Keluarga Bahagia Cara Rasulullah



Keperibadian Rasulullah terhadap isteri, anak wajar dicontohi pasangan zaman ini Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk dengan baik maka masyarakat di sekelilingnya akan harmoni dan sejahtera. ~ Digital Dakwah


Keluarga Bahagia Cara Rasulullah | Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hebat dan berkualiti. Contoh membina keluarga boleh diperoleh daripada pendekatan Rasulullah kepada ahli keluarganya. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga” Rasulullah SAW adalah bapa yang sangat penyayang. Walaupun baginda pemimpin masyarakat, kewibawaannya sebagai suami dan ayah tidak dapat ditandingi.

Rasulullah SAW juga seorang suami yang sangat romantik. Ringan tulang bantu isteri urus rumah tangga Baginda bersikap adil kepada isterinya dan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan baik. Nabi SAW juga seorang suami yang ringan tulang, sering membantu isteri dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh. Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.

Diriwayatkan oleh Ahmad: “Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.” Adaketikanya romantis Nabi SAW sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti dinyatakan oleh Aisyah dalam Sahih Bukhari, “Nabi SAW membaca al-Quran iaitu mengulang hafalan dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” Isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Baginda ketika ingin pergi ke masjid. Keperibadian Baginda terhadap isteri seharusnya dicontohi pasangan zaman ini.

Ia sangat sesuai dipraktikkan bagi memikat pasangan dan melahirkan kasih sayang antara suami isteri. Luang masa bersama keluarga Contohnya, keluar bersiar pada hujung minggu. Semua maklum setiap pasangan zaman ini mempunyai tugas dan karier, namun pasangan perlu meluangkan masa untuk bersama keluarga. Hal ini selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang suka keluar bersama isterinya.

Diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim: “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Hadis riwayat Muslim juga menyebut Rasulullah SAW suka membawa Aisyah makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika, Nabi SAW pernah menolak pelawaan jirannya berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika Aisyah tidak turut diundang bersama. Penyayang terhadap anak Baginda Rasulullah SAW juga ayah yang penyayang.

Baginda lemah lembut kepada Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Siti Rakiah. Baginda sangat mencintai dan mengasihi putera dan puterinya. Diriwayatkan, setiap kali puteri Baginda, Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW sungguh peka terhadap diri anak Baginda. Begitulah kasih sayang Baginda melayan mereka dengan penuh kasih sayang.

Putera Nabi SAW, iaitu Ibrahim meninggal dunia ketika usianya masih kecil. Walaupun Baginda sibuk dalam urusan dakwah, ketika Ibrahim sakit tenat, Baginda akan sentiasa menziarahi anaknya, bermain dan menggembirakan hati Ibrahim. Baginda SAW cubamenghilangkan derita yang ditanggung anakandanya tercinta walaupun buat seketika. Nabi Muhammad SAW sangat sedih ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir sehinggakan mengalirkan air mata. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarganya. Marilah kita berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan rumah tangga dan memberikan kekuatan serta petunjuk untuk membina rumah tangga harmoni. – Dd

Kredit: Al-Mukhlisin
Entry title: Keluarga Bahagia Cara Rasulullah

Saksikan Video Ceramah dari:
Ustaz Akhil Hayy ~ “Cipta Kebahagiaan Cara Rasulullah”
Ceramah Padu Islamik siri keinsafan oleh Ustaz Akhil Hayy Rawa Al Haj (Penceramah/pendakwah Malaysia, Bekas penyanyi rock, Seleberiti TV Oasis) untuk santapan minda kearah membentuk sifat positif.




Kredit Video: Digital Dakwah Channel

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://digitaldakwah.blogspot.com/2018/12/keluarga-bahagia-cara-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi Mysejahtera Mudahkan Urusan Masuk Premis

Cara Masukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi Mysejahtera Mudahkan Urusan Masuk Premis

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 584 hits
Dalam kehidupan normal baharu ini masyarakat perlu mengisi atau menggunakan QR kod untuk memasuki sesebuah premis perniagaan atau di mana sahaja Bahkan kerajaan pun telah perkenalkan satu aplikasi yang bernama MySejahtera Tetapi hari ini ka...
Cara Rancang Kewangan Keluarga

Cara Rancang Kewangan Keluarga

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 696 hits
CARA RANCANG KEWANGAN KELUARGATahukah anda setiap apa yang kita ada hari ini sebenarnya adalah satu keperluan Sebagai contoh jika anda seorang pekerja yang makan gaji Gaji bulanan anda adalah keperluan kepada anda dan juga seisi keluarga Ad...
Cara Check In Apps Mysejahtera Bila Keluar Berdua Keluarga Anak Anak

Cara Check In Apps Mysejahtera Bila Keluar Berdua Keluarga Anak Anak

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 771 hits
CARA CHECK IN APPS MYSEJAHTERA BILA KELUAR BERDUA KELUARGA ANAK ANAK APA ITU KOD QR MYSEJAHTERA Penggunaan kod Quick Response atau respons pantas akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang awam mendaftar diri ketika me...
Cara Upgrade Boost Premium Wallet

Cara Upgrade Boost Premium Wallet

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 758 hits
CARA UPGRADE BOOST PREMIUM WALLET Ramai yang ingin tahu CARA UPGRADE BOOST PREMIUM WALLET Maka kami akan kongsikan cara yang paling mudah untuk anda fahami dan boleh ugrade boost korang kepada premium wallet Jika anda masih lagi belum tebus...
Cara Guna Epenjana Rm50

Cara Guna Epenjana Rm50

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 358 hits
CARA GUNA ePENJANA RM50 Jika anda masih lagi belum tebus atau claim RM50 ePENJANA kami akan kongsikan cara guna ePenjana Boost Grab dan Touch n Go yang membolehkan anda tebus atau claim RM50 dari aplikasi MySejahtera Untuk mendapatkan insen...
Myspr Daftar Cara Daftar Mengundi Tukar Alamat Mengundi Online

Myspr Daftar Cara Daftar Mengundi Tukar Alamat Mengundi Online

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 352 hits
MySPR DAFTAR CARA DAFTAR MENGUNDI TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera Untuk makluman pendaftara...
Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

Cara Pasang Iklan Adsense Jenis Link Ads Di Blog Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 462 hits
Ada yang tanya saya cara untuk pasang iklan Google Adsense jenis Link Ads di blog Jadi sini saya sediakan tatacara dan tutorial untuk pemasangan tersebut Langkahnya tidak rumit pun Sekarang untuk tahun 2020 banyak cara untuk peroleh pendapa...
Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 503 hits
Agar agar adalah salah satu pencuci mulut yang paling simple tapi sedap Rasanya manis dan menjadikan selera tambah terbuka untuk menikmati hidangan yang sedap ini Kadangkala lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan