Kemahiran Asas Untuk Mereka Yang Ingin Menjadi Seorang Freelancer


Macam mana sebenarnya kehidupan sebagai seorang freelancer?
 
Saya nak berkongsi cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bekerja sebagai seorang freelancer. Sebenarnya sebelum saya bekerja secara freelance, atau menjadi pekerja bebas ini, saya juga pernah bekerja dengan majikan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
 
 
Kemudian saya berhenti kerja, dan mulakan bisnes kedai runcit saya sendiri. Setelah pengurusan kedai runcit saya serahkan kepada orang lain, saya mula serius buat kerja-kerja secara freelance.
 
Sampailah ke hari ini.
 
Kalau dalam bahasa mudahnya, saya ini bekerja sendiri. Andai kita rujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki, saya ini dikira berada dalam kuadran Self Employed.

Siapa yang minat baca buku-buku tentang kewangan, mungkin pernah baca buku tulisan beliau.
 
Kerja sebagai freelancer atau freelance ni, lebih kurang samalah macam orang kampung yang kerja sendiri. Bila kita tanya, awk kerja apa? Dia akan kata buat kerja-kerja kampung.
 
Lebih kurang sama je la…
 
Cuma sekarang ini, istilah kerja freelance ni lebih banyak dirujuk kepada kerja-kerja yang melibatkan kerja-kerja yang agak moden, misalnya seperti model, pelakon tambahan, penulis skrip, penulis, pereka grafik dan sebagainya.

 
Tak apalah, saya tak nak sentuh dan bincangkan dengan begitu mendalam tentang konsep kerja freelance ni, sebabnya saya bukannya nak hasilkan penulisan akademik atau jurnal. Jadi saya tulis sekadar untuk memberikan anda sedikit kefahaman sahaja.
 
Saya berpendapat, semua orang boleh jadi seorang freelancer. Asalkan anda memiliki skil yang diperlukan oleh majikan atau mana-mana pemilik perniagaan, anda boleh mula tawarkan perkhidmatan dan bekerja secara bebas.
 
Kelebihannya ialah, anda tak perlu nak bekerja secara part time dalam satu jadual yang tetap. Bila anda rasa ada keperluan untuk buat kerja secara freelance, waktu tu barulah anda dapatkan job yang sesuai dengan kemahiran yang anda ada.
 
Untuk jadi seorang freelancer, saya ingin kongsikan antara basic skill yang anda perlu kuasai untuk survive dalam bidang ini. Ini merupakan perkara asas yang anda perlu kuasai.
 
In Shaa Allah kalau boleh faham apa yang saya kongsikan disini, dan anda juga boleh ikut nasihat disini, anda juga boleh bertahan lama dalam bidang ini.
 
(1) Skil berkaitan dengan bidang kerja Pertama sekali, anda kena kuasai semua skil yang berkaitan dengan bidang kerja anda. Ya, SEMUA. Bukan sekadar perlu tahu, sebaliknya kena kuasai.
 
Tanggungjawab untuk tingkatkan kemahiran diri sepenuhnya terletak pada diri anda. Terpulang pada anda, sama ada nak belajar sendiri melalui pengalaman, belajar melalui panduan ataupun sertai kelas-kelas tertentu untuk kuasai kemahiran.
 
Anda akan dilihat dan dinilai sebagai seorang freelancer yang pakar dan layak menerima bayaran yang tinggi sekiranya anda mempunyai banyak kemahiran yang relevan dengan bidang anda. Konsep dia lebih kurang sama macam kita bekerja dengan orang.
 
Bila kita dah lama kerja, kita dah kuasai banyak kemahiran, waktu tu bidang kerja kita makin luas dan selalunya akan ada kenaikkan gaji.
 
(2) Skil menjual Apabila anda sudah menguasai semua skil yang berkaitan dengan bidang kerja anda, seterusnya anda perlu tahu macam mana nak jual perkhidmatan tersebut.
 
Kerja freelance ni sedikit sebanyak kita perlu ada kemahiran menjual. Salah satu buku yang saya boleh cadangkan untuk anda cari berkaitan dengan menjual adalah buku tulisan Brian Tracy yang berjudul The Psychology of Selling – Psikologi Menjual.
 
Dalam tu sudah cukup banyak informasi yang boleh membuka minda dan menjadikan anda seorang yang berkeyakinan untuk menjadi seorang jurujual.
 
Bila bercakap tentang skil menjual ini, saya nak syorkan selain anda fokus untuk jual perkhidmatan yang anda tawarkan, anda cuba juga belajar untuk jual barang-barang lain yang tak mengganggu masa kerja anda.
 
Rasionalnya begini. Kadang-kadang ada masa dimana kita tak dapat job. Pada waktu tu pendapatan kita akan jatuh sampai ke tahap tak ada langsung.
 
Sebaliknya kalau kita ada back up daripada pendapatan hasil buat kerja-kerja jualan, setidak-tidaknya pendapatan kita tak terputus terus. Andai kata situasi lebih baik, yang mana anda berjaya dapat pendapatan dari kedua-dua sumber, itu juga lagi bagus.
 
Pertimbangkan untuk menjual menggunakan platform shopee.

Konsep menjual di Shopee lebih kepada buat listing iklan dan tinggal. Kalau ada orang minat nak beli dan dah buat tempahan, baru uruskan. Rasa minat nak ketahui dengan lebih lanjut? Download panduan bisnes Shopee disini.
 
(3) Skil pengurusan masa Berapa banyak job yang anda patut terima dalam satu-satu masa bertitik tolak daripada skil ini. Kalau anda bijak dalam mengurus masa, maka anda boleh terima banyak job dalam satu masa.
 
Berapa banyak job? Mungkin dalam seminggu anda boleh siapkan 4 job. Sebaliknya kalau pengurusan masa anda out, sebulan satu job pun mungkin agak susah nak disiapkan.
 
Pada tahap ini, anda perlu mempunyai standard operating procedure supaya kerja-kerja anda lebih tersusun dan boleh disiapkan mengikut masa yang disasarkan.
 
(4) Skil berkaitan manusia Skil berkaitan dengan manusia ni penting, apabila kita mengharapkan untuk sentiasa dapat job baru dan juga job berulang dari pelanggan yang sama. Sebenarnya untuk dapatkan tempahan berulang dari pelanggan atau klien yang pernah dapatkan servis kita adalah lebih mudah, kalau nak bandingkan dengan sentiasa kena cari pelanggan baru.
 
Salah satu penanda aras untuk kita nilai diri sendiri, sama ada servis yang kita berikan itu bagus atau tidak adalah dengan adanya repeat order. Kalau pelanggan sebelum ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan, sudah tentu dia akan datang semula untuk berikan kita tugasan yang baru.

(5) Belajar skil baru yang boleh menaikkan mutu kerja Perkara ini pun anda perlu ambil serius. Ketika baru bermula menawarkan perkhidmatan sebagai seorang freelancer, anda mungkin tawarkan perkhidmatan anda dengan kadar upah RM50 untuk satu kerja.
 
Persoalannya ialah, macam mana nak naikkan kadar upah dari RM50 kepada RM100? Kalau anda masih lagi buat kerja cara yang sama, dengan kualiti yang sama, pasti klien akan mempertikaikan kadar harga yang baru.
 
Sebaliknya kalau anda boleh justify kenapa perlu ada kenaikkan harga, iaitu disebabkan ada banyak nilai tambah disitu, maka tak menjadi masalah untuk anda naikkan harga. At least ia sepadan dengan mutu dan kualiti kerja yang anda tawarkan.
 
Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang penulis blog, anda kuasai juga kemahiran ambil gambar, merakam dan mengambil video, mereka grafik, membina laman web dan sebagainya.
 
Baiklah ini secara ringkas, perkongsian saya tentang tips survival jika ingin jadi seorang freelancer. Semoga bermanfaat kepada anda.
 
 
The post Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/menjadi-seorang-freelancer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Ingin Menjadi Seperti Uwais Al Qarani

Aku Ingin Menjadi Seperti Uwais Al Qarani

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 444 hits
AKU INGIN MENJADI SEPERTI UWAIS AL QARANI Dalam mencari keredhaan Allah kita kadangkala di uji dan di uji dengan hati Apakah yang kita mahu sebenar dalam kehidupan kita Kemasyuran sehingga nama kita meniti setiap bibir bibir manusia atau ti...
Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

Adakah Ini Balasan Allah Swt Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 377 hits
Adakah Ini Balasan Allah SWT Terhadap Bumi Israel Mereka Telah Diberi Amaran Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk
Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 351 hits
Gambar Berita HarianSeorang lelaki berusia telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah pada jam 11 pagi kerana didapati tidak berpuasa Lelaki itu ditahan ketika sedang menikmati nasi goreng bersama minuman teh ais dan cuba mel...
Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 315 hits
Malaysia kini boleh dikatakan sedang bergerak terus untuk memastikan semua negeri negerinya mempunyai sokongan sambungan internet yang pantas tetapi nampaknya Pulau Pinang dilihat mara selangkah lebih jauh dan ingin memastikan negeri terseb...
Celcom Dan Digi Sah Bergabung Menjadi Penawar Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Menjadi Penawar Telekomunikasi Terbesar Malaysia

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 428 hits
Bermula dengan ura ura nampaknya rundingan diantara syarikat induk Celcom dan Digi berjaya mencapai kata sepakat apabila Axiata Group Sdn Bhd dan Telenor ASA mengumumkan yang mereka akan menggabungkan perkhidmatan telekomunikasidi rantau As...
Kenapa Ptmp Melencong Menjadi Pimp

Kenapa Ptmp Melencong Menjadi Pimp

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 281 hits
Jom Ikuti ulasan saudara mengenai PTMP bagaimana dan Kenapa PTMP dikatakan melencong menjadi PIMP Penang Infrastructure Master Plan
Disamping Berusaha Doa Menjadi Penyeri Hidup Muslim 9368

Disamping Berusaha Doa Menjadi Penyeri Hidup Muslim 9368

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 471 hits
Keajaiban Persalinanby SETELAH kita mengetahui sedikit tentang apa yang dialami semasa berada dalam rahim ibu maka selayaknya kita merenung dalam dalam Lihatlah kepada diri senidiri lalu renungkanlah Siapakah yang menciptakan diri kita deng...
Kejutan Bayi Kembar Tak Menjadi Isteri Aliff Syukri Alami Pendarahan

Kejutan Bayi Kembar Tak Menjadi Isteri Aliff Syukri Alami Pendarahan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 305 hits
Niat Datuk Aliff Syukri untuk memberi kejutan kepada semua peminat dan followers akhirnya terkubur apabila isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan yang memberi risiko kepada kandungannya B...
Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 569 hits
Tweet oleh Donald Trump pada Ahad lalu telah mengubah segala galanya dan di tengah tengah perhatian pelabur kemungkinan akan berlaku gangguan terhadap perjanjian di antara Amerika Syarikat dan China dan akibatnya peningkatan konflik perdaga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat