Ketika Itu Sangat Kelam Kabut Saya Tercampak Keluar Mangsa Bas Upsi Kongsi Detik Cemas


Kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, bukan sekadar sebuah tragedi. Ia meninggalkan trauma mendalam satu luka jiwa yang mungkin takkan pernah sembuh buat mangsa yang terselamat dan keluarga yang ditinggalkan.
Abdul Wafiy Kamarudin, 23, ketika berkongsi detik cemas itu dengan Bernama berkata impak kemalangan itu terlalu kuat sehingga dia sendiri tercampak keluar daripada bas dan paling mengerikan apabila badannya turut ditimpa mayat seorang daripada mangsa nahas.

Abdul Wafiy yang juga seorang pelajar semester enam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni berkata dalam keadaan samar di waktu malam, dia yang ketika itu sedang melihat telefon bimbit dapat merasakan bas yang dinaiki bergerak dalam keadaan laju ketika menuruni bukit di jalan berselekoh.
“Pemandu bas ada berhenti seketika untuk memeriksa brek kenderaan sebelum meneruskan perjalanan dan tiba-tiba sekitar jam 1 pagi, bas itu terbalik dan menyebabkan saya tercampak keluar dari tingkap sehingga masuk ke dalam longkang.
“Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut dan saya terperanjat apabila mendapati ada satu mayat berada di atas badan saya. Saya terpaksa mengalihkannya ke tepi untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui semasa mengambil barangan peribadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.
Anak bongsu daripada enam beradik yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu di Terengganu itu bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah tangan dan muka.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa, Mohd Zaki Ismail berkata anaknya Rohadatul Aisy, 21, ada menghubunginya sekitar pukul 3 pagi dan memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan itu.
“Ketika itu dia (Rohadatul Aisy) beritahu keadaannya tidak boleh bergerak sebab sakit leher dan pinggang sehingga ada kawan yang bantu bawa dia keluar dari bas itu.
“Saya terus bertolak dari Kampung Gong Badang, Besut, Terengganu jam 8 pagi dan setibanya di Hospital Gerik saya dapati anak patah tulang pinggul,” katanya.
Beliau berkata anaknya ketika ini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Besut, manakala dia dan isterinya Norliza Ghazali pula sedang dalam proses mengambil barangan peribadi di IPD Gerik.
Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
Sumber: Bernama & Harian Metro
The post “Ketika Itu Sangat Kelam-Kabut, Saya Tercampak Keluar…” Mangsa Bas UPSI Kongsi Detik Cemas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ketika-itu-sangat-kelam-kabut-saya-tercampak-keluar-mangsa-bas-upsi-kongsi-detik-cemas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alza Dilanggar Bas Pelajar Upsi Isteri Ustaz Lutfi Patah Tulang Rusuk Anak 2 Tahun Tercampak Keluar

Alza Dilanggar Bas Pelajar Upsi Isteri Ustaz Lutfi Patah Tulang Rusuk Anak 2 Tahun Tercampak Keluar

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 91 hits
Sebuah insiden ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berlaku pagi Isnin di Jalan Raya Timur Barat apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza yang dipandu oleh seorang guru Pendidikan Islam Moh...
Coretan Meruntun Jiwa Doktor Kongsi Pengalaman Urus Mangsa Tragedi Bas Upsi

Coretan Meruntun Jiwa Doktor Kongsi Pengalaman Urus Mangsa Tragedi Bas Upsi

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 66 hits
Pastinya kala ini naluri rakyat Malaysia sebak melihat begitu ramai pelajar menjadi mangsa nahas ngeri bas yang membawa pelajar UPSI Sementara itu perkongsian tular di media sosial satu perkongsian daripada doktor Dr Muhammad Adam B Muskhan...
Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 100 hits
Nahas yang membabitkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik Perak baru baru ini mengejutkan seluruh negara Salah seorang mangsa yang terselamat Nurul Yusrina Yusof detik getir selepas berlakunya kemalangan yang mer...
Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 138 hits
GERIK Kemalangan tragis yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kejadian di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik di sini pasti meninggalkan kesan trauma kepada mangsa yang terselamat Abdul W...
Kemalangan Bas Upsi Seorang Mangsa Dakwa Dia Terhidu Bau Hangit Sebelum Bas Terhuyung Hayang Dan Terbalik

Kemalangan Bas Upsi Seorang Mangsa Dakwa Dia Terhidu Bau Hangit Sebelum Bas Terhuyung Hayang Dan Terbalik

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 75 hits
GERIK Seorang mangsa kemalangan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris menceritakan dia terhidu bau hangit dan bas terhuyung hayang sebelum terbalik Nur Irdina Yamin Huri 22 penuntut Tahun Dua jurusan Pendidikan Awal K...
Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 95 hits
Awal pagi tadi seramai 28 penumpang termasuk 20 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah berdepan dengan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar belakang treler di Lebuhraya Pantai Timur Dalam kejadian p
Kemalangan Bas Upsi Kronologi Kes Kematian Mangsa Terlibat

Kemalangan Bas Upsi Kronologi Kes Kematian Mangsa Terlibat

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 118 hits
Kemalangan bas UPSI yang berlaku awal pagi ini di Jalan Jeli Gerik berhampiran Tasik Banding Perak mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan ramai yang lain kebanyakannya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Insiden tragis ini mengejutka...
Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perodua Alza di Jala...
Kalau Tiba Tiba Lumpuh Macam Mana Atikah Suhaime Kongsi Detik Cemas Sebelum Terima Epidural

Kalau Tiba Tiba Lumpuh Macam Mana Atikah Suhaime Kongsi Detik Cemas Sebelum Terima Epidural

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 104 hits
Buat pertama kali secara terbuka pelakon dan usahawan Datin Atikah Suhaime mendedahkan pengalaman penuh emosi saat melahirkan cahaya mata pertamanya Lyla Mulan Teh menerusi episod sulung Podcast Pa Ma Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lok...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa