Kemakmuran Bersama Singkirkan Sekolah Vernakular Dari Sistem Pendidikan Negara


Mahu kemakmuran bersama? Singkir dasar berasaskan kaum, kata ahli ekonomi
PETALING JAYA: Jika kerajaan benar-benar berniat mahu mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, ia mesti dimulakan dengan menyingkirkan dasar berasaskan kaum, kata seorang ahli ekonomi dan bekas penjawat awam.

Ramon Navaratnam, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, dasar perlindungan berasaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan mengakibatkan banyak penghijrahan cendekiawan, malah ramai orang telah meninggalkan Malaysia untuk mencari peluang lebih baik.

Katanya kepada FMT, bakat tempatan tiada insentif untuk bekerja di sini dan ini menunjukkan kelemahan struktur.

“Layan semua orang dengan adil, itu pengajaran kita dapat daripada Covid-19. Tolong orang miskin tanpa mengira kaum. Tetapi apabila anda lihat jiran anda yang hanya punyai separuh kelayakan anda diberi keutamaan mendapat pekerjaan, mana insentif untuk bersaing?
Ramon Navaratnam.

“Di mana insentif untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran dan seterusnya pertumbuhan ekonomi dan kapasiti untuk mengagihkan kekayaan?” soal beliau.

Sektor perkhidmatan awam katanya, terdiri daripada 90% orang Melayu, sementara hanya dua daripada 25 ketua setiausaha kementerian adalah orang bukan Melayu.

Beliau berkata, pada zaman beliau berada dalam sektor berkenaan, terdapat empat penjawat awam Melayu bagi setiap penjawat awam bukan Melayu.

Kuota kaum pada ketika itu pada kadar minimum tambahnya, dan ini membantu menarik bakat-bakat besar.

“Tak perlu banding dengan negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom atau Amerika Syarikat. Banding sahaja dengan jiran kita seperti Thailand, Vietnam dan Singapura.

“Jika bersikap jujur, kita akan lihat kelemahan yang kita cipta untuk diri kita sendiri dan lebih teruk lagi, kita tak bersedia untuk berubah. Kita negara yang mempunyai banyak sumber, disebabkan itu, walaupun kita banyak kelemahan, kita masih boleh bertahan.

“Tetapi akan sampai waktu di mana, jika kita tidak berubah, kita takkan dapat kekal begitu. Kita bukan negara yang gagal, tetapi kita menuju ke arah itu,” kata Ramon.

Beliau menegaskan, DEB berguna ketika ia diwujudkan, namun manipulasi dan “penyelewangan” oleh pihak-pihak tertentu lambat laun menyebabkan perpecahan dan memperlahankan kemajuan negara.

Kata beliau lagi, pendidikan menjadi kunci kepada kemajuan atau kemerosotan Malaysia, sambil menambah bahawa kemakmuran bersama bukan hanya tentang mengenakan cukai melampau ke atas orang kaya untuk memberi kepada orang miskin.

Semua orang perlu mendapat peluang dan akses yang sama kepada pendidikan untuk membolehkan mereka maju dalam kehidupan, katanya.

Malaysia pernah mendapat pencapaian tinggi dalam PISA dan terkenal dengan kemampuan Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, tambahnya.

“Ia perlu menjadi tentang peluang setara, bukan hasil setara. Kemakmuran bersama bagi saya, hanya slogan yang gah. DEB turut diasaskan atas dasar kemakmuran bersama.

“Ia mesti dibahagikan mengikut kemampuan, mengikut pemberian peluang. Anda tidak beri ikan kepada seseorang selama-lamanya, anda berikan dia joran.

“Tetapi perlu pastikan sesiapa yang boleh guna joran akan mendapatnya. Jangan hanya beri joran kepada segelintir tetapi nafikan hak yang lain,” katanya. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/kemakmuran-bersamasingkirkan-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni Ambilan Tahun 2022

Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni Ambilan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 384 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA PROGRAM PENDIDIKAN SENI AMBILAN TAHUN 2022 Penubuhan Sekolah Seni Malaysia adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan pendidikan kesenian dengan m...
Malangnya Dasar Pendidikan Negara

Malangnya Dasar Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 301 hits
Malang jika kerajaan tak berani pertahan Dasar Pendidikan Pelik Sudahlah tidak mahu berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan tetapi mahu pula menuntut keistimewaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu dalam permohonan ke ins...
Kpm Kpt Perlu Bentang Situasi Pendidikan Di Parlimen Dr Maszlee Jangan Main Hentam Saja Nak Buka Sekolah

Kpm Kpt Perlu Bentang Situasi Pendidikan Di Parlimen Dr Maszlee Jangan Main Hentam Saja Nak Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 221 hits
By KUALA LUMPUR Rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan kerana Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi ketika ini dilihat hilang arah serta hala tuju dalam menguruskan sistem pendidikan negara Jawatankuasa Pendidikan P...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 627 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Sistem E Tanah Diguna Pakai Seluruh Negara Pada 2024 Pm Muhyiddin

Sistem E Tanah Diguna Pakai Seluruh Negara Pada 2024 Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 158 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Kerajaan sedang memperluaskan sistem pentadbiran tanah secara eletronik ke seluruh negara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem e Tanah dijangka selesai dibangunkan di sem...
Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 869 hits
KATA ALU ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2021 boleh dimuat turun melalui pautan berikut terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubi...
Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 199 hits
July 20 2021 Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Sumber Pejabat Pegua...
Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR PAS memandang serius keputusan Jemaah Menteri Malaysia untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad menegaskan TH merupakan institusi umat Islam yang...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid