Kem Umno Zahid Rancang Beberapa Siri Prn Sebelum Pertembungan Akhir Pru15



(Malaysia Now) – Kem Umno yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang sekurang-kurangnya tiga lagi pilihan raya negeri (PRN) dengan harapan dapat mengembalikan semula pengaruh kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum menamatkannya dengan “pertembungan akhir” dalam bentuk pilihan raya umum (PRU) pada Julai, MalaysiaNow difahamkan.
Satu sumber rapat dengan kem Zahid berkata rancangan itu bakal menyaksikan PRN diadakan di Perlis, Kedah dan Perak.
“Selepas Johor, terdapat usaha gigih untuk mencetuskan PRN di Perak pula,” kata pemimpin Umno itu kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.
Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat kenyataan paling tegas terhadap Umno sejak kedua-dua parti Melayu terbesar itu berdamai pada 2019 dengan termeterainya Muafakat Nasional (MN).
MN merupakan sebuah piagam kerjasama bersejarah di mana kedua-dua parti itu menamatkan perseteruan politik yang mewarnai politik Melayu sejak beberapa dekad lalu.
Kenyataan Hadi itu dilihat sebagai isyarat beliau tidak akan tunduk kepada gesaan segelintir pemimpin pro-Umno dalam PAS yang selesa bekerjasama dengan Zahid.
Presiden parti yang memiliki pengaruh besar terhadap penyokong PAS di seluruh negara itu dilihat menjarakkan partinya dari Umno selepas mereka memilih untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.
Selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, sokongan PAS diberikan kepada Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri.
Parti itu juga turut merasmikan kerjasama mereka itu dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin presiden Bersatu itu, selain turut menolak percubaan sekelompok ahli Parlimen Umno yang bersekutu dengan Zahid dan Najib Razak untuk menumbangkan pentadbiran Muhyiddin.
Sumber yang bercakap kepada MalaysiaNow mengesahkan dakwaan Hadi semalam bahawa sekumpulan pemimpin Umno dikenali sebagai “kluster mahkamah” menjadi dalang dalam mencetuskan beberapa PRN sebelum ini.
“Umno sedar PRN yang diadakan ketika orang ramai mempunyai pelbagai perkara untuk difikirkan selepas dua tahun hidup dalam pandemik adalah waktu terbaik untuk mengukuhkan kuasa di peringkat negeri sebelum PRU,” tambah sumber itu.
Sementara seorang lagi sumber dari kem anti-Zahid dalam Umno bagaimanapun berkata, masa sudah tidak lagi menyebelahi presiden parti itu, yang kini sedang berdepan kemungkinan disabitkan kesalahan rasuah sama seperti bekas bosnya Najib.
“Masanya adalah sekarang, sebelum mandat lima tahun tamat. Negeri-negeri itu mesti kembali kepada Umno sebelum pertembungan pada peringkat akhir,” kata ahli Parlimen itu.
Beliau berkata, keadaan yang seakan menyebelahi Umno ketika ini bukan kerana wujudnya peningkatan sokongan terhadap parti itu, sebaliknya ia berpunca daripada sikap kurang minat dalam kalangan pengundi dalam pilihan raya selain PRU.
“Melaka sudah menunjukkan Umno tidak mendapat undi yang mereka hilang sebelum ini, sebaliknya Melayu yang mengundi PH memindahkan sokongan mereka kepada Bersatu di bawah PN.
“Inilah masa di mana deposit tetap undi Umno akan keluar mengundi dan pada masa yang sama ramai yang lain tidak akan keluar mengundi seperti apa yang berlaku pada PRN Melaka. Tiada masa lain yang sesuai untuk rampas kuasa selain sekarang,” katanya.
“PRU akan jadi pertembungan peringkat akhir, selepas Umno menyelesaikan usaha mereka untuk kembali berkuasa di semua negeri yang sama ada mereka kalah atau terpaksa berkongsi kuasa,” kata sumber itu lagi.
Semalam, Hadi turut mengatakan beliau mengetahui mengapa sekumpulan pemimpin Umno mahu mencetuskan PRN, bahkan beliau turut memberi amaran kekuatan akar umbi PAS bersedia untuk melawan “strategi” sedemikian.
“Kita tahu strategi di Melaka, akan dibuat sama juga di Johor. Strategi tak lebih daripada menggunakan undi-undi teras Umno.
“Peratus keluar undi (di Melaka) adalah 60%. Undi atas pagar tak keluar habis, undi muda tak keluar habis,” kata Hadi.
Ini merupakan pertama kali dalam sejarah terlalu banyak PRN dilaksanakan di luar PRU.
Sejak 2020, tiga negeri – Sabah, Melaka dan Sarawak – melaksanakan PRN, sementara tarikh PRN Johor dijangka akan diumumkan tidak lama lagi susulan pembubaran DUN pada 22 Januari lalu.
Sumber juga berkata tujuan utama rancangan itu dijalankan bukan sahaja bertujuan untuk menunjukkan “Umno sudah kembali”, bahkan untuk menetapkan momentum bagi mendapatkan kuasa “sepenuhnya” di peringkat persekutuan.
“Selepas banyak negeri dikuasai, barulah mudah bagi Umno untuk kembali menguasai Putrajaya tanpa perlu berkongsi kuasa dengan orang-orang yang menyebabkan kami tersungkur,” kata sumber dalaman Umno Pahang itu merujuk kepada peranan Bersatu dalam menumbangkan kerajaan diketuai Umno pada 2018.
Dalam PRU tersebut, pemimpin Umno yang menentang perdana menteri pada ketika itu Najib Razak ekoran penglibatannya dalam skandal 1MDB menubuhkan Bersatu.
Bersatu menyebabkan sebahagian deposit undi tetap Umno beralih kepadanya sekali gus menumbangkan kerajaan enam dekad Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.
Bagaimanapun, difahamkan walaupun Umno sudah mengerakkan usaha bagi membubarkan DUN Perak dan Perlis, namun tindakan sedemikian di Kedah akan menentukan hala tuju jalinan hubungan antara PAS dengan parti Melayu itu.
Di Kedah, PAS memimpin negeri dengan sokongan Umno dan Bersatu.
“Sebarang langkah untuk mengganggu kestabilan kerajaan Kedah akan berdepan kecaman besar daripada penyokong PAS, ia juga akan menjadi kubur kepada Muafakat,” kata sumber dari Umno Pahang itu lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/29/kem-umno-zahid-rancang-beberapa-siri-prn-sebelum-pertembungan-akhir-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 169 hits
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi diarah membela diri atas 47 pertuduhan kes rasuah pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengannya Hak...
Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com24 1 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahnya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Gambar A...
Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 367 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012 iaitu dua tahun sebelum PRU 14 saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul tetapi masalahnya adalah pemimpin pemimpinnya Untuk p...
Umno Sebelum Dan Selepas Prn Diistiharkan Mana Satu Pendirian Umno

Umno Sebelum Dan Selepas Prn Diistiharkan Mana Satu Pendirian Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 206 hits
UMNO dan PAS memang berfikiran bersikap berhujah terbalik Sebelum peristiharan mana PRN umno cukup galak nak berkasih sambung semula MN dengan PAS sebaliknya PAS liar dan enggan berpegang tangan Berbeza apabila peristiharan PRN diumumkan Ti...
Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 209 hits
freemalaysiatoday com February 1 2022 6 45 PMKehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada PRN Johor akan menjadi penentu kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PETALING JAYA Kehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada pilih...
Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 216 hits
Walau apa pun alasan serta tujuan PRN Johor diadakan matlamat besarnya tidak lain ialah untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU15 akan datang Untuk itu oleh kerana PRN Johor boleh dianggap sebagai reahersal atau raptai sebelum ketibaan PRU...
Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 216 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Prn Johor Kerana Pertembungan Politik Dalam Umno

Prn Johor Kerana Pertembungan Politik Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 259 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 197 hits
Allegations have been made of a deal to drop charges against various MPs including Najib Razak and Ahmad Zahid Hamidi in exchange for their support in the Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi and Najib Razak must step down as Umno ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco