Kem Dalam Bersatu Kerana Tak Yakin Dengan Muhyiddin Kata Penganalisis


 
Penganalisis berkata Muhyiddin Yassin hanya mendapat sokongan ahli MPT untuk mengekalkan jawatan sebagai presiden Bersatu.PETALING JAYA: Perasaan kurang senang dengan pimpinan, mungkin boleh menyebabkan luka perpecahan dalam Bersatu semakin ‘membengkak’ menjelang pemilihan parti, kata penganalisis, meskipun dinafikan timbalan presidennya Ahmad Faizal Azumu.
Sabtu lalu, Faizal atau lebih dikenali Peja menegaskan tiada kem dalam Bersatu, mengulas dakwaan perpecahan dalam parti itu sehingga ada pemimpin utamanya dikatakan “merisik jawatan” dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat Bersatu tidak boleh memandang enteng dakwaan kewujudan kumpulan menyokong pemimpin tertentu yang kini tersebar media sosial. Katanya, ia mungkin berpunca rasa tidak yakin hala tuju Bersatu di bawah Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun tidak parah, namun ada penyokong dilihat kurang berpuas hati dengan bekas perdana menteri itu yang seolah-olah tiada motivasi dan tidak berpandangan jauh mengemudi Bersatu, berbanding PAS yang semakin hari semakin kuat dengan mentadbir empat negeri.
“Ini menggusarkan sehingga ada Ahli Parlimen Bersatu sokong kerajaan, sebab itu tidak hairan timbul beberapa kem yang membayangkan siapa presiden pada pemilihan nanti… walaupun Muhyiddin kata akan pertahan kedudukannya tetapi saya jangka ini tidak berlaku.
“Muhyiddin (mungkin) tak pertahan kerana sokongan hanya di kalangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang desak beliau kekal, tetapi kalau lihat perjalanan Bersatu sekarang kita tahu masalahnya,” katanya kepada FMT.
“Jadi timbul beberapa kem demi menonjolkan siapa presiden akan datang, yang menang akan jadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) menang PRU16.”
Kata Azmi, untuk PN menang dalam PRU16, Bersatu memerlukan perubahan pucuk pimpinan termasuk presiden untuk membawa semangat dan nafas baharu, sambil menamakan Hamzah Zainudin antara individu boleh memainkan peranan berkenaan.
Bagaimanapun, setiausaha agung Bersatu itu dikatakan tidak layak dari segi perlembagaan parti untuk bertanding lima jawatan tertinggi termasuk presiden, yang terbuka kepada ahli yang menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal penuh.
Hamzah dilantik ke jawatan setiausaha agung pada Mac 2020 dan mengekalkannya selepas pemilihan parti empat bulan kemudian.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat pimpinan Bersatu perlu menamatkan segera khabar angin perpecahan yang boleh melemahkan parti terutama pada pemilihan parti akan datang.
“Bersatu juga perlu meminda segera perlembagaan selaras Akta Anti Lompat Parti supaya tiada lagi wakil rakyat berpaling tadah yang menyumbang ketidakstabilan serta memberi imej negatif kepada PN,” katanya.
Bersatu dijangka mengadakan pemilihan MPT dan bahagian pada tahun ini dengan tumpuan kepada kerusi presiden dan timbalannya yang akan membayangkan calon perdana menteri PN, seperti ketika PRU15 apabila Muhyiddin dicalon ke jawatan itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/kem-dalam-bersatu-kerana-tak-yakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peja Muhyiddin In Comfortable Position To Continue Leading Bersatu

Peja Muhyiddin In Comfortable Position To Continue Leading Bersatu

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 133 hits
Muhyiddin Yassin is in a comfortable position to continue leading Bersatu the party s deputy president said According to Ahmad Faizal Azumu the Bersatu supreme council meeting saw the leadership showing solid support for the former prime mi...
Tak Jejas Pun Surendran Keluar Tapi Pkr Wajar Turun Padang Kata Penganalisis

Tak Jejas Pun Surendran Keluar Tapi Pkr Wajar Turun Padang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 212 hits
N Surendran menyertai PKR ketika era reformasi pada lewat 1990 an PETALING JAYA Tindakan bekas naib presiden N Surendran keluar parti atas alasan PKR gagal melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dipercayai tidak akan menjejaskan parti itu...
Muhyiddin Bayang Tokoh Baharu Ketuai Bersatu Dalam 1 Atau 2 Tahun

Muhyiddin Bayang Tokoh Baharu Ketuai Bersatu Dalam 1 Atau 2 Tahun

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 146 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membayangkan pemimpin baharu mungkin mengambil alih pentadbiran parti itu dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang Menurut bekas perdana menteri itu peralihan kuasa akan berla...
Prn Sabah Tuntutan Upko Sudah Dijangka Kata Penganalisis

Prn Sabah Tuntutan Upko Sudah Dijangka Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 128 hits
PRN Sabah akan datang dijangka akan menguji kepimpinan Presiden Ewon Benedick PETALING JAYA Penganalisis sudah menjangkakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu akan menuntut lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah akan datang ...
Bersatu Leader Leaps To Muhyiddin S Defence Chides Fahmi

Bersatu Leader Leaps To Muhyiddin S Defence Chides Fahmi

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 249 hits
A Bersatu leader has come to the defence of party president Muhyiddin Yassin who was accused of spreading fake news yesterday Bersatu information chief Razali Idris chided Communications Minister Fahmi Fadzil for coming up with such an accu...
11 Ayat Selain Hati Hati Di Jalan Dah Sampai Bagitau Ungkapan Sayang Lewat Kata Kata

11 Ayat Selain Hati Hati Di Jalan Dah Sampai Bagitau Ungkapan Sayang Lewat Kata Kata

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 164 hits
Ayat pendek yang bila diungkapkan oleh orang yang kita sayang dia jadi Auto tersentuh dan terpana sebab rasa perhatian dan disayangi sekejap ibarat terhantuk dinding Ayat Simple Tapi Sweet SangatIni dia ayat simple tapi sweet dari seseorang...
Tawaran Ganjaran Tak Ganggu Siasatan Kes Zayn Rayyan Kata Kpn

Tawaran Ganjaran Tak Ganggu Siasatan Kes Zayn Rayyan Kata Kpn

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 126 hits
Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Dis dan ditemui mati pada keesokan harinya berhampiran sungai kira kira 200m dari rumahnya dengan kecederaan di lehernya PETALING JAYA Ganjaran RM20 000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation