Keluarkan Motosikal Kapcai Daripada Pasaran Secara Berperingkat



Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal “kapcai” dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.
Wan Agyl Wan Hassan menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang membabitkannya yang tinggi. “Kapcai” adalah istilah slanga bagi motosikal “underbone” dengan enjin berkapasiti bawah 250cc.
“Di Malaysia, ‘kapcai’ adalah jentera pembunuh yang mengakibatkan banyak kematian – secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun – dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara,” katanya pada sebuah program bual bicara di Astro Awani.
Dianggarkan terdapat 11 juta motosikal “kapcai” aktif di Malaysia, menurut Wan Agyl.
Beliau berkata, dapatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.
“Ini adalah kerugian besar buat negara. Adakah kita masih mahu motosikal sebegini di atas jalan raya?” soal Wan Agyl, bekas ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Angka daripada polis trafik persekutuan menunjukkan 79,916 pengguna motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dari 2001 hingga Ogos tahun ini dan 70.2% daripada kematian nahas jalan raya setakat Ogos membabitkan pengguna motosikal.
Terdapat 15.2 juta motosikal berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90% daripadanya adalah model “kapcai”.
Statistik terkini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbahaya bagi penunggang motosikal.
Katanya, pengguna motosikal “kapcai” juga terdiri daripada penunggang kanak-kanak.
“Motosikal jenis ini ringan dan mudah dikendalikan, jadi kanak-kanak menggunakannya di kawasan luar bandar untuk pergi ke sekolah atau membeli barangan runcit.
“Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghapuskannya secara berperingkat,” katanya.
Beliau bersetuju dengan pengacara bersama program bual bicara berkenaan, Melisa Melina Idris, bahawa keputusan sedemikian mungkin tidak popular dari segi politik kerana ramai membeli motosikal jenis ini disebabkan harganya yang lebih murah, iaitu secara purata RM3,000 hingga RM4,000.
Bagaimanapun, motosikal elektrik adalah lebih murah, dengan harga antara RM1,500 dan RM2,000 dan tidak selaju atau mudah diubah suai dan ditukar menjadi “jentera pembunuh”.
Cadangan untuk membendung penggunaan motosikal “kapcai” oleh remaja telah diutarakan sejak 14 tahun lalu.
Pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019, seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun hanya menggunakan skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah.
Perkara yang sama turut dikemukakan oleh ahli lembaga pengarah MIROS pada forum keselamatan motosikal di Perlis dua tahun lalu.
Bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan mengenakan peraturan baharu dngan hanya membenarkan remaja bersekolah menunggang moped atau motosikal berkapasiti enjin kecil yang hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 45km/j. FMT
Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
Baca Artikel Menarik :
Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking Peminjam B50 boleh mula mohon URUS PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin? PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’ Siakap vs empurau, mana lagi mahal? Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia Doktor bidas Rita Rudaini Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO] Layari Laman Facebook MYKMU
‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

The post Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/15/keluarkan-motosikal-kapcai-daripada-pasaran-secara-berperingkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapcai Dianggap Jentera Pembunuh Dicadang Dikeluarkan Dari Pasaran

Kapcai Dianggap Jentera Pembunuh Dicadang Dikeluarkan Dari Pasaran

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 159 hits
PETALING JAYA Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal kapcai dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah Wan Agyl Wan Hassan menyifatkan motosikal kapcai sebag...
Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai

Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 373 hits
Bila mereka bertanya Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai yang aku tahu tiga kedai saja Itupun tuk tuk bawa ke sana Di Satun atau Pak Bara lagilah tak ada Disana cuma ada pulau macam Koh Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebih...
Kerjasama Black G Dan Dynas Mokhtar Intai Pasaran Dunia

Kerjasama Black G Dan Dynas Mokhtar Intai Pasaran Dunia

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 224 hits
Ketika permintaan dipasaran semakin meningkat peluang untuk mempelbagaikan produk melalui kerjasama strategik dijalin untuk memperkembangkan jenama Black G bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hi...
Pasaran As 16 November Pasaran Mungkin Jatuh Pada Bila Bila Masa

Pasaran As 16 November Pasaran Mungkin Jatuh Pada Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 161 hits
S P500Pertumbuhan pasaran AS telah habis Indeks utama AS sedikit berubah pada awal minggu Dow Jones merosot sebanyak 0 1 NASDAQ turun sebanyak 0 1 S P500 secara berterusan pada 0 Pasaran Asia juga mengambil kedudukan menunggu pada pagi Sela...
Oppo A95 Mula Ditawarkan Di Pasaran

Oppo A95 Mula Ditawarkan Di Pasaran

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 161 hits
OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran OPPO jenama peranti pintar global terkemuka melancarkan telefon pintar Siri A terbaharu OPPO A95 di Malaysia Meneruskan ciri ciri Siri A OPPO OPPO A95 memperkasakan pengguna melalui teknologi berkuasa dan...
Guru Maut Motosikal Terbabas

Guru Maut Motosikal Terbabas

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 173 hits
Mangsa Sohaimi Karim parah pada dada selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas di KM 411 2 Jalan LPT 2 berhampiran kawasan R R Ajil Kuala Berang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Hulu Terengganu NSTP Ihsan PDRM...
Sekat Laluan Sebelum Keluar Sepak Penunggang Motosikal Polis Kajang Buru Si Pelaku

Sekat Laluan Sebelum Keluar Sepak Penunggang Motosikal Polis Kajang Buru Si Pelaku

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 173 hits
Baru baru ini sempat tular rakaman video pendek berdurasi 58 saat menujukkan seorang lelaki yang bertindak menendang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Bandar Teknologi Kajang Dalam rakaman tersebut lelaki yang merupakan pemandu seb...
13 Motosikal Hangus Kebakaran Di Parkir Kenderaan

13 Motosikal Hangus Kebakaran Di Parkir Kenderaan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 117 hits
13 motosikal hangus kebakaran di parkir kenderaan GEORGE TOWN Sebanyak 13 buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok 3 Flat Desa Mawar Lintang Kampung Melayu Farlim di sini Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ...
Samseng Jalanan Polis Buru Lelaki Sepak Penunggang Motosikal

Samseng Jalanan Polis Buru Lelaki Sepak Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 280 hits
Polis sedang mengesan lelaki yang bertindak kasar terhadap seorang penunggang motosikal di jalan raya berhampiran Bandar Teknologi Kajang pada Isnin Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan pihaknya menerima rak...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024