5944 Benar Individu Enggan Divaksin Masuk Ke Premis Ppim Beritahu Kerajaan Free Malaysia Today 21 09 2021


 
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon kerajaan menyemak semula syarat kebenaran memasuki premis tanpa mengambil kira status vaksinasi.

Ia termasuk kebenaran memasuki tempat kerja, sekolah, rumah ibadat dan pusat membeli-belah tanpa mendiskriminasi individu yang tidak divaksin.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, suntikan vaksin Covid-19 tidak boleh dibuat secara mandatori ke atas semua rakyat kerana ia membatasi dan melanggar hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan setiap penduduk mengambil suntikan vaksin.

“Diskriminasi antara golongan yang telah divaksin dan golongan memilih untuk tidak divaksin akan melanggar Fasal 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan semua orang di sisi undang-undang.

“Sekatan terhadap golongan pekerja yang memilih untuk tidak divaksin daripada masuk-keluar tempat kerja juga melanggar hak pekerja untuk bekerja apabila Fasal 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama,” katanya pada sidang media berhubung memorandum yang diserahkan kepada semua Ahli Parlimen bertajuk “Isu paksaan dan keselamatan vaksin buatan baru Covid-19”.

Nadzim berkata, memorandum itu bertujuan menggesa Ahli Parlimen khususnya kerajaan mengkaji keputusan memaksa atau mewajibkan vaksin secara langsung kepada semua individu dewasa serta remaja sekolah, selain menghentikan diskriminasi kepada golongan yang belum divaksin.

“Mendesak semakan status pengambilan vaksin yang dihebahkan oleh Menteri Kesihatan sebagai tidak mandatori, tidak wajib dan adalah pilihan, namun semua tindakan daripada kementerian, majikan dan perniagaan kini kelihatan seolah-olah menghala kepada dua dos vaksin sebagai indikasi mandatori untuk masuk ke premis pekerjaan, ibadah, sekolah dan sebagainya.

“Kami juga memohon disemak semula syarat kebenaran memasuki pelbagai premis, tempat kerja, sekolah, rumah ibadat, pusat membeli-belah, tanpa diskriminasi status vaksinasi,” katanya yang akan menghantar salinan memorandum itu menerusi emel kepada semua Ahli Parlimen untuk perhatian lanjut.

Sementara itu, seorang panelis jemputan, pakar perunding histopathologi dan ahli statistik, Manimalar Selvi Naicker berkata, vaksin sedia ada yang diluluskan secara bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya memberi imuniti efektif, bukannya imuniti steril.

“(Ini) bermakna mereka yang divaksin masih boleh dijangkiti pada tahap ringan atau tidak bergejala dan vaksin Covid-19 tidak boleh menghalang jangkitan dan penyebaran sepenuhnya.

“Itu pun imuniti akan berkurang dalam beberapa bulan selepasnya,” katanya yang mendakwa individu yang lengkap divaksin dan tidak divaksin mempunyai potensi sama dalam penyebaran Covid-19 jika dijangkiti.

“Jelas bahawa imuniti kelompok tidak boleh dicapai dengan vaksin sedia ada hari ini. Maka diskriminasi terhadap orang yang tidak divaksin adalah tidak berasaskan fakta saintifik,” tegasnya.

Dalam pada itu, seorang pengamal undang-undang, Zainuddin Abu Bakar berkata, individu yang berasa tertindas dan ditekan supaya menerima vaksinasi tanpa kerelaan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

“Arahan wajib vaksin belum lagi dikuatkuasakan jadi mereka yang berasa tertindas boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan dan PPIM sedia untuk bantu dari segi guaman,” katanya.

Pada 28 Ogos lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengambilan vaksin Covid-19 mungkin diwajibkan jika masih ramai yang enggan menerimanya.

Ismail berkata, dibimbangi individu yang tidak divaksin boleh menjangkiti orang lain sedangkan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan semua rakyat di negara ini terjamin.


Artikel oleh: Free Malaysia Today
BENAR INDIVIDU ENGGAN DIVAKSIN MASUK KE PREMIS, PPIM BERITAHU KERAJAAN
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/benar-individu-enggan-divaksin-masuk-ke-premis-ppim-beritahu-kerajaan/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/09/5944-benar-individu-enggan-divaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5943 Kaji Semula Program Pick Data Pandemik Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 21 09 2021

5943 Kaji Semula Program Pick Data Pandemik Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 21 09 2021

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Pihak pihak yang berkaitan termasuk ahli ahli Parlimen diminta supaya mengkaji dengan lebih mendalam berhubung Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan dan data data terbaharu berkaitan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malay...
5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

5939 Aktiviti Program Kibaran Bendera Hari Malaysia Di Pasaraya Aj Best Ppim 20 09 2021

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 480 hits
Telah berlangsungnya Program Kibaran Bendera Hari Malaysia anjuran PPIM dan AJ Best di Pasaraya AJ Best Jalan Chow Kit semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Chef Yang Jamil bagi memeriahkan lagi majlis
Kerajaan Teliti Kenakan Larangan Transgender Masuk Masjid Di Wilayah Persekutuan

Kerajaan Teliti Kenakan Larangan Transgender Masuk Masjid Di Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 142 hits
Tindakan larangan di Perlis dipercayai sebagai langkah pencegahan KEMAMAN Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan mukhannath atau transgender di Wilayah Persekutuan sebagaimana yang tela...
Angka Kes Kekal Tinggi Ketika Kerajaan Mulakan Usaha Masuk Fasa Endemik

Angka Kes Kekal Tinggi Ketika Kerajaan Mulakan Usaha Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 254 hits
BERNAMA Kebimbangan tersebut disuarakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin beberapa hari selepas Lembah Klang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara Suasana jalan raya di Kampung Baru sesak menjadi tumpuan warga kota ketika cuti umum H...
Impian Nafuzi Zain Di Tm Piala Malaysia 2021

Impian Nafuzi Zain Di Tm Piala Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 415 hits
Kuala Terengganu Pasukan pasukan yang bakaI berentap di TM Piala Malaysia 2021 sudah muIa mencongak peluang masing masing seIepas mengetahui pencabar di peringkat kumpuIan dan bersedia berikan segaIanya dalam usaha memburu kejuaraan Bagi ke...
Sop Terkini Melancong Ke Pulau Langkawi Gelembung Pelancongan Domestik Malaysia Mulai 16 September 2021

Sop Terkini Melancong Ke Pulau Langkawi Gelembung Pelancongan Domestik Malaysia Mulai 16 September 2021

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 707 hits
SELAMAT HARI MALAYSIA Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan kembali berceloteh setelah sekian lama membisu Hampir 2 tahun kita bertarung dengan pandemik COVID ini hari ini berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu rakyat Malaysia di...
Revisi Uu Ite Hingga Rkuhp Masuk Prolegnas Prioritas 2021

Revisi Uu Ite Hingga Rkuhp Masuk Prolegnas Prioritas 2021

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 196 hits
RKUHP dan RUU Pemasyarakatan merupakan RUU carry over dari periode sebelumnya Dua RUU ini ditambah satu usulan baru revisi UU ITE merupakan inisiatif pemerintah Ditambah satu RUU inisiatif DPR yaitu RUU tentang BPK RI
Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 289 hits
NORMAN RADZUAN Sesungguhnya kenaikan yang diperolehi rakyat Malaysia bukannya terhasil dengan mudah Ia terhasil daripada keringat dan air mata rakyat Justeru peranan 2 tokoh besar pemimpin Melayu Isle di bawah harus dihargai dan disyukuri k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba