Kapcai Dianggap Jentera Pembunuh Dicadang Dikeluarkan Dari Pasaran



PETALING JAYA: Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal “kapcai” dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.
Wan Agyl Wan Hassan menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang membabitkannya yang tinggi. “Kapcai” adalah istilah slanga bagi motosikal “underbone” dengan enjin berkapasiti bawah 250cc.
“Di Malaysia, ‘kapcai’ adalah jentera pembunuh yang mengakibatkan banyak kematian – secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun – dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara,” katanya pada sebuah program bual bicara di Astro Awani.
Dianggarkan terdapat 11 juta motosikal “kapcai” aktif di Malaysia, menurut Wan Agyl.
Beliau berkata, dapatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.
“Ini adalah kerugian besar buat negara. Adakah kita masih mahu motosikal sebegini di atas jalan raya?” soal Wan Agyl, bekas ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Angka daripada polis trafik persekutuan menunjukkan 79,916 pengguna motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dari 2001 hingga Ogos tahun ini dan 70.2% daripada kematian nahas jalan raya setakat Ogos membabitkan pengguna motosikal.
Terdapat 15.2 juta motosikal berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90% daripadanya adalah model “kapcai”.
Statistik terkini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbahaya bagi penunggang motosikal.
Katanya, pengguna motosikal “kapcai” juga terdiri daripada penunggang kanak-kanak.
“Motosikal jenis ini ringan dan mudah dikendalikan, jadi kanak-kanak menggunakannya di kawasan luar bandar untuk pergi ke sekolah atau membeli barangan runcit.
“Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghapuskannya secara berperingkat,” katanya.
Beliau bersetuju dengan pengacara bersama program bual bicara berkenaan, Melisa Melina Idris, bahawa keputusan sedemikian mungkin tidak popular dari segi politik kerana ramai membeli motosikal jenis ini disebabkan harganya yang lebih murah, iaitu secara purata RM3,000 hingga RM4,000.
Bagaimanapun, motosikal elektrik adalah lebih murah, dengan harga antara RM1,500 dan RM2,000 dan tidak selaju atau mudah diubah suai dan ditukar menjadi “jentera pembunuh”.
Cadangan untuk membendung penggunaan motosikal “kapcai” oleh remaja telah diutarakan sejak 14 tahun lalu.
Pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019, seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun hanya menggunakan skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah.
Perkara yang sama turut dikemukakan oleh ahli lembaga pengarah MIROS pada forum keselamatan motosikal di Perlis dua tahun lalu.
Bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan mengenakan peraturan baharu dngan hanya membenarkan remaja bersekolah menunggang moped atau motosikal berkapasiti enjin kecil yang hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 45km/j ~ FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/kapcai-dianggap-jentera-pembunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarkan Motosikal Kapcai Daripada Pasaran Secara Berperingkat

Keluarkan Motosikal Kapcai Daripada Pasaran Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 151 hits
Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal kapcai dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah Wan ...
Kerjasama Black G Dan Dynas Mokhtar Intai Pasaran Dunia

Kerjasama Black G Dan Dynas Mokhtar Intai Pasaran Dunia

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 264 hits
Ketika permintaan dipasaran semakin meningkat peluang untuk mempelbagaikan produk melalui kerjasama strategik dijalin untuk memperkembangkan jenama Black G bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hi...
Pasaran As 16 November Pasaran Mungkin Jatuh Pada Bila Bila Masa

Pasaran As 16 November Pasaran Mungkin Jatuh Pada Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 211 hits
S P500Pertumbuhan pasaran AS telah habis Indeks utama AS sedikit berubah pada awal minggu Dow Jones merosot sebanyak 0 1 NASDAQ turun sebanyak 0 1 S P500 secara berterusan pada 0 Pasaran Asia juga mengambil kedudukan menunggu pada pagi Sela...
Oppo A95 Mula Ditawarkan Di Pasaran

Oppo A95 Mula Ditawarkan Di Pasaran

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 223 hits
OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran OPPO jenama peranti pintar global terkemuka melancarkan telefon pintar Siri A terbaharu OPPO A95 di Malaysia Meneruskan ciri ciri Siri A OPPO OPPO A95 memperkasakan pengguna melalui teknologi berkuasa dan...
Pasaran Ekuiti Eropah Menamatkan Dagangan Tanpa Satu Dinamik

Pasaran Ekuiti Eropah Menamatkan Dagangan Tanpa Satu Dinamik

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 290 hits
Pedagang telah memantau dengan teliti perubahan dalam jumlah kes di Eropah selepas Austria minggu lalu memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung Pihak berkuasa Jerman telah mula bercakap tentang kemungkinan mengambil langkah yang sam...
Pasaran Saham As Merosot Disebabkan Oleh Penurunan Dalam Sektor Teknologi

Pasaran Saham As Merosot Disebabkan Oleh Penurunan Dalam Sektor Teknologi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 249 hits
Saham Amerika Syarikat diniagakan lemah pada Selasa susulan penurunan dalam sektor teknologi Hasil Perbendaharaan yang meningkat juga telah melemahkan potensi kenaikan saham Seperti yang diperhatikan pada carta S P 500 bergerak ke arah bawa...
Gempar Gambar Berdefinisi Tinggi Planet Marikh Yang Dikeluarkan Nasa 7 Gambar

Gempar Gambar Berdefinisi Tinggi Planet Marikh Yang Dikeluarkan Nasa 7 Gambar

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 223 hits
817 imej telah diambil Pancam semasa NASA s Mars Exploration Rover Opportunity yang diambil di antara 21 Disember 2011 dan 8 Mei 2012 bukan sahaja menunjukan lanskap planet Marikh malahan kita juga dapat melihat Anda boleh melihat foto pano...
Pasaran Saham As Pada 22 November 2021

Pasaran Saham As Pada 22 November 2021

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 249 hits
S P500Pasaran AS menyatu pada paras tertinggi tahun ini Pasaran AS menunjukkan paras tertinggi baharu bagi tahun ini dalam indeks S P500 pada hari Jumaat semasa hari dagangan tetapi menurun menjelang penutupan Pada akhir minggu Dow turun 0 ...
Majalah Boboi Muncul Di Pasaran Jun Ini

Majalah Boboi Muncul Di Pasaran Jun Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 281 hits
Majalah Komik Stylo Gila Mungkin itu tagline majalah komik terbaru di pasaran iaitu BOBOI Mungkin ramai yang mengenali BOBOI iaitu kumpulan pelawak Afdlin Shauki Harun Salim Bachik dan Nabil Raja Lawak yang pernah bertanding di Maharaja Law...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Opposition Mp Moots Shift Towards Centrist Approach In Politics

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Thailand Travel Guide

Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga