kabut Saya Tercampak Keluar Mangsa Bas Upsi Kongsi Detik Cemas

Ketika Itu Sangat Kelam Kabut Saya Tercampak Keluar Mangsa Bas Upsi Kongsi Detik Cemas

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 79 hits
Kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding bukan sekadar sebuah tragedi Ia meninggalkan trauma mendalam satu luka jiwa yang mungkin takkan pernah sembuh buat mangsa yang tersela...
Paydibs Neo Makes In Store Payments Way Easier

Stay Safe With Galaxy A Series Built In Protection You Can Trust

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia

Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis Mudah

Ayoasia Red Wing Bundle

Beli Dan Blah Di Uniqlo Seremban 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Ketika Iktidal Dan Keutamaan

Kisah Saya Dengan Bank Rakyat

Paper Cup Double Wall Custom Pilihan Ideal Untuk Minuman Panas Sejuk

How Eu Laws Give Patients Better Protection For Cosmetic Surgery In Poland

Iran Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera As Di Qatar

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production