Tak Jejas Pun Surendran Keluar Tapi Pkr Wajar Turun Padang Kata Penganalisis


 
N Surendran menyertai PKR ketika era reformasi pada lewat 1990-an.PETALING JAYA: Tindakan bekas naib presiden, N Surendran, keluar parti atas alasan PKR gagal melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dipercayai tidak akan menjejaskan parti itu, kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, isu dibangkitkan bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu tidak begitu dekat dengan hati kebanyakan rakyat.
Sebagai misalan, beliau berkata kebanyakan rakyat lebih peduli tentang impak tindakan kerajaan pada harga barang dan peluang pekerjaan, berbanding pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya atau meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bawah Parlimen.
“Sokongan sebenar rakyat kepada parti bukan hanya bersifat isu teknikal dan berprinsip yang diperjuangkan kumpulan masyarakat sivil,” katanya kepada FMT, dan menambah rakyat mungkin lebih menerima “realiti politik sebenar” dihadapi pentadbiran Anwar Ibrahim, berbanding golongan aktivis.
Mazlan Ali.“Kerajaan perpaduan bukan kerajaan mutlak Pakatan Harapan (PH). Kerajaan ini disertai parti utama dari Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Anwar nak buat reformasi mestilah yang terpilih sahaja dan perlu ambil masa.”
Surendran memaklumkan peletakan keahliannya kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil secara terbuka di media sosial, kelmarin. Isnin lalu, beliau menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap berdiam diri PH berhubung siasatan ke atas bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua daripada DAP.
Bukit Aman menyiasat Pua berhubung kenyataan tentang pengurangan hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.
Mazlan berkata, peristiwa lalu menyaksikan PKR tidak lumpuh selepas ditinggalkan oleh ahli politik yang lebih berpengaruh, misalnya bekas timbalan presiden, Azmin Ali.
“Azmin keluar PKR bawa banyak pemimpin. PKR tak terjejas sangat, akhirnya berkembang semula,” katanya.
Surendran menyertai PKR ketika era reformasi pada lewat 1990-an. Beliau merupakan peguam, selain berkhidmat sebagai penasihat kumpulan Lawyers for Liberty.
Salawati Mat Basir.Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia tidak nampak akan berlaku keluar parti beramai-ramai, namun menyarankan PKR dan PH menjelaskan kepada masyarakat sebab-sebab “kegagalan melakukan reformasi”.
“Pucuk pimpinan PH perlu turun padang membuat penjelasan bagi memastikan sokongan rakyat kepada gabungan itu kekal pada PRU akan datang,” katanya.
“Kalau tidak rakyat akan anggap Anwar gagal.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/tak-jejas-pun-surendran-keluar-tapi-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reformasi Anwar Perlahan Bersih Wajar Turun Ke Jalan Kata Wakil Rakyat Pkr

Reformasi Anwar Perlahan Bersih Wajar Turun Ke Jalan Kata Wakil Rakyat Pkr

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 310 hits
Pada 2015 dan 2016 Bersih mengadakan demonstrasi jalanan berhubung skandal 1MDB PETALING JAYA Hassan Karim daripada PKR berkata reformasi dilaksanakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terlalu perlahan dan Bersih wajar turun ke jalanan menuntut...
Surendran Keluar Pkr

Surendran Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 255 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas naib presiden PKR N Surendran meletak jawatan dalam parti itu atas alasan ia gagal melaksanakan pembaharuan dijanjikan Isnin lalu bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhada...
Prn Sabah Tuntutan Upko Sudah Dijangka Kata Penganalisis

Prn Sabah Tuntutan Upko Sudah Dijangka Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 245 hits
PRN Sabah akan datang dijangka akan menguji kepimpinan Presiden Ewon Benedick PETALING JAYA Penganalisis sudah menjangkakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu akan menuntut lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah akan datang ...
Laksana Reformasi 100 Sekarang Atau Rakyat Turun Ke Jalanan Kata Bersih

Laksana Reformasi 100 Sekarang Atau Rakyat Turun Ke Jalanan Kata Bersih

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 392 hits
Rakyat kecewa dan marah berhubung perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi di negara ini kata pertubuhan masyarakat sivil itu Bersih menggesa pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak lagi berdalih dan melaksanakan semu...
Puan Baca Pantun Saat Rapat Paripurna Dpr Capek Capek Ke Tps Tapi Enggak Ikut Kata Hati Rugi Dong

Puan Baca Pantun Saat Rapat Paripurna Dpr Capek Capek Ke Tps Tapi Enggak Ikut Kata Hati Rugi Dong

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 380 hits
Dalam pantunnya Puan Maharani berpesan agar seluruh rakyat menggunakan hati nuraninya saat mencoblos
Sekutu Perlu Rombak Pemimpin Puad Kata Wakil Rakyat Pkr Tak Tahu Cermin Diri

Sekutu Perlu Rombak Pemimpin Puad Kata Wakil Rakyat Pkr Tak Tahu Cermin Diri

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 274 hits
Puad Zarkashi berkata Hassan Karim tidak tahu cermin diri susulan kenyataannya berkenaan Umno PETALING JAYA Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu ...
Ex Pkr Veep Surendran Quits Party Says Promised Reforms Not Forthcoming

Ex Pkr Veep Surendran Quits Party Says Promised Reforms Not Forthcoming

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 346 hits
Surendran that the party has failed to realise its reformation agenda as promised Malay Mail photo KUALA LUMPUR Former PKR vice president N Surendran has quit PKR saying that the party has failed to realise its reformation agenda as promise...
Surendran Will Be Forgotten In A Month But Pkr Will Remain The Ruling Party Of The Country

Surendran Will Be Forgotten In A Month But Pkr Will Remain The Ruling Party Of The Country

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 422 hits
No matter what it will be Malay heroes who will be taking the lion s share of honours positions and authority in PKR just as it will be the Chinese heroes that will be taking the best of what DAP has to offer Nehru Sathiamoorthy According t...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun