Aku Ingin Menjadi Seperti Uwais Al Qarani


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
AKU INGIN MENJADI SEPERTI UWAIS AL-QARANI | Dalam mencari keredhaan Allah kita kadangkala di uji dan di uji dengan hati. Apakah yang kita mahu sebenar dalam kehidupan kita? Kemasyuran sehingga nama kita meniti setiap bibir-bibir manusia atau tidak dikenali langsung oleh orang? Yang mana menjadi pilihan kita?

Ada insan terkenal ketika hidup, ada insan terkenal selepas dia meninggal dunia dan ada insan memiliki kedua-duanya.


Aku ingin menjadi seperti Uwais al-Qarani
Tahukah kita siapa Uwais al- Qarani? Seorang tabiin yang ketika hidupnya di zaman Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun beliau tidak sempat bertemu Rasulullah shallallahu alaihi wassalam kerana ketika dipertengahan perjalanan ingin bertemu Baginda shallallahu'alaihi wasallam, bondanya sakit. Beliau menggambil keputusan untuk pulang demi seorang ibu.


Kenapa beliau menjadi terkenal?  Beliau menjadi terkenal kerana beliau meraikan ibunya dan beliau tidak dapat bertemu dengan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun Baginda shallallahu'alaihi wasallam mengiktiraf beliau sebagai seorang yang makbul doanya.


Beliau bukan orang kaya, bukan pahlawan, bukan pedagang malah beliau hanya orang miskin. Kerja beliau mengangkat barang dagangan, mengambil upah menjaga kambing kerana beliau tidak mahu dikenali apabila beliau tahu yang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam berkata doanya makbul. Allahuakbar.

Sebagaimana dalam kisah Uwais Al-Qarani dalam Shahih Muslim (no 2542), bahawa Umar radhiyallahu’anhu berkata; Saya mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

يأتي عليكم أويس بن عامر مع أمداد أهل اليمن من مراد ثم من قرن كان به برص فبرأ منه إلا موضع درهم له والدة هو بها بر لو أقسم على الله لأبره فإن استطعت أن يستغفر لك فافعل فاستغفر لي فاستغفر له
Ertinya: “Akan datang padamu semua seorang bernama Uwais bin ‘Amir beserta sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, dia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit supak lalu sembuh dari penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu yang dia amat berbakti padanya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu -dengan sebab amat berbaktinya terhadap ibunya itu-. Maka jikalau engkau kuasa meminta padanya agar ia memintakan pengampunan -kepada Allah- untukmu, maka lakukanlah itu!” Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan kepada Allah -untukku. Uwais lalu memohonkan pengampunan untuk Umar”.

Jika kita hari ini, apa kah kita akan buat jika kita tahu dan maklum doa kita makbul apatah lagi orang yang memberi pengiktirafan itu bukan orang sebarangan tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang mana kata-kata baginda adalah benar. Sudah tentu kita mahu dikenali. Jauh beza iman kita dengan Uwais al-Qarani.

Manusia yang popular di langit Beliau terkenal di atas langit namun di bumi, dia tidak terkenal malah dia tidak pernah mem"promosi"kan diri untuk dikenali kerana beliau takut dengan pengiktirafan itu. Dan beliau telah memilih untuk menjadi tidak terkenal. Memilih! Malunya kita dengan Uwais al-Qarani. Mampukah kita menjadi seperti beliau?

Uwais al-Qarani berjaya menjadi orang yang hebat malah beliau berjaya membuktikan, kelebihan itu tidak berjaya melumpuhkan imannya.

Dalam al-Quran surah Al-Araf, Ayat 155, Allah berfirman: Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

Hebat tabiin yang bernama Uwais al-Qarani. Ya Allah, jadilah aku seperti Uwais al-Qarani.

Yang tidak popular di dunia, biar tiada yang mengenali ku di dunia, agar aku menjadi sebutan oleh para makhluk di langit...

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Kesimpulan
Berusahalah kita menjaga iman kita seperti mana Uwais yang menjaga imannya supaya tidak leka dengan kelebihan yang dia ada.  Biar tidak menjadi sebutan di dunia tetapi menjadi sebutan oleh penghuni langit iaitu malaikat Allah. Berusahalah untuk lindungi diri menjadi sebutan orang kerana untuk melindungi dari sifat riak, ujub dan takbur. Berbaktilah kepada ibu ayah sedaya mu kerana itu meningkatkan darjat mu di akhirat sana. Seperti mana Uwais yang mengutamakan ibunya menjadikan dia seorang yang diangkat Rasulullah S.A.W sebagai seorang yang dimakbulkan doanya. 

Semoga kisah Uwais al-Qarani menjadi iktibar buat kita. Selamat hari ibu... Hari-hari hari ibu... I love you mom for every seconds...

Kredit gambar: Google images 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/05/aku-ingin-menjadi-seperti-uwais-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Mo Ibrahim Ingin Jadi Ilmuwan Malah Menjadi Miliarder

Kisah Mo Ibrahim Ingin Jadi Ilmuwan Malah Menjadi Miliarder

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 278 hits
Miliarder Mo Ibrahim kelahiran Sudan mengaku bercita cita menjadi ilmuwan Idolanya adalah Marie Curie dan Albert Einstein Sejak usia dini dia menyebut tidak percaya pebisnis karena memandang mereka penipu dan terlibat aktivitas aktivitas ga...
Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

Pulau Pinang Ingin Menjadi Negeri Pertama Dengan Sokongan Penuh Internet Gigabit Amanz

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 339 hits
Malaysia kini boleh dikatakan sedang bergerak terus untuk memastikan semua negeri negerinya mempunyai sokongan sambungan internet yang pantas tetapi nampaknya Pulau Pinang dilihat mara selangkah lebih jauh dan ingin memastikan negeri terseb...
Huawei Menyasarkan Menjadi Pengeluar Komputer Lima Teratas Menjelang 2021

Huawei Menyasarkan Menjadi Pengeluar Komputer Lima Teratas Menjelang 2021

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 315 hits
Huawei sedia mengumumkan sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar terkemuka dunia dalam masa setahun dua lagi Menariknya selain daripada telefon pintar pihak Huawei kini turut dilaporkan menyasarkan untuk menjadi pengeluar komp...
Bekas Pengetua Gesa Kembalikan Sekolah Seperti Era 70 An

Bekas Pengetua Gesa Kembalikan Sekolah Seperti Era 70 An

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 242 hits
V Chakaravathy menjadi perhatian selepas bercakap dalam forum mengenai sistem pendidikan yang dihadiri Menteri Pendidikan Maszlee Malik PETALING JAYA Bekas pengetua V Chakaravathy yang menjadi perhatian selepas bercakap dalam forum mengenai...
Keuntungan Menjadi Anggota Koperasi Simpan Pinjam

Keuntungan Menjadi Anggota Koperasi Simpan Pinjam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 245 hits
Koperasi simpan pinjam adalah salah satu dari banyaknya jenis koperasi yang ada sangat mudah untuk anda temukan keberadaannya Dalam hal ini koperasi simpan pinjam juga merupakan salah satu jenis koperasi yang memiliki peranan yang cukup bes...
Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan Bukan Rm1 000 Seperti Yang Diharapkan

Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan Bukan Rm1 000 Seperti Yang Diharapkan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 791 hits
Sebelum ini CUEPACS ada memohon sebanyak RM1 000 untuk Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam manaka RM500 untuk pejawat awam yang sudah pencen BACA Namun harapan itu semua musnah apabila kerajaan hari...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Sambal Ikan Bilis Lembut

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan